Wednesday, 22 April 2015

The Healing Love - Part 2

      Jam 12.00 pagi, tapi mata masih segar. Entah kenapa semenjak dua tiga hari ini susah benar untuk Dian  lelap. Macam-macam yang menggangu fikiran. Puas dia cuba untuk cuba kekal fokus dalam apa yang sedang dilakukan setiap hari.


          Dari berbaring, dia bangun duduk memeluk bantal peluk yang diberi Fath sempena hari jadi yang ke 19 tahun. "Apa kena dengan aku ni! Arghhhh!!" Bentak dengan diri sendiri
"Kau kena kuat Dian, kuat...!" Kemudian dia sambung baring lalu cuba memejamkan matanya. Sedar bahawa esok dia perlu ke kuliah awal pagi seperti biasa.


                                                      *********************


          Pagi Isnin  dimulakan dengan kuliah bersama Prof.Dr.Josh untuk subjek public speaking, subjek yang paling digemari Fath selepas subjek creative writing. "Dian, kau dah print jadual semester ni? Dian!" Hampir terkeluar anak tekak Fath. Bila pandang disebelah, tersengguk-sengguk  kepala Dian dilihatnya.
"Dian..Dian.." Bisik Fath sambil menggoyangkan bahu Dian. Dian masih tertidur. Fath masih tak berputus asa." Dian rumah terbakar!"

"Hah!! terbakar terbakar!" Terkejut Dian bangun dan mengejutkan semua yang berada dalam dewan kuliah.

      "Dian, are you okay?" Tanya Prof.Dr.Josh pada Dian. Fath hanya mampu tersenyum termasuk pelajar yang lain.Semua mata tertumpu pada Dian. "Yes I am okay. Sorry." Jawab Dian dengan pipi yang merah lalu duduk semula.


     Sejurus tamat sesi kuliah, Fath dan Dian beriringan berjalan menuju ke Bistro Cafe tempat selalu mereka minum dan makan apabila tiada kelas."Dian, pukul berapa kau tidur semalam? Pagi-pagi dah mengantuk sampai terbakar hahaha" Sakat Fath pada Dian."Entah aku pun tak sedar pukul berapa aku tidur." Balas Dian pada Fath selamba.

"Dian, since dah tak ada kelas jom pergi rumah aku?" Ajak Fath. "Rumah kau? Tak naklah aku. Segan. Kita pergi ice skating? Lagipun aku tak pernah skate, tengok dalam tv je." Dian mengajak Fath yang sedang menghirup latte. 

"Seriously? Kau tak pernah pergi ice skating?" Bulat mata Fath tidak percaya.

"Sudilah kiranya kau membawa aku ke sana" Balas Dian dengan liuk lentok bahasanya.

"Tapi lepas tu pergi rumah aku okay. Tidur sana. Lagipun tak ada sesiapa pun. Ada daddy aku, mama and kakak."

      Puas Fath mengajak Dian untuk ke rumahnya di Damansara Heights. Akhirnya kali ini Dian setuju untuk mengikutnya.Banyak kali dia menolak dengan berbagai alasan. Fath pula tidak akan pernah menyerah untuk melakukan apa yang dia nak. Kalau dia inginkan sesuatu, tidak kira bagaimana sekalipun dia akan dapatkan.





          Sambil Fath memandu BMW X6  turquoise milik daddynya, sempat dia menoleh dan bertanya kepada Dian yang senyap disebelah.

"Dian, kau hutang aku tau."

"Bila pulak aku hutang kau? Hutang apa?"

"Kau tak cerita lagi pasal your the one and only aunt"

"Look , aku pun tak tahu macam mana dan dari mana nak mula. Even i don't know whether I should story about it or not."

      Fath enggan memaksa Dian menceritakannya.Nanti lain pulak jadinya sebab dia tahu Dian tidak suka didesak. Jadi biarlah masa yang menceritakannya nanti. Time will reveal sooner or later. Omel dalam hati Fath. Lagu Bleeding Love di radio dikuatkannya sambil  turut menyanyi.

      Setelah setengah jam pemanduan, mereka pun sampai di rumah Fath.  Terpukau  Dian dengan bungalow yang tersergah indah di hadapan matanya. Seumur hidupnya belum pernah dia menjejakkan kaki ke rumah mewah yang cantik sebegitu. "Jom masuk." Ajak Fath teruja Dian ke rumahnya.

       Ralit mata Dian melihat gambar-gambar di atas meja di ruang tamu. Gambar yang penuh dengan kasih dan sayang jelas terpancar di setiap raut wajah. Potret yang dihias dengan begitu unik dan kreatif pada dinding dan juga family tree mural menarik perhatian Dian. Ternyata keluarga Dian sebuah keluarga yang bahagia. Bisik hati Dian tanpa sedari.



     "Dian, meh aku tunjukkan bilik." Ajak Fath. Dian mengikut Fath naik ke tingkat atas tanpa berlengah.
Sekali lagi Dian terpesona dengan dekorasi bilik tidur milik Fath.

"Wow! Kau design ke bilik ni? Impressive." Teruja Dian.
 "Ermm boleh dikatakan ya. Collaborate dengan kakak aku. Idea aku sikit, idea dia sikit then combine became this." Jelas Fath.

"Fath, kau pandai swimming ke? Aku tengok ada swimming pool kat bawah bukan main besar mak nenek."

"Bolehlah.Aku dulu masuk acara platform 10m kot masa middle school. Pertama yang terakhir." Uji Fath sama ada Dian tangkap atau tidak selorohnya itu.

"Hahahaha! Eleh ingat hebat sangat. Tapi at least kau pandai berenang. Aku renang-renang itik jelah" Dian pula berseloroh.



       Fath tergelak dengan gelagat Dian. Tiadalah sunyi dia dirumah apabila semua keluar bekerja. Sekurang-kurangnya adalah dia berteman hari ini. Daddy sibuk dengan hotel dan resort. Maklum bahawa daddy merupakan anak lelaki sulung yang rasa sangat bertanggungjawab untuk memastikan empayar hotel dan resort yang diusahakan arwah moyang diteruskan sampai bila-bila. Biarpun daddy terpaksa mengorbankan cita-cita impiannya demi datuk.

"Fath, kakak kau balik pukul berapa?" Tanya Dian kepada Fath
" Dalam pukul 6 petang, kenapa?"
"Dia garang tak?"
"Haa..garang gila! Macam kak Rose upin ipin." Fath kenakan Dian




                                          ********************************


"Hey sweetie, how are you? How's college today?" Sapa daddy Fath pada Fath sambil memeluknya.
Dian hanya perhati dua beranak itu.

"Great.Well this is my dear friend Dian studying the same course as me."  Ujar Fath pada daddynya

"Assalamualaikum uncle. Nice to see you." Dian senyum dan tunduk sedikit pada Dato' Iman Richard,daddy Fath.

"Wa'alaikum salam.So this is Dian that Fath used to tell. Cantik dan baik orangnya," Sambut daddy Fath dengan telo bahasa Inggeris tidak lari bila dia berbahasa Melayu.

     Walaupun daddy Fath separuh Inggeris separuh Melayu namun dia sentiasa cuba untuk berbahasa Melayu apabila bercakap. Baginya bahasa Melayu sangat indah bahasanya cuma Fath lebih selesa dan gemar berbahasa Inggeris apabila bertutur dengan ayahnya. Kadang-kadang kelakar juga melihat apa yang ingin disebut jadi lain sebutannya. Datin Juhana, mama Fath pula sangat mesra dan peramah orangnya.


       Dalam diam, Dian memendam perasaan yang tiada siapa yang tahu. Rasa  itu datang kembali menghantui dirinya. Sedih berkecamuk bergelumang dengan diri sendiri. Tapi, dia tumpang gembira melihat sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Gembira walaupun bukan yang miliknya tapi untuk sahabatnya.

"Daddy, recently abang Ngah Skype me and he's got something to tell all of us. Did you know something regarding?" Tanya Fath ketika kami semua sedang menikmati makan malam.

"About what? He didn't tell me anything."  Jawab daddy Fath tenang sambil mencendok lauk di atas meja.

"Dia ada cakap dengan mama pasal nak study kat sini. Tapi I suggested him just finish it over there. Tak lama tinggal lagi 2  years more then terus balik sampai bila-bila pun tak apa." Sampuk mama Fath pula

"I bet he must be lonely being left without us. Trust me. That spoil brat lol." Kakak Fath pula menyambung.

Dian hanya mendengar bicara anak- beranak itu sambil menghabiskan nasi yang masih berbaki di pinggannya.

"Dian, tambah lagi nasi.. ni lauk habiskan." Tegur Kak Sharmean mesra.

Tak sangka Kak Sharmean baik tidak macam yang Fath cakapkan. Dian tahu Fath telah kenakan dia.

Monday, 20 April 2015

Hulk the price



Either you are strawberry or mixed berries
i prefer anyone
no fussy

i just love to have you flowing smoothly through my throat
sip after sip without any doubt
relieving yet refreshing

but since the GST implemented
the price go up higher and higher
which is to me GilaSangatTerlampau
i tell you

Not only this thing itself
instead a lot of other things were did the same
what the hell?
said just a few things will effected and ONLY certain will be purchased including that 6%
but now it's crystal clearly that ALL the things goes up

and more clear that the rich become richer
whilst the poor become poorer

feeling disappointed.







The Healing Love - Part 1

      "Dian! hoii apa duk termenung sorang-sorang tu.Penat aku cari kau rupanya sini duduknya." 

    Termengah-mengah Fath mendapatkan Dian yang sedang duduk di tebing kolej. Dian tidak mempeduli luahan rakan baiknya itu. Matanya jauh memandang hutan belukar dan gunung-ganang yang indah menghiasi dihadapan.Betapa cantik dan besar ciptaanMu ya Allah, bisik hati Dian tanpa sedar. 

     "Dian, boyfriend kau mati ke laki kau mati? Aku macam bercakap dengan pokok." 

Tak puas hati Fath apabila Dian tidak menjawab pertanyaannya. "Hati aku mati." Balas Dian mendatar. Berkerut dahi Fath menerima dan memproses apa yang baru diperkata sahabatnya yang sudah lama dia kenal itu.Dari situ dia tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Dian dan dia menjadi serius untuk tahu lebih lanjut.

     Lama Dian berdiam diri sebelum Fath berkata " Hey, kenapa ni? Is there something wrong huh? Cuba cerita pada aku." Pujuk Fath sambil menolak lembut bahu Dian dengan bahunya. "Know what, dah lama aku perhati kau jadi makin pendiam, lebih suka menyendiri tak macam Dian yang extrovert and cheerful yang aku selalu kenal.Please, i need that Dian." Dian hanya mengeluh lembut ketika mendengar kata-kata Fath.

     "Aku letih,letih dan letih dengan semua ini.Lama aku bertahan.Lagi lama aku tahan,aku simpan lagi sakit!"

     Terketar-ketar suara Dian lalu merembes air matanya tanpa disangka terus laju mengalir. Terkejut Fath bila melihat Dian menangis tersendu-sendu. Tidak pernah dia melihat Dian sebegini. Dia membiarkan angin kencang memukul pipi mereka dan mendapatkan kepala Dian ke atas bahunya. Membiarkan tangisnya reda dan tidak terlalu mendesak sahabatnya itu untuk bercerita.


      "Fath, best tak ada pak su yang selalu layan manjakan kau, ada mak su yang caring walaupun kau hanya bernama anak saudara, ada mak long pak long yang selalu sayangkan kau, sepupu yang mesra dan rapat?"Tanpa diduga soalan sebegitu yang tersembur keluar dari mulut Dian. "Erm..kenapa kau tanya macam itu?"

     Dian mengangkat kepalanya dari bahu Fath mengambil batu-batu kecil lalu dibaling satu-persatu ke bawah tebing. "Okaylah...best. Kita orang memang dipahat dalam hati tentang betapa pentingnya hubungan silaturahim bukan antara sesama ahli keluarga sahaja tapi dengan orang luar. Itulah yang ditekankan oleh tok ayah aku. " Dian hanya mendengar.

     "Kau pun tahu family aku bukannya besar. Aku ada mak su dan ayah ngah sahaja sebelah mak. Sebelah daddy aku, ada Pak Ngah Ian, Aunt Ana, Aunt Lydia dan pak su. Yang lagi happening bila masing-masing ada family and we enjoy and cherish the moment of being together as family.Yang menghidupkan lagi suasana itu bila setiap antaranya tahu peranan masing-masing." Teruja Fath menerangkan tentang keluarganya tetapi Dian khusuk menguis tanah dengan ranting kayu. 

   "Eh ter-syok pulak aku. Dian, tapi kenapa dengan kau? Jangan buat aku risau.. You know, i'll always be your ears when you need it."

"Aku rindu...rindu cik su aku." Ujar Dian. "Wait.Hold on, what?! Kau ada mak saudara? Bukan kau kata kau  tak ada mak atau pak cik saudara?"Balas Fath sambil menyelitkan rambutnya di tepi telinga yang ditiup angin.

"Actually i do have one. The one and only.On my mother's behalf." Jawab Dian tenang.

    "Oopss sekejap-sekejap..yang mana satu aku missed? Depan,tengah atau hujung? Macam mana aku boleh tak tahu ni. Apasal kau tak pernah bagitahu aku? Ini dah melanggar penjanjian persahabatan ni!" Masih sempat Fath bergurau.Perjanjian persahabatan, yang mana tiada satu rahsia akan disorokkan antara satu sama lain sampai bila-bila. Macam laki bini pula Fath menggambarkan dalam fikirannya. 

"Eh tapi dia dekat mana sekarang ini? Kau pernah jumpa dia? Dia kerja apa?" Betubi-tubi Fath bertanya kepada Dian. 

"Dia ada je di bumi ini..hanya sekali bertemu empat mata." Ujar Dian tenang

"Tapi what happened actually? Aku tak fahamlah!" Balas Fath dengan berkerut-kerut di dahinya yang luas.

"It's a long story...Anyway jom! Balik." Jawab Dian sambil bangun dan mengebas punggungnya 

Tanpa berlengah Fath menuruti belakang Dian dengan pelbagai persoalan di benaknya. 



"Certified True Translation"

Pabila dicari tidak pula mendatang
bayang apatah lagi
langsung tak menampakkan jejak
naik pusing kemana harus dicari

padahal hanya cop sign sahaja ingin dicalit
pada beberapa helai kertas putih
adalah urusannya

andai terjumpa di ruangan maya ini
anda mungkin yang dicari-cari
yang bernama interpreter

atau siapa-siapa yang mengenali yang bernama tersebut
silalah berkongsi di komen ini
segala kerjasama amatlah dihargai
terimalah kasih sesama insan

:)





Tuesday, 14 April 2015

GilaSangatTelampau

       Pasaraya lengang dari hari kebiasaan. Mungkin hari ini hari orang bekerja. Aman sedikit nak membeli barang.Seperti selalu, Khalif si cilik berkulit putih gebu pantang diajak laju sahaja langkah menurut untuk ke pasaraya Walmart yang tidak jauh dari rumah semi-detached milik mama.

        Sambil dua beranak ini berjalan-jalan menuju turun kearah tangga bergerak,
Khalif yang masih tunggang langgang dalam menyebut ABC memeranjatkan apabila mama menyebut ABC dan berharap dia turut menyambung akan huruf yang seterusnya.

"A...B....C...D....E...F...." Mula mama dengan harapan Khalif akan sambung huruf selepas itu.
Tanpa disangka si kecil itu meluncur sambung dengan "G.....S.....T!!!!" dengan penuh perasaan yakin.

Terkedu mama ><











Monday, 23 March 2015

INI DARI DIA untuk AKU

Dalam silauan cahaya
membatas pandangan mata
namun jelasku lihat kamu
biarpun kusedar kau kian jauh
tinggalkan aku yang rapuh

sakit ku sakit merasai sendiri
perih sayu menusuk jantung hati
hampir separuh nyawa
sesak

tiap kali digagah mengorak langkah
melupa tentang dulu
melupa mempersoal mengapa semua terjadi
diketika usia masih baru mengenal dunia

tergantung sebegitu ditelan sendiri apa dirasa
hingga menginjak matang
masih diusik rasa itu
kosong,hambar malah menyampah

tetapi kumemandang ke atas
hati menyapa lalu berbisik
inikan takdir dan kehendak Dia

sabarlah



Friday, 20 March 2015

.....

"Islam adalah agama yang asing pada suatu masa dahulu. Dan akhirnya, menjadi asing di antara kita"

getardihati

nuffnang