Usai
bertemu bersama klien di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Imran melangkah keluar
dari kafe hotel untuk pulang ke pejabat dan tiba-tiba bahunya terlanggar bahu
seseorang yang pernah dia kenali sebelum ini. Personalitinya masih tidak
berubah sejak kali terakhir mereka bersama sebelum masing-masing memutuskan
untuk membawa haluan masing-masing dan kini setelah dua tahun mereka
dipertemukan di bumi Malaysia ini.
“Im? Imran?” Tegur wanita berambut perang
gelap sambil membuka cermin mata hitamnya. “It’s you Imran Firdaus? Oh my…”
Wanita itu sudah mendekati Imran kelihatan teruja terserempak dengannya pada
hari ini.
“Zatasha?
Hai…” Imran sekadar berbasa-basi tidak berniat sombong. “Babe, thought you are
in London! It’s been two years since we broke up and then you lost just like
that.” Zatasha memetik jarinya spontan. “Yeah, here is my home back then. You
buat apa kat sini Sha? Bukan ke you stay overthere, London?”
“I’m
on business trip so alang-alang balik kampung sekali visit my parents. Well,
why not we have a cuppa to catch up of each other’s story?” Imran lantas
mengerling ke arah jam tangannya dan bersetuju untuk minum bersama wanita
tersebut.
“Im,
you know how terribly I am missing you sayang?” Jujur tanpa Imran sangka ayat
sedemikian meluncur laju dari mulut Zatasha sejurus mereka mengambil duduk di
sebuah sudut di kafe Hotel Royal Chulan. Imran sengaja membisukan diri hanya
memandang tepat ke dalam mata Zatasha. “Okay, fine I’m sorry for all what had
happened for those years. Just for you to know that after we clashed, baru I
rasa satu kehilangan besar dalam hidup I Im. I missed your smile, your laugh,
your jokes everything…” Imran sekali lagi diam tanpa bicara hanya membiarkan
Zatasha meluahkan perasaannya.
“Hey,
say something please? Don’t you miss me hmm?” Soal Zatasha penuh mengharapkan
simpati.
“You
chose fashion than me. I have lost to your ever dream carrier. I have moved on
now.” Tutur Imran dalam senada suara yang sedikit kecewa. Zatasha tertunduk
berasa kesal atas keputusan yang telah dia lakukan pada dua tahun dahulu.
“Sayang, I am so so sorry…I knew I’ve hurt you and am really sorry. Please
forgive me?”
Imran
tersenyum ikhlas lalu mengatakan bahawa dia telah lama memaafkan Zatasha dan
untuk kembali bersama seperti dahulu besar kemungkinan tidak.
“But
why? We can start over you know? Like we used to be before? I love you so much
Im…and I don’t want to lose you again.” Pinta Zatasha penuh mengharap.
“Simple,we’re
not meant to be together Sha. I’m getting married soon, and I hope you too
would move on and find any man out there that are better than me.” Zatasha
senyum sinis mendengarkan kata-kata bekas kekasihnya ini. “They will never be
the same. I want you. Only you, my desire, my hapiness and my only one. You
bohong kan fasal nak kahwin just to avoiding me?”
“I’m serious. Look Sha, between us are
nothing now but history. I hope you akan jumpa dengan lelaki yang jauh lebih
baik dari I and you both will happy ever after with kids, grandkids and great
grandkids.” Imran memujuk menyedapkan hati Zatasha. “Siapa wanita bertuah yang
berjaya menambat hati my Imran Firdaus ini?”
|
Credit
Jasmin sedang ralit meneliti rekaan
terkini Qaihara Busra untuk dijual di dalam talian menerusi Jas Fashion House
kelak sebelum mendapat kelulusan oleh pihaknya sendiri. Dia betul-betul ingin
pastikan setiap perincian rekaan adalah yang berkualiti dan bermutu tinggi
supaya para pelanggan berpuas hati dengan pembelian yang dilakukan. Elie yang
menemaninya mendekatinya lalu mengingatkan akan temu janjinya dengan seorang
lagi pereka di pejabat pada petang ini.
“Jas,
dah dua setengah petang ni. You have another appointment with D’Xandra at three
p.m. today.” Segera Jasmin melihat ke arah jam di tangannya dan cepat-cepat
menyudahkan perbincangan dengan pereka fesyen bernama Qaihara itu sebelum
bersedia untuk kembali ke pejabatnya.“So,
I’m all satisfied with this lattest collection and soon I’ll ask Tyn to in
touch with you about all the procedures and all that kind of things. I really
love this blouse, will sure have it for my wardrobe collection!” Ujar Jasmin
sambil mengelus blouse merah, antara rekaan milik Qaihara.
|
“I’ll
reserve it just for you then babe. Anyway, thanks for coming and glad you suka
with all my latest design. Hopefully customer pun sukalah.”
“Mesti,
Qaihara Busra…the top young fashion designer in Malaysia! Okaylah I got to go
now, nanti apa-apa Tyn akan contact you.”
Setelah
Elie dan Jasmin keluar dari butik Qaihara Busra, ketika melangkah untuk menuju
ke parkir kereta mereka ternampak Imran yang amat mesra dengan seorang wanita
cantik dan akhirnya wanita itu memeluk erat Imran dan Imran langsung tidak
menolak akan pelukan itu. Tak berkutik Jasmin melihat babak peluk-memeluk itu
tepat di hadapan matanya. Tersedar dari leka melihat mereka berdua, pantas
Jasmin menuju masuk ke dalam kereta dan tanpa sedar air matanya tumpah
membasahi pipi. Elie hanya mendiamkan diri takut untuk berkata apa-apa bimbang
ditambah kesakitan hati bosnya itu.
“Im,
I will be missing you so much after this. Make sure she will be taking good
care of you. Kalau dia tak nak you, I’m here okay?” Sempat lagi Zatasha bercanda
dengan Imran namun dia cuba untuk berlagak ketawa dan gembira untuk lelaki ini.
“Yeah that I’ll make sure. You too, take care
and hopefully you will find your prince charming one day and please cheer up?”
Sekali lagi Zatasha tidak dapat menahan rasa sebaknya dan memeluk Imran sekuat
hatinya.
Sudah masuk sepuluh kali panggilan
tidak dijawab oleh Jasmin sejak tadi. Mesej pun tidak berbalas. Hairan Imran
dibuatnya. Akalnya mencuba pulak untuk menelefon pejabat wanita itu. “Elie, Jas
ada kat office tak?”
“Err
Encik Imran, Jas ada cuma…I’m afraid she’s busy now?” Suara Elie kedengaran
teragak-agak di hujung telefon.
“Please
just a minute connect me to her.” Rayu Imran. Elie pulak serba salah takut
dimarahi Jasmin jika melanggar arahan bosnya itu.
“Now
Elie. Just do it.” Tegas Imran. Tanpa menunggu lama, talian terus disambungkan
ke talian di dalam bilik Jasmin. “Hello Jas Fashion House, Jasmin speaking.”
“Jas,
where did you go? Im called banyak kali phone kenapa tak angkat?” Kedengaran
nafas Imran naik turun.
“I’m
busy.”
“Busy
sampaikan tak boleh pick up my call just for a minute? Are you akay?”
“Betul-betul
sibuk, banyak benda nak kena settle.”
“Did
I do anything wrong to you? Anwer me honestly.”
“Anything
wrong huh? You ask yourself what did you do yesterday?” Sinis nada Jasmin
memerli Imran.
“W-What?
How do I know If you didn’t tell me then?” Imran ligat memikirkan tentang apa
yang telah dia lakukan pada hari semalam.
“You
really don’t know or saja buat-buat bodoh tak tahu? Bepeluk sakan depan Royal
Chulan semalam tu apa?”
Imran
menepuk perlahan dahinya dan mundar-mandir di dalam pejabatnya. Sekarang baru
dia tahu mengapa Jasmin bersikap dingin dengannya sehingga panggilannya pun
langsung tidak dijawab.
“Okay,
let me explain it. She was my friend okay? An old friend.”
“An
old friend that can be hugged and kiss in public? Wow, good reason.” Jasmin
hentam cukup-cukup.
“Jas
please, percayakan Im? Can we meet during lunch hour? I’ll have you it clear
about it.”
“Nak
clear apa lagi, dah cukup clear dah semalam. Kalau kawan, takkan peluk cium
sampai begitulah Im! “
“Jas…Jas! Dengar…du..lu” Belum habis lagi
Imran menghabiskan ayat, Jasmin sudah meletakkan telefon. Imran tahu, wanita
itu cemburu dan kini dia harus menjelaskan semuanya kepada Jasmin sebelum hal
ini diperbesar lagi kerana dia tidak sanggup kehilangan Jasmin dalam hidupnya.
Pernikahan antara Qistina dan Irwan
Edrus telah selesai dijalankan dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Hanya majlis serba ringkas berserta jamuan makan sempena meraikan kedua
mempelai diadakan sekali gus bagi kedua-dua pihak lelaki dan perempuan di
sebuah hotel. Semuanya diuruskan oleh Datuk Iedlan dan isterinya dibantu oleh
Imran terutamanya sementara Irwan hanya menhadirkan diri ketika majlis akad
nikah yang telah ditetapkan. Ikutkan hati ingin sahaja dia membatalkan semua
ini dan melarikan diri tanpa pengetahuan sesiapa namun, semuanya telah
terlambat dan kini Qistina telah sah bergelar isterinya.
“Irwan,
sambutlah salam isteri tu…” Ujar Datin Maimon yang berada di sebelahnya. Semua
mata tetamu kini tertumpu ke arahnya menunggu untuk sesi pembatalan air
sembahyang.
Dengan
rasa canggung dia menyambut salam Qistina yang lantas mencium tangannya. Ada
suatu rasa yang sukar ditafsir menjalar ke seluruh badan disaat wanita itu
menyalaminya.
Kemudian
dia disuruh untuk mencium dahi isterinya itu oleh Datin Maimon. Sungguh apa
sebenarnya perasaan yang sedang dirasai ini?
Mereka
kemudian disandingkan di atas sebuah pelamin yang dihias indah oleh perancang
perkahwinan yang telah diarahkan oleh Datuk Iedlan sendiri.
“Senyumlah
sikit…tambah satu sudu gula….dua sudu gula…tiga sudu gula…em…pat…” Usik Imran
yang berada di sebelah Jasmin masih memujuk wanita itu yang masih dingin
tentang dia dan Tengku Zatashah tempoh hari. Jasmin pura-pura fokus dengan
persembahan oleh sekumpulan penari yang sedang mempersembahkan tarian zapin di
hadapan para tetamu yang hadir.
“Sayang…manis
ada, senyum tarak…” Sambung Imran dengan lenggok Bangladesh. Jasmin tahan
semaksimum mungkin untuk tidak ketawa namun kalah akhirnya. Mereka akhirnya
sama-sama tergelak.
“I
miss this smile..that sweetest smile that melting my heart.” Ucap Imran spontan
sambil melihat ke dalam mata Jasmin. Jasmin terasa salah tingkah dan tidak tahu
apa yang ingin diucapkan kepada lelaki yang segak berbaju Melayu berwarna ungu
muda itu. Tak sempat untuk dia mula berbicara ketika lidahnya ingin berkata,
nama Imran dipanggil untuk memberi ucapan buat kedua mempelai sebagai wakil
keluarga.
“Just a moment, be right back sayang.”
Gulp.
Jasmin terkedu mendengar ayat terakhir dari lelaki tersebut. Pertama kali Imran
mengucapkan kata itu terhadapnya dan hatinya berasa berbunga sejujurnya.
Setelah
selesai majlis resepsi pada malam itu, Jasmin meminta izin untuk pulang dan
sebelum itu sempat dia bertemu dengan ibu Imran, Datin Maimon untuk mengucapkan
tahniah.
“Jasmin,
maaflah aunty tak dapat duduk borak panjang dengan Jasmin. Nanti datang rumah
kita borak-borak panjang bawa mama sekali okay? Cantik sungguh orangnya,
manis..tengok dekat depan mata lagi cantik dari tv dan majalah. Pandai Im
pilih…” Tersenyum manis Datin Maimon sambil bersalam dan memeluk Jasmin.
“Insha
Allah aunty, saya balik dulu ya.” Jasmin meminta diri dengan perasaan malu
menyelubungi dirinya.
“Tak
lama berbesanlah kita ya Jazwin! Tak sabar saya nak terima menantu kedua. Lagi
cepat lagi bagus.” Datin Maimon berbicara kepada Puan Jazwin, mama Jasmin yang
turut hadir pada majlis resepsi Irwan dan Qistina.
“Eh
saya lagi berbesar hati nak dapat menantu, maklumlah lima tahun lepas terima
menantu lama sangat menunggu..moga-moga adalah jodoh kita berbesan tahun ni ya
Datin! Umur dia orang pun bukannya makin muda, sepatutnya dah anak lima ni.”
Pantas Jasmin menyinggung lembut lengan mamanya, dihimpit rasa segan yang amat.
Jasmin cepat-cepat mengajak mamanya pulang dan menamatkan perbualan yang
nampaknya semakin rancak jika tidak dicelah.
“Jas!
Kejap.” Panggil Imran yang kalut mendapatkannya.
“Nah…”
Hulur Imran dua buah beg berisi pulut kuning dan beberapa kuntum bunga telur
kepadanya.
“Tadi
dah dapat, cukuplah.” Senyum wanita itu.
“Ambil
jelah, ada lebih…boleh bagi rumah sebelah kan mama erk sorry aunty.”
“Boleh
dah start practice panggil ‘mama’ apa salahnya…” Puan Jazwin tersengih-sengih
suka melihat wajah kalut tak keruan anak gadisnya itu.
“Jom
mama, dah lewat ni.Kami minta diri dulu.”
Belum
sempat Jasmin melangkah pergi, dipanggilnya oleh Imran lagi. “Ya apa lagi Encik
Imran Firdaus?”
“I will call you tonight.” Sengaja membalas
kenyataan tersebut Jasmin lantas meneruskan langkahnya untuk pergi dari dewan
hotel. Imran masih tegak berdiri di situ sehingga hilang kelibat wanita itu
dari pandangan matanya.