Wednesday 1 February 2017

Cinta Untuk Jasmin 3

Hi! Apa khabar Mr.Clown? Kerja hari ni? –Jasmin

Assalamu’alaikum hai, sihat…kerja hari ni. Ada apa-apa boleh saya bantu?” – Imran

W’salam..Awak ada di mana sekarang? Sorry kalau mengganggu…- Jasmin

Tak apa, ada di General Hospital KL.- Imran

Eh siapa masuk wad? –Jasmin

Kerjalah tak ada siapa masuk wad haha : ) – Imran

Di wad melur ya? Tunggu situ jangan pergi mana-mana tau! – Jasmin

            Jasmin tiba di Wad Melur lalu mencari Imran yang sibuk melayan dan menghiburkan pesakit wad yang terdiri daripada kanak-kanak berusia dalam lingkungan dua hingga dua belas tahun. Setelah selesai tugasannya, mereka ke kafe hospital untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama.
“Kenapa sampai ke sini awak jumpa saya?” Imran bertanya pelik kepada Jasmin yang sedang enak menikmati nasi ayam.“Uh? Kenapa tak boleh ke?” Selamba Jasmin bertanya kembali. Soalan dibalas dengan soalan.“Yelah, awak sampai sanggup redah jam semata-mata nak datang ke sini untuk jumpa saya kenapa?” Jasmin ligat berfikir mencari jawapan yang muhasabah untuk diberi kepada lelaki di hadapannya itu.“Err…saya..ah saya sebenarnya rindu nak tengok budak-budak kat wad tu ya…” Ucap Jasmin teragak-agak semoga Imran dapat menerima jawapan hentam kromonya itu.

Imran tertunduk senyum lalu menyedut teh ais sehingga habis. “Ada satu patient tu, baru usia tujuh tahun...tapi dah jadi yatim piatu.” Imran menceritakan tentang salah seorang pesakit kanak-kanak yang ditemuinya yang kematian ibu bapa akibat kemalangan ngeri semasa percutian sekeluarga yang bertukar tragedi. Jasmin hanya mampu bersimpati dengan nasib anak kecil itu namun siapa kita untuk melawan takdir, getus hatinya.

“Kesian budak tu…habis tu siapa yang akan jaga dia lepas ni?” Jasmin bertanya pada Imran tepat memandang ke dalam sepasang mata redup lelaki itu. Imran mengangkat sedikit bahunya tanda tak pasti. “ Saya tak pasti, tapi pihak hospital akan uruskan untuk hubungi waris supaya menjaga dia. Kalau tak, mungkin dihantar ke jabatan kebajikan masyarakat.”Tak dapat Jasmin bayangkan jikalau dia berada di tempat budak tersebut, pasti akan kelam dan suram hari yang bakal mendatang tanpa ibu bapa di sisi. Tapi, dia sendiri tak pernah merasa bagaimana kasih seorang bapa. Rasa yang didamba selama ini, dipendam di dalam hati seorang diri. Puan Jazwinlah yang hanya dia kenali sebagai ayah dan ibu yang menyayanginya dan Kak Julia selama ini. “So, lepas ni awak ke mana?” Soal Jasmin mengubah topik perbualan mereka.

Credit
         Imran sendiri tiada alasan yang kukuh mengapa dia mengikuti wanita ini ke tempat bekerjanya. Kalau tempoh hari dia datang untuk mengambil upah bayaran menjadi model tangkap muat tetapi kali ini dia tidak tahu. Bagaikan terkena panahan dek daya tarikan mempersona oleh gadis yang mahir tentang fesyen.“Ini studio penggambaran kita, kalau ada photoshoot kita akan buat di sini.” Jelas Jasmin kepadanya yang menunjukkan sekitar bahagian dalam pejabatnya. Bangunan dua tingkat ini mempunyai kawasan yang luas dan begitu selesa untuk bekerja. Tanpa Imran sedari, Jasmin menarik tangannya ke bahagian latar belakang tempat shooting yang berwarna putih lalu mengambil kamera DSLR yang terletak di atas meja milik salah seorang jurugambarnya bersedia untuk mengambil gambar Imran.

“Eh Jas janganlah, please…no.” Imran salah tingkah apabila flash kamera tersebut terpancar mengenai mukannya sementara Jasmin sedang asyik mengambil foto lelaki itu.“Come on be sporting! Nak tengok?” Pantas Imran mendekati wanita yang anggun dengan jumpsuit kuning rekaan dari Mimpi Kita untuk melihat gambarnya di laptop.See…awak ada style seorang model! Cuma, kena grooming and touch up sikit that’s it !” Teruja Jasmin untuk menggayakan lelaki ini. Seketika itu, Johan iaitu jurugambar Jasmin muncul selesai rehat makan tengah hari. “Joe, boleh tolong ambilkan gambar kita orang berdua tak?” Pinta Jasmin kepada pekerjanya itu sementara Imran hanya diam di situ malu menyelubungi diri. Jasmin lantas menariknya ke set mengambil gambar dan mengajarkan serba sedikit gaya untuk posing kepada Imran. Lama-kelamaan mereka menjadi semakin serasi dan Johan menggunakan kepakarannya untuk merakamkan gambar yang terbaik hasil sentuhannya menggunakan kamera DSLR tersebut.

Wow, I love this! And this too…perfect. Erm, Joe boleh tak kalau you bagi I copy semua gambar ni ya?” Imran memandang Jasmin sekilas sebelum berkata “Kenapa awak nak buat apa dengan gambar saya ni?” Jasmin hanya tersenyum manis melihat wajah risau lelaki itu mungkin bimbang takut diapa-apakan dengan gambar-gambarnya itu lalu dia mengecilkan matanya dan mendekatkan muka hampir dengan muka lelaki itu. “Saya…nak bomohkan awak.” Imran sempat teguk liur kelihatan takut tetapi cuba mengawal dirinya untuk tampak tenang. Jasmin tergelak melihatkan wajah panik yang cuba disorokkan oleh Imran ternyata lelaki ini sungguh polos orangnya. 

“Saya gurau je okay? Taklah, saya nak simpan for special ocassion boleh kan?” Imran yang masih tidak jelas dengan niat sebenar wanita itu mahu menyimpan gambar-gambar tersebut akhirnya akur sahaja kerana lidahnya kelu dari membantah untuk Jasmin tidak menyimpannya.Ketukan di pintu oleh seseorang membuatkan mereka berpaling dan sungguh tidak Imran duga akan bertemu dengan Irwan Edrus, Ketua Pemasaran Entigo di situ.“Sorry for interrupt. But I am here for the meeting with you Miss Jasmin Clarisa as scheduled?” Tutur Irwan selamba sempat mengerling Imran yang berada di sisi Jasmin.Imran pula menjadi tidak selesa dengan kehadiran Ketua Pemasaran Entigo itu lalu cepat-cepat meminta diri untuk pergi dari situ. Suasana terasa tegang seketika apabila matanya bersabung mata dengan lelaki segak bersut serba hitam itu. 

Credit
            Gambar di laptop ditatapnya berulang kali setelah Johan membuat salinan untuk disimpannya sebagai simpanan peribadi. Puan Jazwin yang memegang dua gelas Vico menyengetkan badannya untuk melihat gambar tersebut. “Siapa tu? Cute.” Komen Puan Jazwin lalu mengambil duduk di sebelah anaknya itu. “Cute? Mama…ini bukan cute ini handsome, ganteng or drop dead gorgeous!” Jasmin membetulkan ibunya. “Yelah labu…handsome tapi anak teruna siapa tu yang Jas ambil jadi model?”“Namanya Imran, dia bukan model Jas tapi kerja dia jadi badut.” Terang Jasmin tanpa selindung pada mamanya. “Apa ke jauh bebenor model dengan badut ni? Sejak bila Jas buka pusat circus pulak?” Puan Jazwin kelihatan keliru namun cuba melawak pulak. “Ish mama ni, merepek! Jas kenal dia masa Jenna masuk hospital hari tu masa tu dia datang di wad jadi clown.” Jelas Jasmin akan bagaimana perkenalannya dengan Imran. 

“Oh...eh bukan ke budak cute ni yang tolong jadi model hari tu?” Puan Jazwin cuba mengingati kembali apa yang diceritakan oleh Julia, anaknya yang sulung ketika datang melawatnya sebulan yang lepas. “Exactly, you are super duper brilliant!” Jasmin menjadi teruja dengan daya ingatan mamanya yang kuat. “Mana…tengok sekali lagi muka budak cute ni?”Puan Jazwin mendekatkan matanya dengan skrin komputer riba di atas meja lalu Jasmin memukul lembut paha ibunya “Ish, apanya cute mama ni…handsomelah! Cute dengan handsome there’s major different okay?” Puan Jazwin lantas mencebikkan mulutnya .

“Sama apa? Sedap mata memandang muka dia ni ish tak jemu pulak ops!” Sengaja Puan Jazwin mengusik anak bongsunya itu. “Cute tu hah macam anak bulus mama si Demok, Buntat…itu cute, comel. Handsome… macam dia ni ada faham ka mamaku sayang?”Puan Jazwin tak menjawab lalu meneguk segelas Vico sebelum kembali bersuara. “Takkan dia kerja jadi badut? Muka ada rupa..ish biar betul Jas ni.” Jasmin mengeluh lalu turut meneguk Vico yang dibancuh oleh ibunya itu. “Itulah…dia ni macam misteri nusantara sikit. Haih, kalaulah Jas berjaya pujuk dia jadi model untuk Jas Fashion House…”

“Sayang muka bukan main kacak dan ganteng boleh dibuat  jadi menantu tapi kerjanya jadi badut ya?” Puan Jazwin bertutur dalam loghat jawa seperti dalam Sinetron lantas membuat Jasmin ketawa. “Tapi kan, Jas masih tak faham apa kaitan dia dengan Encik Irwan Edrus, Chief Marketing Entigo?” Otaknya ligat berfikir akan apakah hubungan di antara dua lelaki ini.

Credit
            Akibat terlupa telefon bimbit di dalam kereta, terdapat dua puluh tiga panggilan tidak berjawab dari pemanggil yang sama, Imani. Imran segera menghubungi kembali satu-satunya adik perempuannya itu bimbang jika ada sesuatu yang berlaku namun tidak dijawab malah masuk ke peti simpanan suara. Tidak lama kemudian nama Imani tertera di skrin lalu pantas dia menjawab panggilan tersebut. “Abang Im…Idris abang Im…” Suara Imani kedengaran tenggelam timbul oleh sebab menangis tersedu-sedan.“Imani? Okay…bawa bertenang. Kenapa dengan Idris?” Terus fikirannya teringat akan Idris, adik bongsunya yang baru berusia sepuluh tahun yang lama tidak ketemui.

“Idris accident! Abang Im datanglah sini please…” Pujuk Imani agar Imran segera ke hospital demi adik mereka yang sedang berada di Unit Kecemasan. Imran tanpa berfikir panjang terus bergegas ke hospital dan mengambil cuti separuh hari pada hari tersebut. Dalam hati dia berdoa semoga Idris selamat dan tidak teruk cedera yang dialami. Walau dalam keadaan panik sedemikian, dia masih sempat teringat akan detik-detik berharga bersama Idris yang cilik lagi menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya ketika dia masih tinggal di rumah kedua ibu bapanya itu. Setelah meredah kesesakan ibu kota, akhirnya sampai juga dia di Prince Court Medical Center di mana Idris ditempatkan. Kali ini, terpaksa dia tepis egonya dan membuang segala rasa apabila bertembung dengan Datuk Iedlan dan seluruh ahli keluarga terutama insan bernama Irwan Edrus demi Idris.

Jasmin yang berada di sisi Irwan memandang ke arah Imran yang baru tiba di hospital tersebut. Dia sedang bersama Irwan ketika dalam perjalanan menuju ke satu pertandingan pertunjukan fesyen untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut apabila Irwan tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan lalu mereka terus ke sini dan kini Imran juga berada di sini?Imani yang melihat kehadiran Imran di situ lantas segera memeluk lelaki tersebut menangis kesedihan dengan apa yang terjadi ke atas Idris. Datin Maimon kelihatan berkaca matanya lalu menghampiri Imran sebelum memeluk erat lelaki tersebut. Imran menyalami tangan wanita berusia separuh abad itu dengan penuh hormat. Jasmin semakin tertanya-tanya apakah sebenarnya kaitan Imran dengan mereka semua ini. Apabila dia bertanya kepada Irwan, lelaki itu hanya menjawab supaya dia bertanya sendiri kepada Imran.

“Idris macam mana ibu? Imani?” Imran bertanya penuh risau akan adik bongsunya itu. “Idris…doktor kata ada pendarahan di otak….” Datin Maimon tak sanggup menyambung kata-kata dan menangis sementara Imran memandang Imani meminta penjelasan lanjut. “Doktor tengah berusaha yang terbaik untuk selamatkan Idris. Dia sekarang dalam Operation Theater.” Imani yang sudah reda dari tangis menyambung memaklumkan kepada Imran. Setelah itu, mereka hanya mampu berdoa untuk Idris agar selamat menempuh saat kritikal dan kembali sedar dan barulah Imran perasan akan Jasmin yang berdiri tidak jauh dari situ di sebelah Irwan Edrus.

“Hai, awak tak apa-apa?” Tegur Jasmin padanya yang sedang berdiri di kawasan menunggu dewan bedah sambil menghulurkan secawan kopi.“Thanks. Awak buat apa kat sini?” Soal Imran pulak tepat memandang wanita berusia dua puluh sembilan tahun itu. “Saya…on the way ke Lim Kok Wing University dengan Irwan semasa dapat phone call pasal adik dia…” “Adik saya juga.” Pantas Imran mencelah. Adik dia juga? Maksudnya Imran dengan Irwan adik-beradik? Jasmin bermain di otaknya sementara menunggu kalau-kalau lelaki itu ingin berkata lebih lanjut. “So, awak anak Datuk Iedlan?” Teka Jasmin inginkan kepastian daripada Imran. Imran hanya tertunduk memandang lantai tidak berkata walau sepatah, hati dan fikirannya kusut memikirkan Idris yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik bedah.

Credit
            Jasmin keluar dari biliknya dan mendekati meja Elie, setiausahanya. “Elie, please cancel all appointments for this evening ya?” Ujar Jasmin sebelum melangkah turun dari aras dua bangunan pejabatnya itu. “Okay..tapi Cik Jasmin nak pergi mana?” Elie bertanya spontan kepada majikannya itu. “Hospital.” Sepatah sahaja wanita muda itu menjawab kerana tergesa-gesa untuk pergi dari situ. Elie hanya mampu mengangkat bahu sebelum kembali dengan tugasannya. Padlie yang memerhati lantas segera mendekati rakan sekerjanya untuk bergosip. “Psst! Apa cer bos kita tu? Kalut nak ke hospital aku dengar? Siapa sakit?”“Anak jiran sebelah punya anak punya apa penyibuklah kau ni Padlie! Aku ni yang tak sempat nak tanya kau pulak datang menyibuk aje kerja dia ni, manalah aku tahu!” Elie mengomel. “Tak adalah, kot kau tahu… ni laporan kewangan bulan ni nanti bagi kat Cik Jasmin kau untuk disemak.” Padlie menyerahkan sebuah fail berisi laporan kewangan bulanan tersebut kepada Elie. 

“Elie…” Padlie masih tidak berganjak dari meja Elie. “Apa benda ish pak cik nilah, aku nak menaip pun tak senang.” Rungut Elie pura-pura serabut.“Elie, sudi tak kalau…kalau aku ajak kau keluar minum petang lepas kerja nanti?” Padlie buat-buat malu berharap gadis tersebut terima pelawaannya.
Elie bagaikan tersalah dengar kata-kata itu keluar dari lelaki bernama Padlie yang sepanjang hampir lima tahun dia bekerja di sini usahkan minum petang, makan bersama berdua-duaan dengan mamat berambut alfro ini tak pernah dipelawanya. “Kau demam kepialu ke hari ni? Tiba-tiba ajak minum petang?” Elie membetulkan cermin mata berbingkai hitam dan besar terletak di atas hidungnya. “Kalau demam kepialu tak adalah aku datang kerja hari ni hihi…sudi ke tak? Sudilah…sudilah….sudilah…” Padlie tersenyum lebar ke arah Elie

Jasmin duduk di sebelah Imran yang sedang termenung di taman di hadapan hospital. Hari ini hari ketiga Idris terlantar di unit rawatan rapi masih tidak sedarkan diri. Ralit Imran memandang kanak-kanak yang bermain di taman permainan yang tersedia. “Awak nah saya belikan ini untuk awak. Datin Maimon kata awak tak makan apa-apa tengah hari tadi.” Jasmin menghulurkan sebuah bekas makanan berisi nasi briyani ayam yang dibelinya dalam perjalanan ke pusat perubatan tersebut. “Atau nak saya suap?” Tambah Jasmin cuba menghiburkan hati. Imran lantas menyambut huluran tersebut dan menjamah hidangan itu dan makan dengan penuh selera dan Jasmin bagaikan terpaku memandang seraut wajah yang penuh dengan rasa yang tidak dapat diluahkan isi hatinya.

 “Ingat tak masa kita jumpa dekat NU Sentral hari tu, di McDonald’s restaurant?” Imran sekadar memandang dan menunggu kata-katanya yang seterusnya. “Yang awak bagi kek dan belon pada Adi Sufian? Dia lahir kat sinilah. Saya ingat lagi masa kawan baik saya nak bersalin, saya sanggup patah balik rumah untuk ambil selimut yang saya jahit sendiri untuk Adi. Nasiblah masa tu pagi jalan tak jam lagi. Berpeluh lengit ketiak saya berlari semata-mata pasal selimut. Dekat sini jugalah saya entah macam mana boleh berlanggar dengan satu badut ni, sengal sungguh rasa nak hempuk-hempuk kepala badut tu tapi bila saya tahu badut tu seorang yang baik, kacak pulak tu…terus tak jadi marah saya pada dia.” Imran sekali lagi tertunduk setia mendengarkan pemilik Jas Fashion House berceloteh. “Awak kena banyakkan bersabar, berdoa ya? Insya Allah semuanya akan baik-baik saja…” 

Credit


Abdullah sedang memasak untuk makan malam sementara Imran baru pulang ke rumah setelah menjaga Idris di hospital. Hatinya sedikit lega apabila terdapat perkembangan yang memberangsangkan ke atas adiknya itu. “Haih lambatnya balik hari ini? Jom kita makan…” Ajak Abdullah yang sedang menghidangkan masakannya di atas meja.“Aku pergi hospital, alhamdulillah Idris dah sedar dan doktor transfer ke wad biasa hari ini.” Balas Imran lalu mengambil duduk di meja makan. “Iye? Syukur alhamdulillah…lega aku dengar. Dah tu kau pergi hospital tak jumpa dengan ayah dan mak kau ke Im?” Abdullah terus panasaran untuk bertanya kepada sahabatnya itu. 

“Jumpa…si Irwan tu pun ada sekali tu pun tak sampai sepuluh minit hilang entah ghaib ke mana.” Mendengarkan itu, Abdullah membuat muka cebik tak gemar apabila nama Irwan disebut. “Ala, datang sekadar tunjuk muka..tunjuk simpati…aku tak boleh lupa macam mana si keparat talam dua muka cakap yang dia takkan bagi kau dapat apa yang sepatutnya kau dapat huh! Dia tak sedar yang selama ni, kalau mak ayah kau tak ambil kutip bela tak adalah nak hidup macam sekarang ni.” Abdullah menahan amarah akan Irwan yang tamak dengan apa yang bukan haknya. Imran hanya memandang tanpa perasaan melihat sahabatnya itu yang tiba-tiba terlebih emosional. “Yang kau ni lebih-lebih pulak emo apasal?”

“Yelah, kau boleh releks je bila si keparat tu tamak nak semua harta bapak kau? You must fight! Fight what is right for  you..bukannya biarkan dia bolot semua! Kau anak kandung mak ayah kau Im, kau lebih berhak..sebab tu ayah kau nak kau ambil alih tempat dia takkan kau tak faham? Ish, kalau aku…lawan tetap lawan!” Begitu bersemangat Abdullah malam ini.Lagipun, dia sendiri tak sampai hati melihat kawan sendiri kena tikam dengan si licik seperti Irwan yang tamak haloba mengalahkan serigala laparkan si mangsa. Apa yang sepatutnya menjadi milik Imran perlu dipertahankan dan dia perlu berjuang hingga habis-habisan. 

“Aku…biarlah harta tak boleh bawa sampai ke mati Lah. Buat apa ada harta banyak tapi hidup tak tenang?” Imran berkata tenang lalu mengunyah suapan nasinya. “Aku betul-betul tak faham dengan kau bab ni, memang harta tak boleh dibawa mati isunya sekarang hak kau, hak kau! Takkan kau nak biarkan dia kuasai semuanya yang sepatut menjadi milik kau? Kalau betul kau anggap aku macam adik-beradik kau lain ayah lain mak, tolonglah kali ni je Im…kau dengar nasihat aku ni. “ Berusaha sungguh Abdullah memujuk Imran supaya kembali ke rumah keluarganya sementara dia hanya diam membisu tanpa bicara.

Malam itu entah kenapa mata susah untuk lelap walaupun jam hampir menginjak pukul satu pagi. Pelbagai perkara yang berkecamuk di benaknya memikirkan apa yang Abdullah katakan tadi. Ada betulnya juga kalau dia mendengar buah bicara sahabatnya itu tetapi, mampukah dia untuk mendepani segala halangan yang bakal ditempuh nanti seperti yang dijangkakan? Namun, sampai bilakah harus begini keadaannya jikalau tidak pertahankan apa yang sepatutnya menjadi haknya? Akhirnya, dengan kepala kusut dengan segala permasalahan dia terlelap sehingga ke subuh.

Credit


            Datuk Iedlan sedang khusyuk membaca The Star sambil menikmati sarapan pagi sebelum ke pejabat. Isterinya, Datin Maimon setia menemani seperti biasa menyediakan segala keperluan suaminya itu. “Abang, apa kata kalau abang pujuk lagi Imran untuk kerja di pejabat?” Datuk Iedlan lantas berhenti menghirup teh dari cawan sebelum merenung ke dalam mata isterinya. “Hmm..dah berbuih mulut saya pujuk tapi, dia berdegil keras hati keras kepala nak ikut hati dia saja. Saya ni, besar harapan nak dia ambil alih tempat di company kita tu. Awak pun tahu, punya susah payah dari bawah saya bangunkan Entigo dan mempertahankannya sehingga hari ini. Kalau bukan dia siapa lagi, apa gunanya hantar sampai London belajar MBA jika dia tak sambung apa yang telah saya usahakan selama ni?” Lelaki berusia lebih separuh abad tersebut mengeluh memikirkan hal tersebut.

“Andai kata kalau saya berjaya pujuk anak kita tu balik dan kerja di Entigo, abang boleh janjikan satu perkara?” Berhati-hati Datin Maimon menuturkan kata-kata  bimbang tersalah kata.
Suaminya memandang, “Apa dia?” Datin Maimon tersenyum dan menyambung kata-katanya, “Jangan paksa Imran buat apa yang dia tak suka? Cukuplah abang hantar dia sejak umur lapan belas tahun ke England sana demi memenuhi cita-cita abang yang tak kesampaian dulu. Sudahlah pulak suruh dia ambil bidang yang dia terpaksa sebabnya semua atas kehendak abang. Abang… saya tak pernah minta banyak selama ni tapi kali ini, tiba masanya kita biarkan tentukan pilihannya sendiri ya?  Takkan kita tak nak dia gembira dengan pilihan dirinya sendiri?”

“Okay, saya harap awak berjaya convince sebab amatlah besar harapan saya bahawa dia dapat kembangkan business kita ke persada dunia. Bukan bermakna saya tak percayakan Irwan, cuma saya inginkan sangat Imran yang menjadi peneraju Entigo dan diperteguh dengan kemahiran Irwan yang hebat dalam pemasaran. Saya ni, bukan makin tua…sebelum berehat teringin Imran yang pegang jawatan saya.

Di sebalik dinding yang menghalangi antara ruang tamu dan dapur Irwan mendengar dengan teliti setiap perbualan Datuk Iedlan dan Datin Maimon. Dia sedar bahawa mustahil dia akan menggantikan tempat Datuk Iedlan di Entigo kerana objektifnya pasti akan disimpan buat anak sulung kesayangannya, Imran Firdaus. Maknanya selama ini, sia-sialah segala kerja kerasnya demi turut membangunkan Entigo. Irwan akhirnya tidak jadi untuk bersarapan bersama mereka lalu terus keluar untuk ke pejabat terasa seleranya tiba-tiba mati.“Irwan! Tak breakfast dulu?” Panggil Datin Maimon sebaik melihat anak teruna itu meluru keluar tanpa sebarang kata.

Credit

             Jasmin meneliti dokumen proposal perancangan daripada beberapa pereka fesyen dari Indonesia dan Singapura yang ingin menyertai Jas Fashion House. Kini, hasratnya untuk mengembangkan perniagaannya ke pelusok dua negara jiran itu setelah semakin kukuh di bumi tanah air tercinta ini. Jika berjaya, maka dia akan bertambah sibuk ulang-alik ke negara tersebut bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dia selalu berpegang dengan prinsip berusaha bersungguh-sungguh umpama akan hidup seratus tahun lagi dan beramal umpama akan mati esok.

"Tuk tuk tuk" Bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya kedengaran lantas muncul Sofira dan Adina bersama datang tanpa memberitahunya terlebih dahulu.“Korang! Wah….rindunya lama tak jumpa. Kenapa tak bagitahu nak datang?” Jasmin teruja dengan kehadiran dua sahabat karibnya itu di pejabatnya.“Surprise! Saja…nak buat spot check mana tahu makan gaji buta ke tak bos kita ni? Jangan lupa yang kita orang ada five percent share in this company too.” Ujar Adina turut teruja bertemu dengan Jasmin. “Amboi…yelah kalau datang inform dulu bolehlah bentang red carpet ke kat depan pintu masuk baru grand haha!” Sambung Jasmin pula mempersilakan mereka duduk. “Kita orang baru habis shopping beli barang persiapan Cik Sofira kita ni. Lepas ni tinggal Cik Jasmin yang masih solo menunggu putera idaman hatinya yang tak kunjung tiba.” Terang Adina kepada Jasmin.

“Oh…sampai hati tak ajak I kan macam ni kawan okay fine merajuklah macam ni!” Jasmin mencebikkan mulut. “Tak nak ganggu Jas kerja tahu kawan I yang cantik ni busy gila dengan macam-macam fesyen show sana sini. Kalau nak tolonglah sangatkan, boleh. Tolong bungkuskan door gift boleh?” Celah Sofira pulak. “Sebenarnya, kita orang ada tugasan khas untuk kau. Itu pun kalau kau sudi kan Sofi? Okay, tak adalah kau seorang yang buat tapi kita berdua. It is for our dear Sofira’s bridal shower!” Ujar Adina kepada Jasmin yang setia mendengar.  “Ada upah tak?” Tanya Jas sengaja mengusik. “Hee upah? Eh mestilah ada…aku nak hadiah yang paling besar dan mahal dari kau haha.” Pantas Jasmin memukul bahu Sofira dan bergelak ketawa bersama sahabatnya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.

Semenjak tadi apa-apa masih belum ditaip di papan kekunci untuk menghasilkan laporan yang harus dilaksanakannya. Otaknya masih memikirkan akan perbualan pagi tadi antara ibu dan ayah angkatnya itu. Hatinya berasa kurang senang mendengarkan akan hal tersebut. Apa yang diimpikan selama ini mungkin tidak akan tercapai dan terkubur begitu sahaja setelah belasan tahun memerah keringat untuk syarikat ini?“Imran Firdaus…” Wajah lelaki itu tergambar di mindanya. 

Credit
            Imran kini berada di hadapan sebuah rumah banglo milik kedua ibu bapanya. Dia perlu yakin dengan keputusannya kali ini dan berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan haknya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke dalam berjumpa dengan kedua insan paling dirindui itu hanya tuhan yang tahu. Kali ini, dia perlu cekal dan berani untuk berdepan dengan segala cabaran yang bakal ditempuhinya. Pengalaman hidup di negara orang banyak mengajarnya erti kesabaran dalam menjadi manusia yang lebih baik. Ketika tiada sesiapa tempat untuk bergantung hanya kepada tuhan yang Maha Pengasih saja dia berharap sewaktu menjalani kehidupan di kota London sebelas tahun yang lalu.

Seusia baru menginjak lapan belas tahun, seorang yang baru ingin mengenali dunia dihantar oleh bapanya jauh beribu batu demi mencapai dan memenuhi harapan seorang ayah yang inginkan kelulusan dalam bidang perniagaan dari universiti terkemuka di dunia. Tidak ingin mengecewakan, hatinya berat membawa diri di tempat asing meneruskan perjuangan biarpun pahit getir dilalui demi harapan insan yang telah banyak berjasa kepadanya selama ini. Impian dan cita-citanya dalam menjadi seorang arkitek yang berjaya terpaksa dilupakan apabila harapan yang menggunung si ayah harus ditunaikan mahu atau tidak. Sehingga menggengam ijazah, disuruh pula sambung demi memburu segulung MBA untuk memantapkan ilmu perniagaan demi perusahaan Entigo yang bakal diambil alihnya suatu masa nanti. Itulah jalan kehidupan pilihan yang telah ditetapkan oleh Datuk Iedlan, insan yang paling dihormatinya sehingga satu tahap dia menjadi bosan dengan kehidupannya diatur begitu begini oleh lelaki tersebut.

“Imran! Mari masuk nak…Ya Allah buat apa tercegat kat depan tu.” Datin Maimon gembira melihat anak sulungnya itu bersetuju untuk pulang ke rumah. Wanita berusia lima puluh tiga tahun itu memeluk erat dan tanpa sedar berjurai air matanya menahan sebak tidak dapat ungkapkan betapa gembiranya dia berjaya memujuk anak terunanya ini.

“Ibu, Im minta maaf banyak-banyak dengan ibu.” Tutur Imran dengan lembut kepada Datin Maimon.
“No, ibu dan daddy yang perlu minta maaf dengan Im. Dah jom kita masuk ibu masak lauk favourite Im, ada gulai ketam…terung masak kicap, jom jom.”Imran akhirnya menuruti ibunya masuk ke dalam mahligai yang paling dia rindui itu. “Rindu sangat masakan ibu!”
“Tulah, merajuk lama sangat siapa suruh. Diri sendiri yang rugi.” 


Credit
                Tali leher berwarna biru tersemat kemas diperbetul sebelum kot hitam berjenama Giordano disarung ke badannya. Rambutnya kemudian dibuat stail pacak digayakan dengan gel rambut kegemarannya, Calvin Klein. Setelah puas hati dengan penampilannya itu barulah Imran turun ke bawah untuk memulakan hari barunya pada hari ini.“Assalamualaikum, morning daddy…ibu.” Sapanya kepada ibu bapa mereka yang sudah berada di meja makan  untuk bersarapan.“Wa’alaikumussalam..hmm semangat baru penampilan baru I like.” Mendatar suara Datuk Iedlan menyapa pendengaran Imran.“Hai Abang Im .Wow, you look so drop dead gorgeous! Inilah baru abang Imani.” Imani yang baru turun dari atas turut serta untuk bersarapan sebelum ke kolej.

Drop dead gorgeous? Macam pernah dia dengar perkataan tu. “Thank you….my beautiful Imani.” Ucapnya.“Mana Irwan tak turun lagi? Nanti lambat pula jam.” Datin Maimon mengomel sambil menyediakan sandwich telur di atas meja.“Ala ibu, mesti abang Irwan terbabaslah tu semalam pukul berapa dia balik. Imani tengah study kat bilik sampai pukul satu baru dia balik.” Spontan Imani mencelah tanpa diminta.

“Dia pergi mana lewat pagi baru balik? Tak pernah dia balik lewat lepas office hour.” Giliran Datuk Iedlan bersuara kini.“Dah cepat makan sayang ibu sekalian, nanti terlewat pulak alright. Ibu nak pergi kejutkan Irwan kejap.”  “Im, daddy hari ini half day cause daddy nak uruskan Idris discharge hari ini so nanti I’ll let my P.A to show you around.” Datuk Iedlan sambung memberitahu kepada anaknya itu.

Credit
            Irwan berjalan ingin menuju ke bilik pejabat Datuk Iedlan untuk berbincang akan beberapa perkara dengan bapanya itu namun setiausaha Datuk Iedlan, Fiona pantas menahan lelaki itu daripada masuk ke dalam bilik tersebut. “Encik Irwan, Datuk tak ada dalam bilik sekarang. Tapi…” Belum sempat wanita kacukan Cina Sarawak Irwan segera mencelahDamn it. Saya nak bincang pasal laporan pemasaran dengan dia.” Irwan baru teringat akan kata-kata ibunya mengatakan bahawa Datuk Iedlan akan menguruskan proses keluar hospital Idris pada hari ini. “Itulah…Datuk ambil half day hari ini tapi, kalau Encik Irwan ada apa-apa boleh bincang dulu dengan Encik Imran?”

What? Imran?” Irwan terbeliak mata terkejut mendengar nama lelaki tersebut.  “Yes, Encik Imran sudah mula bertugas di sini. So, Encik Irwan boleh discuss dulu dengan dia before proceed with Datuk.” Lancar saja tutur kata Fiona menjelaskan kepada Irwan. “Hmm, ok thanks.” Irwan lalu segera kembali ke biliknya, berasa kurang senang dengan apa yang baru diketahuinya.
Meja kerjanya diketuk kuat sekuat hati bagi melepaskan geram. “Damn it! Argh!” 

Bunyi interkom di meja dijawab Fiona mendengarkan suara Imran di hujung talian. “Fiona, Irwan dah masuk office?” “Err sudah Encik Imran. Tadi dia nak jumpa datuk untuk bincang pasal laporan pemasaran tapi datuk dah keluar.” “Okay thanks…” Imran lantas bangun dari kerusi bersedia untuk keluar bertemu Irwan demi urusan kerja yang diamanahkan kepadanya. Dipejabat, ketepikan segala hal peribadi dan menjadi profesional demi matlamat yang satu. Dengan langkah yang berani dia masuk bertemu dengan lelaki bernama Irwan.

“Ada apa?” Tanya Irwan bernada tegang. Jelas sekali wajahnya tidak suka akan insan bernama Imran Firdaus biarpun mereka dibesarkan oleh insan yang sama. Cuma nasib tidak menyebelahi Irwan kerana takdir telah menyebabkan kedua ibu bapanya maut dalam nahas kemalangan ketika berusia lima tahun bersama kakanya.

“Datuk minta aku semak marketing report yang kau buat. So where is it?” Selamba Imran berlaku profesional. Sempat dia dikerling tajam oleh lelaki yang digelar abang sulungnya itu.Macam aku takut dengan jeling kau tu, heh jeling jeling jolok mata tu nanti. Imran berkata di dalam hati menahan perasaan di hati. Irwan lantas melemparkan sebuah fail ke atas meja tanpa berbudi bahasa langsung. Imran masih bersabar lalu membuka fail tersebut untuk disemaknya di hadapan lelaki kurang ajar itu. Sungguh telitu dia membaca laporan berkenaan pemasaran syarikat tersebut sehingga satu ketika dia memandang Irwan dan meminta penjelasannya akan beberapa perkara mengenai hal tersebut.

Credit

No comments:

Post a Comment

nuffnang