Saturday 11 March 2017

Cinta Untuk Jasmin 4

          Perjumpaan untuk perbincangan bersama syarikat yang bekerjasama sempena karnival usahawan industri fesyen melibatkan syarikat yang ternama dan mencipta nama di dalam dan luar negara dan Jas Fashion House tidak terkecuali. Pelbagai agenda diperbincang demi menjayakan program besar ini dan dengan adanya program sebegini dapat membantu mengembangkan bidang para usahawan fesyen kepada tahap yang lebih tinggi. 

           Sementara menunggu semua usahawan terlibat masuk ke dalam bilik mesyuarat dan diakhiri oleh seseorang yang Jasmin sangat kenali melangkah masuk bersama dengan sepasang suit di tubuh lelaki itu. Matanya bagaikan tidak percaya melihatnya dengan gaya maskulin berserta imej korporat seolah-olah lelaki yang bergaya biasa-biasa yang pernah dijumpai dahulu telah ghaib.

            Imran sengaja berlaku biasa cuba bersikap profesional meskipun beberapa kali matanya curi-curi pandang ke arah wanita bernama Jasmin Clarisa yang duduk tepat bertentangan di antara meja mesyuarat tersebut. Pasti dia hairan kenapa dia terlibat dengan semua ini, bisik hati lelaki itu. Setelah hampir sejam dan akhirnya perbincangan telah pun selesai lalu masing-masing mula keluar mengatur langkah dari bilik mesyuarat.

       “Imran? Awak…awak buat apa kat sini?” Tegur Jasmin menghampiri lelaki itu yang masih tidak bangun dari kerusi. “Hai Jas, nice to meet you. Well, saya…saya wakil Datuk Iedlan for this meeting.” Imran mempamerkan segaris senyuman di bibirnya. Jasmin menepuk dahinya mengutuk diri sendiri baru tersedar bahawa lelaki ini merupakan anak Datuk Iedlan, pemilik Entigo syarikat pakaian korporat lelaki yang ternama di Malaysia. 

         “Jadi, awak dah tak kerja jadi badutlah ni?” Ada jeda di situ. Kini, Imran sudah berdiri dari duduk dan ditatap wanita yang masih menanti jawapan darinya. “Besar kemungkinan tak, sebab this job requires more attention from me from now on. Awak terkejut tengok saya hari ni?”
“Err…obvious sangat ke?” Muka Jasmin berona merah menahan malu. “Jas free ke lepas ni? Jom, coffee or tea? Dah lama tak lepak dengan awak.” Ujar Imran tanpa berselindung.

“Ha…eh boleh boleh tak ada masalah. Tulah, lama kita tak jumpa yelah orang tu dah busy mana ingat kita ni.” Jasmin mengusik Imran. Semakin lama dia mengenali lelaki ini, ada rasa senang dan gembira terbit di hati dan ada kalanya dia sendiri keliru dan bingung dengan rasa itu. Oh hati!

“Shall we?” Tanya Imran mempersila Jasmin untuk beredar bersama-sama. 



          “Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka saya?” Soal Jasmin sedikit cemas apabila melihat Imran yang tak lepas pandang dari tadi. Lelaki itu lantas tersenyum manis melihat gelagat wanita itu. “Taklah, cuma…” Sengaja Imran membiarkan ayatnya itu tergantung. Teh hijau panas dihirupnya dengan berhati-hati. “Cuma? Cuma apa? Suka tau cakap tak habis!” Omel Jasmin tak puas hati.

“Tak ada apa. Saya cuma kagum dengan awak. Semangat dan inspirasi awak dengan dunia industri fesyen.” Imran melencongkan ayatnya cuba selindungkan dari maksud asal.

“Hmm…orang kata kalau kita buat apa yang kita suka kita tak rasa pun ianya sebagai satu pekerjaan. Do what you love, everything will go easily and fall into place.”

“Ayat power.” Celah Imran. “”Awak tak suka ke dengan apa awak buat sekarang Im?” Imran lantas menunduk sambil menarik nafas dalam.

“Entahlah, tapi itu tak penting buat masa ini. Yang penting saya dah tunaikan semua permintaan ibu dan daddy.” Jasmin cuba menyelami hati Imran, seperti ada sesuatu yang lelaki ini tanggung.

“Awak tahu tak, betapa besarnya pahala apabila kita senangkan hati orang tua kita? Saya yakin Allah pasti beri ganjaranNya pada awak. If there’s anything you wanna share, I’ll always be there you know?” Jasmin senyum tenang.

“I’ll hold that words Jas..thank you.” Ucap Imran bersama sepasang matanya yang redup. 


           
          Usai waktu pejabat, Imran pulang ke rumah. Kelihatan Idris sudah terpacak di muka pintu menunggu kepulangannya. Hanya kepada tuhan sahaja mampu dia mengucapkan rasa syukur kerana memanjangkan usia adik bongsunya ini. Tiga bulan yang lalu hampir tidak disangka Idris terlantar di atas katil hospital dengan bantuan alat pernafasan, koma dua minggu dan nyawa berada di hujung tanduk namun tuhan akhirnya mengambulkan doanya. 

“Hai Abang Im!” Idris tersenyum manis sampai ke telinga menyambutnya di muka pintu.

“Hai my baby boy. Ni senyum bukan main manis ni, ada apa?” Soal Imran aneh melihat adiknya itu tak seperti selalu. Idris menghulurkan tangannya kepada Imran lantas membuat lelaki itu tercengang pelik. 

“Apa?”

“Where’s my Cadbury? Kit Kat and Buenos?” Imran akhirnya mengetuk kepalanya akibat terlupa akan janjinya pagi tadi pada Idris. “Ya Allah! Idris….sorry Abang Im betul-betul terlupa. Macam mana ni?”

 Wajah Idris mula berubah bertukar muram, merajuk. “Big boy…don’t be sulking. Abang Im terlupa sangat-sangat sebab Abang Im banyak kerja tadi. Tapi kalau Idris merajuk hmm…kalau makin gemuk macam mana kalau makan coklat ni?” Imran lantas mendekati Idris lalu ditunjukkan kesemua coklat yang dijanjikan itu. Pantas muka Idris berubah ceria dan tergamam. 

 “Wah!!! Abang tipu…sejak bila pandai menipu ni? Nak!” Imran kembali menyorokkan coklat-coklat di belakangnya daripada diambil Idris.

“Idris cakap abang apa? Kalau begitu, biar abang makan seorang ajelah coklat ni semua.” “Eh tak tak, Abang Im baik…sporting….handsome….” Idris memuji penuh makna demi mendapatkan coklatnya.

“Lagi? Tak cukup tu…”

“Ala dahlah, okay okay…Abang Im pandai, bijak, cun…”  “Cun? Abang Im lelaki okay!”


“Eh, cun macam Kak Jasmin!” Tiba-tiba Idris menyebut nama Jasmin manakala Imran telan liur lalu wajah Jasmin terbayang di mindanya.



Fikiran Irwan berserabut memikirkan apa yang telah penat lelah dia usahakan demi mendapatkan jawatan Datuk Iedlan kini semakin terkubur kerana kehadiran Imran di Entigo. Jawatan yang sangat diidam-idamkan selama ini, kehormatan yang akan diterimanya ibarat kabur. Imran selalu menghalangnya daripada mendapatkan hasratnya.

“Tuk tuk tuk” Bunyi ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Setelah memberi isyarat masuk, muncul Qistina di muka pintu lalu masuk mendapatkannya.“You…jom teman I lunch?” Pujuk gadis itu yang memang menaruh hati pada Irwan selama bekerja di sini sejak tiga tahun yang lalu.

“I tak ada mood hari ni, you pergilah ajak siapa-siapa.” Balas Irwan acuh tak acuh namun masih membiarkan jari gadis itu menari-nari di bahunya.“Please sayang…sampai hati you biarkan I makan seorang hmm? Hey, kenapa dengan you ni? Is there something bothering you?” Soal Qistina penuh manja.

Irwan sempat mengerling ke arah setiausahanya itu. Sengaja dibiar sepi soalan Qistina itu tidak berjawab kerana sakit hati memikirkan tentang jawatan CEO yang bakal diambil alih oleh Imran kelak. “Irwan, I tanya you ni…what’s wrong with you? I tengok sejak Encik Imran kerja di sini you macam tak happy, why?” Qistina mencuba nasib kalau-kalau dia boleh bantu pemasalahan yang menyerabuti Irwan.

“Sebab. I tak suka! You faham tak, penat-penat usaha I selama ini untuk dapatkan post daddy tup tup dia yang dapat!” Irwan menyinga tiba-tiba sekali gus membuat Qistina terperanjat takut. “Jadi, betullah sebab tu?” Qistina memberanikan diri untuk bertanya. 

“Okay, apa kata kalau kita pergi lunch dulu, put aside that thing first please? Nanti kita fikir fasal tu boleh?” Pujuk Qistina masih mencuba dan akhirnya Irwan termakan pujuknya dan keluar bersama gadis itu.



Jasmin Clarisa? Hello there, how are you?- Imran

Imran! Hi I’m fine thank you..wah ada apa tiba-tiba whatsapp ni ke RINDU hihi :P –Jasmin

Boleh ke kalau rindu? Tak ada yang marah ke?- Imran

Kenapa tak boleh haha! Awak datang tak nanti malam penutup karnival fesyen?- Jasmin

            Setelah menunggu jawapan balas dan langsung tiada kiriman balas dari lelaki bernama Imran. Mungkin sibuk dengan urusan kerja agaknya, tebak Jasmin yang masih menanti jawapan darinya namun sia-sia sahaja. Elie kemudian mengetuk pintu bilik sebelum masuk disusuli Imran Firdaus. Hampir gugur jantung Jasmin melihat lelaki yang penuh bergaya dengan suit berwarna kelabu kini berada di biliknya. 

“Imran? A-awak…buat apa kat sini?” Imran sekadar tersenyum nipis lalu Elie meminta diri untuk keluar.

“Saja singgah kebetulan singgah PWTC tadi buat tinjauan di karnival tadi. So, awak tengah busy ke? Sorry, datang mengejut.”

“Eh it’s okay, by the way…awak pergi ke dinner malam penutup karnival nanti?” Tanya Jasmin dengan muka polos.

“Hmm…kalau awak pergi saya pergi.” Sengaja Imran memberi jawapan sedemikian.

“Huh? Saya…insya Allah pergi cuma, tak ada partner untuk malam tu.”

“Saya jadi partner awak boleh?” Imran mencadangkan terus dirinya tanpa berlengah kebetulan hal yang sama sedang dia alami seperti Jasmin. Mata Jasmin terus bersinar mendengar ayat dari Imran itu. 

“Serius ni? Awak tak kisah?” Imran mengangguk pasti lalu tersenyum.

“Tapi kan…tak ada yang marah ke?” Imran mengerutkan dahinya kepada Jasmin meminta kepastian. Jasmin hanya tergelak lucu melihat telatah lelaki yang berada di hadapannya itu.



          Tepat jam lapan malam Imran sudah berada di hadapan rumah Jasmin untuk menjemputnya untuk ke majlis makan malam sempena penutup karnival fesyen yang telah berlangsung selama seminggu di PWTC. Pada mulanya, Jasmin berkeras ingin memandu sendiri tetapi Imran memujuk untuk menjemputnya di rumah katanya lebih selamat jika Jasmin dijemput olehnya. Malas berbahas lebih lanjut, Jasmin akur.

 “Sorry, lama tunggu?” Tanya Jasmin langsung dia duduk di sebelah Imran.

 “Hampir sedekad lamanya. Tak adalah, baru sepuluh minit.”

“Sekali lagi saya minta maaf okay? Now shall we?” Imran masih ralit memandang Jasmin yang kelihatan sungguh menawan dengan solekan nipis serta bergaun satin hitam rekaan Vera Wang. 

“Imran? Tunggu apa lagi? Tekanlah pedal minyak tu…” Omel Jasmin bimbang bakal terlewat.

Setibanya mereka di Hilton Hotel, semua tetamu terhormat dan kenamaan baru tiba dan kehadiran mereka juga menarik ramai perhatian pada malam itu. Seumur hidup Imran, inilah kali pertama dia menghadirkan diri ke majlis yang agak berstatus tinggi. Semuanya ini dilakukan kerana ayahnya yang bergiat dalam bidang industri perniagaan industri fesyen.

Majlis formal yang penuh glamor terasa sedikit kekok baginya untuk menyesuaikan diri namun dengan ditemani gadis cantik lagi menawan bernama Jasmin Clarisa terus membuat gelisah dan resah di hati hilang bagaikan magis. Ya, mulai sekarang dia harus biasakan dengan semua ini kerana selepas ini pasti pelbagai acara rasmi berkaitan dengan perniagaan akan dia perlu hadiri, gumam hatinya.

 “Hey, smile…” Bisik Jasmin di sebelahnya sedari tadi.

“Jasmin? What a wonderful to meet you here!” Sapa seseorang yang amat dikenali Imran. Sempat sepasang matanya bersabung bersama sepasang mata milik si penyapa itu.

“Hai Irwan, ya good to see you too.” Jasmin lantas bersalam dengan pasangan Irwan pada malam itu, Qistina yang cantik berbusana berwarna merah. “Qistina.” Ucap Qistina sambil menyambut huluran tangan Jasmin itu. “No wonder you rejected my proposal? Seems like, Imran lagi cepat bertindak untuk jadi partner you malam ni.” Jasmin sekadar tersenyum tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Lantas mereka bergerak menuju ke meja yang telah ditetapkan untuk menikmati makan malam tersebut.

            Melihatkan Imran yang asyik melihat jam di pergelangan tangan, Jasmin akhirnya membisikkannya sesuatu. “Jom, kita keluar dari sini?” Lelaki itu sekadar mengikuti tanpa sebarang bantahan. Akhirnya mereka kini berada di atas bangunan Hotel Hilton bersaksikan cahaya bulan dan bintang yang berkedipan.

“Saya ingat awak ajak balik?” Imran menyoal Jasmin. “Hmm..awak tak suka pergi function macam tadi ya?” Spontan Jasmin bertanya semula tepat matanya memandang ke dalam mata Imran. 

“Bukan saya tak suka it just…I’m not used to it. Nasib baik awak ada teman saya malam ni.”

“Bukan sebab Irwan?” Tebak Jasmin inginkan kepastian. “Kenapa sebab dia pula? Nonsense.”  Imran cepat-cepat menafikan.

“Bukan ke awak dengan dia adik-beradik? Tapi kenapa macam tak sebulu je? Tegang je bila berjumpa?” Imran tarik nafas dalam lalu mengambil duduk di bangku antik tersedia di situ.

“Sebenarnya, kami bukan adik-beradik. Ayah saya ambil dan bela dia sejak umur 5 tahun sebab dia anak yatim piatu. Saya tak ada jawapan untuk soalan awak tu Jas sebab saya pun tak tahu kenapa. Ada je yang tak kena pada mata dia sejak dari dulu sampai sekarang. Seorang saya pendam benda ni kalau awak nak tahu. Saya rasa sama saja apa yang daddy dengan ibu curahkan pada saya dan adik-adik yang lain dengan dia. Sebab tu, saya malas nak berebut pasal ambil alih syarikat sebab saya tahu menjadi CEO Entigo memang menjadi impian dia dari dulu. Tapi daddy, tetap nak saya juga take over Entigo.” Imran akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

“Sorry, awak terpaksa dengar semua ni malam penuh dengan bintang kedip-kedip.” Imran menunjukkan jarinya ke langit cuba berlawak, cuba menyembunyikan getar di hati sementara Jasmin masih membisu memandangnya.

 “You must have go through such a terrible kind of situation didn’t you?” Perlahan suara Jasmin namun jelas ditangkap pada pendengaran Imran sambil mempamerkan wajah simpati untuknya. 

“Saya korbankan cita-cita saya untuk sambung ambil architecture bila daddy minta ambil course business di London. Saya patuh. Sejak umur 18 tahun saya dihantar ke UK untuk masuk boarding school. Saya patuh. Never once I disobey him, never. Sampai satu tahap, saya jadi fade up and end up became rebellious and decided no, not anymore will that man ask me to do this and that.” Imran menahan sebak, memori lalu kembali mengisi ruangan minda. Jasmin setia mendengar luahan lelaki yang banyak memendam sendirian ini.

“Lepas graduated, saya tak terus balik even decided to stay in London forever. Saya kerja. Daddy datang London semata-mata untuk suruh saya balik kerja di Entigo dan marah sangat bila tahu saya tak nak ambil tempat dia dan sambung semua usahanya. Thing is, when you are not doing what is you passionate about…it will be like you have to do it not cause you want to do it. I don’t feel business is my DNA.” Imran mendongak ke arah langit mendapatkan kekuatan.

“That’s why awak keluar dari rumah kerja jadi badut?” Celah Jasmin. “Awak tahu tak Imran, awak beruntung tahu? Beruntung sebab masih ada seorang ayah yang inginkan yang terbaik untuk anaknya. Saya? Muka ayah sendiri pun tak kenal, entah ada hidung ke tak ada.” Imran tersenyum mendengar ayat kelakar Jasmin.

“Betul…terkadang tu kan saya jealous sangat bila tengok orang lain ada ayah yang hantar pergi sekolah, bawa jalan-jalan, makan-makan, sentiasa ada untuk anaknya ketika perlukan bahu untuk mengadu dan menangis tapi saya tak. At least awak masih bertuah. Awak percaya tak, yang Datuk Iedlan sangat sayangkan awak?” Imran sengaja tak balas pertanyaan itu.

“Saya amat yakin 100% yang dia sangat sayangkan anak terunanya ini kalau tak takkan dia cakap macam ni ‘Soon I’ll be retired and my beloved dearest son, Imran Firdaus will take over Entigo so I hope you could help to show him all about this fashion industry. I really put my trust and count on him ’”
“Saya yakin, Datuk Iedlan tahu apa yang terbaik untuk anak lelakinya ini. He never has doubt on your capability on managing Entigo on your own, and he really meant it.” Sambung Jasmin dengan segaris senyuman manis.

”It’s okay awak tak jadi architect pun tak apa sebab, awak dah bina hati awak melintasi hati saya!” Jasmin tak sangka dia akan berkata sedemikian lalu terus bangun meninggalkan Imran yang masih terpinga-pinga di situ.

No comments:

Post a Comment

nuffnang