Wednesday 1 February 2017

Cinta Untuk Jasmin 2

          Bangunan pejabat  Jas Fashion House dipandang Imran sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam untuk berjumpa dengan pemilik perniagaan fesyen yang semakin menempa nama dalam dunia industri fesyen, Jasmin Clarisa. Wanita itu memintanya untuk datang ke pejabat untuk mengambil bayaran hasil dia menjadi model untuk pertunjukan fesyen tempoh hari. Sempat matanya memerhati rekaan dalaman pejabat tersebut yang begitu indah dengan rona merah dan putih sungguh memberi impak yang membangkitkan untuk bekerja. Meja Elie didekatinya untuk meminta berjumpa dengan bosnya itu.

“Assalamua’laikum, saya Imran…Cik Jasmin minta saya datang jumpa dengan dia.” Imran memulakan bicara. Elie yang mata sedang tertumpu di skrin komputer memandang Imran sebelum menekan butan interkom untuk berhubung dengan bosnya, Jasmin.“Erm…Encik Imran, silakan masuk ke dalam bilik Cik Jasmin ada di dalam bilik.” Ujar setiausaha Jasmin lalu mengiringi lelaki tersebut ke bilik bosnya.Usai Imran menjejakkan kaki ke dalam bilik Jasmin, wanita itu lantas meminta Elie membuatkan mereka dua cawan teh sebelum menjemput Imran duduk. Jasmin mengambil sebuah sampul putih berisi sejumlah amaun duit sebagai ganjaran atas jasa baik Imran membantunya menjadi model untuk pertunjukan fesyennya dari laci meja lalu diberikan kepada Imran yang duduk di hadapannya.

“Ini untuk awak.” Jasmin menyerahkan sampul tersebut bersama sebuah sekuntum senyuman terukir dibibirnya. Imran menyambut lalu melihat sekilas lalu dan kembali memandang ke arah Jasmin.
“Banyak sangat ni Cik Jasmin…” Imran akhirnya bersuara terkejut dengan jumlah wang tersebut.
“Jasmin, panggil Jasmin tak payah nak ber-cik atau Jas je okay?” Jasmin membetulkan Imran dengan penuh tenang.“Yelah tapi kenapa banyak sangat duit ni?” Imran masih tak puas hati memandang Jasmin, dahinya berkerut meminta penjelasan.“Jangan banyak tanya boleh tak? Macam-macam boleh buat dengan duit itu tau awak boleh sedekah, tak pun belanja girlfriend makan tak pun belanja saya lunch?.” Seloroh Jasmin tak sangka mulutnya mengatakan sedemikian.Imran tertunduk sebelum mengangkat muka untuk meneruskan apa yang ingin diucapkan. 

“Jom.” Ajak Imran serius. “Jom pergi mana?” Soal Jasmin hairan.“Kata nak suruh belanja makan, jomlah.” Ucap Imran matanya tak beralih dari memandang Jasmin. Jasmin mengerling jam di tangannya lalu bangun dan bersedia untuk beredar dari pejabatnya. “Ok jom ! Perut saya lapar sangat sebab tak makan breakfast tadi.”Perut saya pun dah berkeroncong ni tak makan pagi, getus hati Imran tanpa dia sedar. 
      Jus aprikot dihirup penuh selera oleh Jasmin sambil Imran perhatinya tanpa jemu. Lapar sungguh wanita manis ini, badannya sahaja kecil tetapi boleh tahan juga dia makan. Imran bermain kata di dalam hatinya.“Awak, sebenarnya kerja apa ya? Saya tengok rileks je…” Jasmin memulakan bicara.
“Kerja saya tak tetap, kalau ada job baru saya kerja. Macam Jas jumpa saya di hospital hari tu, itulah kerja saya.” Imran memberitahu jujur.“Jadi badut?” Imran mengangguk. “Berapa gaji jadi badut eh? Tapi kenapa mesti badut?”“Tak banyak seperti yang disangka tapi alhamdulillah cukup untuk makan minum saya. Kenapa badut? Entah, saya buat kerja ni pun sebab…adalah sebabnya.” Imran malas ingin menyambung ayatnya itu, fikirannya terus teringat akan daddynya lalu terus riak wajahnya berubah.

“Imran, awak tahu tak yang awak ni ada pakej yang bagus?” Jasmin tidak ingin memaksa lelaki itu untuk menceritakan apa yang diselindungkan namun ingin memberi suntikan semangat buat lelaki ini. Imran menanti apa yang ingin dikatakan oleh Jasmin.“Awak ni bukan tak handsome, handsome… drop dead gorgeous! Gaya lelaki kacak itu ada pada awak. Kenapa awak tak jadi model?” “Model? Jalan tayang baju…tayang body…perempuan keliling…itu bukan saya. Banyak lagi kerja yang saya boleh buat Jas.”  Imran menggelengkan kepala lalu menghirup teh ais.“Tapi kenapa awak jadi model untuk saya walaupun terpaksa?” Jasmin inginkan kepastian. “Sebab…saya percaya kalau kita buat kebaikan, kebaikanlah yang akan datang pada kita.Hari ini mungkin saya tolong awak esok lusa mungkin awak tolong saya pula.” Jasmin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Imran, ada sejenis ketenangan yang menyentuh jauh di hatinya.
           
Selesai belanja makan tengah hari, Imran menghantar Jasmin pulang ke pejabat. Tidak sangka perempuan secantik Jasmin, yang ada kelas tidak banyak komen untuk menaiki kereta Myvi second hand yang dibeli tunai hasil duit simpanan ketika dia belajar di bumi ratu dahulu. Sebelum Jasmin melangkah turun dari kereta sempat dia berkata “Erm, Imran kita jumpa lagi ya? Take care and thanks for the lunch.”

Sepasang mata berkaca mata hitam dan bersut kemas sedang perhati Jasmin yang keluar dari sebuah kereta yang pemandunya amat dikenali sekali. Setelah Myvi biru laut itu beredar dari bangunan tersebut, dia lantas mendapatkan Jasmin yang melangkah menuju masuk ke dalam pejabat.
“So Jas, you keluar lunch dengan Imran?” Tegur Irwan Edrus sambil membuka kaca mata hitam yang dipakainya. Jasmin yang terkejut dengan kehadiran Ketua Pemasaran Entigo di bangunan pejabatnya memberhentikan langkahnya.“You kenal Imran?” Soal Jasmin minta penjelasan lanjut. 

Credit
         Sejak tadi TV yang ditontoni tidak menarik minatnya langsung. Berulang kali jari menekan butang alat kawalan jauh lantas meletakkannya di atas meja. Abdullah yang baru selesai solat isyak keluar dari bilik lalu duduk di sebelah Imran. Sudah masuk tiga bulan Imran tinggal di rumahnya semenjak dia keluar dari rumah ibu bapanya dan mujurlah dia hidup bujang tetapi sampai bila keadaan harus begini.“Im, kau dah makan? Tu aku bungkuskan kuey teow untuk kau pergilah makan.” Abdullah memulakan bicaranya.“Susahkan kau je Lah, kau tak keluar dating dengan makwe hari ni?” Abdullah tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.“Safia balik kampung ada kenduri saudara katanya. Ini, aku…bukanlah nak busy body pasal hal kau cuma, sampai bila kau nak duduk sini? Bukan maksud aku tak suka kau tinggal rumah ni, kau boleh je duduk sini selama mana yang kau nak. Macam ini, apa kata kalau kau kerja dengan company daddy kau tu tak adalah kau kerja tak menentu jadi badut bagai tu amacam ?” Dengan tenang Abdullah mengajukan cadangan berserta nasihat buat Imran.

“Kau tak akan faham Lah…eh jom makan kuey teow yang kau beli mesti sedap!” Imran sengaja menukar topik perbualan mereka mengelak dari berbicara mengenai dirinya.
“Eh eh pandai dia ubah topik eee geram pulak kita.” Abdullah mengetap giginya sabar dengan sahabatnya yang satu ini.“Kau dengan Safia jadi ke nak bertunang nanti?” Tanya Imran kepada Abdullah sebelum menyuapkan kuey teow ke dalam mulutnya.“Insyaa Allah jadi, hujung bulan ni keluarga aku pergi masuk merisik sekali meminang sekali bincang pasal kahwin. Bolehlah nanti kau apit aku masa bersanding nanti Im !” Berbunga hati Abdullah apabila berbicara mengenai rancangannya yang ingin membina masjid. Tak sangka setelah dua kali putus tunang akhirnya dia temui gadis idaman yang setia dan berharap kali ini benar-benar jadi seperti yang diharap. Teringin juga ingin memiliki seorang isteri yang menjaga makan minum dan anak-anak sendiri seperti orang lain.

“Nampaknya aku kenalah pindah tak lama lagi…nanti jadi orang ketiga pulak.” Imran saja berseloroh.“Ish mengada bebenau kau ni, tak adalah…aku plan dengan Safia nak duduk rumah dia dekat Shah Alam. Senang dekat nak pergi kerja nanti.”“Ye ke? Haih sunyilah aku nanti kau kahwin…” Imran berpura-pura merajuk sambil menguis-nguis kuey teow di pinggan.“Oh please lah bro, tak payah nak dramatik sangatlah geli aku tengok. Kau tu pun pilih je mana awek yang berkenan, ikat kahwin tak ada ingat aku terus lepas tu! “ Abdullah mengenakan Imran pulak.Imran lalu tersedak mendengarkan kata-kata Abdullah. Ada ke yang sudi dan benar-benar  ikhlas menjadi suri hatinya dalam dunia ni?

          Jasmin baring di atas katilnya melepaskan lelah setelah menyiapkan beberapa kerja di meja kerjanya. Fikirannya teringat akan gerangan jejaka yang penuh dengan tanda tanya, Imran Firdaus yang begitu santai dan bersederhana orangnya. Tak banyak yang Jasmin tahu tentang lelaki itu dan anehnya seolah-olah ada satu magnet yang menariknya untuk mengetahui tentang lelaki itu. Bunyi handphone di atas meja mematikan lamunannya lantas terus bangun untuk menjawab panggilan tersebut.“Irwan? Ada apa call malam-malam ni?” Jasmin bertanya pelik tidak pernah mendapat panggilan daripada lelaki itu selepas waktu bekerja.Kedengaran bunyi Irwan tersenyum di hujung panggilan sebelum bersuara. “I just…I nak lamar you.” Tenang suaranya di talian. Jasmin telan liur terkejut mendengar kata-kata daripada lelaki tersebut.

“La..lamar??” Jasmin bertanya untuk kepastian. “I nak lamar you jadi my partner for Annual Gala Dinner Show this Saturday night.” Irwan kedengaran tersenyum seronok mengenakan Jasmin. Sementara itu, jantung Jasmin bagaikan terhenti apabila terkena dengan bahan lawak Ketua Pemasaran Entigo ini.“Hello? Jas..you there?”“Err…aah hello..you ni Irwan seronok ya saja nak buat I saspens?” Sisa tawa Irwan masih dapat didengar di hujung talian.“Kalau betul I nak lamar you pun apa salahnya kan? Bukan isteri orang pun…anak dara pingitan lagi!” Jasmin teguk liur tak percaya mendengarkan Irwan Edrus berkata demikian lantas cepat-cepat mengubah kembali ke topik asal.  

So, you nak I jadi your partner for that dinner?”“Yes unless…if you had one to be your accompany for the night?” Irwan inginkan kepastian daripada Jasmin sementara berharap sangat bahawa wanita ini masih belum mempunyai teman untuk majlis makan malam tahunan itu. Jasmin memegang dahinya baru teringat akan jamuan makan malam tersebut dan masih tiada teman untuk menemaninya kelak. Tapi, patutkah dia menerima pelawaan lelaki ini?

So, Jas…will you be my partner please?” Irwan masih setia di hujung panggilan menunggu jawapan daripada Jasmin.“Oo…kay boleh. So see you on Saturday night?”


“Thanks dear.” 

Credit

         NU Sentral menjadi lokasi pertemuan untuk mereka bertemu meluangkan masa bersama setelah Adina habis berpantang. Sahabatnya itu turut membawa Adi Sufian yang kini sudah berusia tiga bulan untuk dibawa bersiar-siar. Jasmin juga menggunakan peluang ini untuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis makan malam pada Sabtu ini.“Jas, tak cukup lagi ke baju penuh sepuluh almari dekat rumah tu? Pakai jelah yang mana ada.” Adina memberi cadangan bernas kepada Jasmin yang sedang membelek baju di butik.“Semua dah pakai Dina, by the way…baru lima almari okay not ten. Cantik tak?” Tanya Jasmin menggayakan sebuah gaun merah di badannya.“Cantik…kawan aku ni pakai apa pun cantik. Hah beli beli jangan tak beli…ni pun cantik ambil semua pun tak ada hal.” Adina sengaja memerli sahabatnya itu.

“Babe, lama lagi ke? Jomlah, aku laparlah…teringin nak makan Mc Burger Prosperity kau belanja.” Ajak Adina tak sabar menahan lapar. Setelah membuat bayaran, mereka menuju masuk ke dalam restoran makanan segera McDonald demi memenuhi permintaan kawan kesayangannya yang mengidam makan burger tersebut.“Eh ada birthday party kat dalam tu, patutlah ramai semacam. Ada Mr.McDonald lah!” Adina teruja seperti kanak-kanak melihat kemeriahan di dalam restoran itu.“Dah jadi mak budak behave sikit perangai tu babe, malu aku…” Jasmin sengaja memerli Adina kemudian menyuruh kawannya itu duduk di dalam sementara dia beratur untuk membuat pesanan. Sepuluh minit kemudian dia datang lalu duduk bersama Adina dan bayinya. Adi Sufian kelihatan tertarik dengan keriuhan majlis hari jadi yang diadakan di situ.

Sedang Jasmin ingin menikmati burger, datang Mr.McDonald tiba-tiba datang duduk di sebelahnya membawa sepinggan kek bersama belon untuk Adi Sufian. Terus wanita itu terperanjat dan hairan dengan kelakuan badut tersebut. Adina pulak seronok mengacah anaknya dengan belon yang baru diberi oleh badut tersebut.Kini barulah Jasmin ketahui muka Mr.McDonald yang sebenar setelah Imran membuka topeng mukanya. “Awak? Awak buat apa kat sini?”“Saya? Kerjalah apa lagi. Makanlah kek ni, banyak lebih.. kalau nak lagi boleh ambil kat sana.” Balas Imran selamba sambil menunjukkan arah meja letaknya kek chocolate cheese itu.

Tak lama selepas itu Imran meminta izin untuk sambung kerjanya dengan menghiburkan kanak-kanak yang meraikan hari jadi itu.  “Kau kenal mamat tu Jas? Who’s that?” Tanya Adina penuh bermakna. “Imran…dialah yang jadi model last minute untuk pakai baju Erwin hari tu.” Sambung Jas, mata curi-curi memandang Imran yang seronok bermain menghiburkan kanak-kanak.“Dia? Like seriously? Urm…he’s drop dead gorgeous!” Adina membulatkan matanya memuji lelaki bernama Imran yang sedang dalam kostum McDonald itu.I knew, kau…dah kahwin just shhhh okay? Kan Adi kan? Happy ya McDonald handsome bagi belon?” Jasmin berborak dengan Adi Sufian yang kini berada dalam stroller tersenyum gembira apabila diagah oleh Jasmin.

Credit

No comments:

Post a Comment

nuffnang