Jasmin Clarisa memulakan hari Isnin dengan penuh bersemangat setelah dua hari bercuti
di hujung minggu menghabiskan masa untuk berehat melepaskan penat lelah
sepanjang seminggu di pejabat sibuk dengan urusan perniagaan miliknya. Elie,
setiausaha Jasmin mengucapkan salam kepada majikannya apabila melihat wanita
muda yang berbaju korporat berwarna hitam digayakan dengan rambut mengurai
paras bahu masuk ke pejabat. Ada sesuatu yang lain dengan bos pagi ini yang
menyerlahkan lagi keanggunan wanita muda ini bisik Elie di minda sambil memberi
senyuman kepada Jasmin sebelum pemilik Jas Fashion House berhenti di mejanya.
“Ni
kenapa senyum sampai ke telinga ada apa-apa?” Tanya Jasmin dengan dahi sedikit
berkerut.
Elie
yang baru perasan terus bertambah senyumnya sehingga tergelak melihat reaksi
bosnya. “Rambut baru ke? Nice one!”
“Hari
baru rambut pun baru. Anyway any appointment for today?” Ujar Jasmin bersahaja namun lebih fokus untuk
memulakan tugas.
“Oh
yes, dengan pelabur dari China untuk kembangkan modal syarikat ini dan satu
lagi dengan pereka fesyen Winda untuk kerjasama label jenama terkini Winda
Minawir.”
“Right
thanks Elie.” Balas Jasmin lalu beredar ke dalam biliknya.
Padlie
yang baru keluar dari pantri bersama secawan kopi di tangan menghampiri Elie.
“Bos warna rambut nampak lain sangat! Seriously ingatkan minah saleh mana masuk
office tadi.”
“Dia
punya rambut apa kau kisah? Bos kalau sekali pun dia warna rambut pink ke blue
tetap cantik sebab dia tak pernah tak cantik okay.” Bidas Elie.
“Kalau
cantik pakai apa pun cantik tak macam kau.” Sengaja Padlie mengusik Elie.
Elie juga tak menyangkal akan kejelitaan yang
dimiliki majikannya itu walau tidak berdarah campuran dari kedua orang tuanya.
Tapi mustahil keturunan wanita muda penuh gaya lagi berjaya ini seratus peratus
Melayu, mungkin nenek moyangnya berketurunan Arab atau Parsi tak pun Siam.
Teringin dia bertanya kepada empunya badan tetapi mungkin belum masanya kerana
hal itu bukanlah penting.
Credit |
Pereka ternama yang semakin meningkat naik
dalam industri fesyen Erwin Wardi mengambil peluang untuk menjalankan usaha
sama dengan Jas Fashion House selaku empayar yang membantu menjual dan
mempromosi label fesyen Erwin Wardi yang terdiri daripada koleksi blouse rekaan
yang elegan dan eksklusif yang semakin mendapat perhatian dari golongan wanita.
Jas Fashion House selaku gudang fesyen yang menjual pakaian yang direka oleh
pereka fesyen tempatan untuk mengetengahkan label fesyen masing-masing sama ada
di atas talian atau di butik Jas Fashion House di Bangsar. Minat yang mendalam
tentang fesyen membuatkan Jasmin cenderung untuk membuka perniagaan sendiri
hasil galakan dan sokongan keluarga dan rakan baiknya, Sofira dan Adina yang
juga menceburi dunia perniagaan fesyen dan tekstil.
Menjelang Pertunjukan Kuala Lumpur Fashion
Week, Jas Fashion House diberi peluang untuk menampilkan koleksi terkini dari
pereka-pereka baru. Selaku orang kuat, Jasmin perlu menggalas tanggungjawab ini
dengan penuh dedikasi untuk memastikan semua berjalan lancar seperti yang
dirancang justeru pemilihan peragawan dan peragawati perlulah dilakukan secara
selektif. Dia tidak mahu koleksi terkini yang bakal diperagakan tidak
menyerlahkan setiap perincian rekaan yang telah ditetapkan. Kesempurnaan adalah
prinsip yang menjadi pegangan wanita yang bakal menginjak usia 29 tahun.
“Sandra, tolong pastikan semua model dah
disusun mengikut sususan yang telah ditetapkan dan juga which label is first
and then until last okay? Oh ya, about the sitting please double check again
especially for VVIP and yes the pass for backstage please arrange for designers
that involved.” Arah Jasmin kepada salah seorang pekerjanya yang turut
berhempas pulas dalam antara acara fesyen yang pasti membuat ibu negara Kuala
Lumpur popular.
“Yes Jas, no worry I
will make sure it all settle in accordance and you…please dengar I satu kali
ini tolong balik rest? Tomorrow is our big event and you need rest my dear.”
Sandra menasihati bosnya yang tidak berhenti bekerja sejak awal pagi sehingga
pukul 9 malam masih di sini belum pulang menguruskan untuk acara fesyen yang
dijalankan setahun sekali. Patutlah semua mengagumi Jasmin yang sangat dedikasi
dan komited dengan apa yang dilakukannya.
Credit |
Kalau bab kerja adalah yang paling pertama
dalam hidup Jasmin bagaikan bersuamikan kerja. Itulah terma yang selalu
digunakan oleh ibu tersayang Puan Jazwin yang sudah tiga tahun berpencen dari
dunia perbankan. Kini, dia senang melayan ‘anak-anak bulus’ kesayangan
merangkap ‘adik-adik’ Jasmin iaitu lima ekor anak kucing yang dibela sejak bersara
di samping membelai taman mini yang begitu menjadi idaman bagi menghilangkan
rasa sunyi di rumah. Terkadang apabila
datang mood memasak, pasti akan
diberi sedikit masakan tersebut ke rumah keluarga Puan Linda, jiran sebelah
rumah.
“Hai
mama, masak apa hari ini dari atas bau?” Jasmin yang baru turun dari atas terus
mendapatkan ibunya di dapur.
“Lama
dah tak buat nasi briyani mama buatlah boleh bagi rumah Aunty Linda, rumah
depan pun boleh rasa sekali. Hari ini Jas tak pergi mana-mana?” Puan Jazwin
sibuk menggaul nasi briyani yang dalam pembikinan di dalam periuk.
“Ingat
nak pergi office kejap, kenapa mama ada nak ke mana-mana ke?” Jasmin duduk di
meja sambil memerhati ibunya yang sibuk di dapur. Kelihatan
Puan Jazwin sedikit mengeluh berharap Jasmin tak ke mana-mana pada hari hujung
minggu ini kerana dia sudah ada agenda yang dirancang di fikirannya. “Mama…ish
Jas cakap dengan mama ni. Mama nak pergi mana Jas boleh bawa?”
Puan
Jazwin lantas menutup periuk berisi nasi briyani lalu duduk bersama Jasmin
untuk memujuknya supaya tidak keluar pada hari ini.
“Sebenarnya,
Mak Cik Shila kamu..nak datang hari ini. Jadinya, mama minta sangat tolong
dengan intan payung mama seorang ini tak payah keluar boleh?” Pujuk mama Jasmin
merayu kepada anak keduanya ini.
“Ini…mesti
nak jodohkan Jas dengan Imran kan? Ma, berapa kali Jas dah explain…jodoh Jas
biarlah Jas cari. Tak usahlah nak main match
maker macam zaman dulu-dulu. Mama, cinta tak boleh dipaksa. Kalau tak
kahwin pun tak apa kan?” Jasmin cuba memujuk mamanya pulak puas dengan cubaan
Puan Jazwin yang cuba satukan anak sahabat baiknya dengannya.
“Ish!
ada pulak tak kahwin habis Jas nak jadi andartu? Orang lain beranak- pinak
bersuami dah umur macam Jas ni tahu? Mama nak juga naik pangkat jadi nenek.”
“Anak
dara mama ni baru 29 tahun mama sabar ala mama ni dah jadi nenek nak naik
pangkat apanya lagi? Dah Dua cucu tak sedar diri lagi? Cinta tak boleh dipaksa.
Cinta juga datang tak diundang pergi tak dihalau eh hebat juga Jas bermadah
puitis di tengah hari ni!” Seloroh Jasmin.
“Naik
pangkat tambah ‘pingat’ maksud mama..lagi meriah kalau Jas ada anak-anak nanti.”
Ayah kepada anak-anaknya pun jangankan batang
hidung, bayang pun tak nampak macam mana? Lagipun…apa rasanya bercinta? Jasmin
berkata sendirian tapi masih boleh didengar mamanya. Puan Jazwin hanya
menggelengkan kepala mendengar jawapan yang spontan keluar dari mulut Jasmin
itu.
credit |
Telefon yang sedari tadi berbunyi di
tepi meja katil diangkat oleh Jasmin yang masih di katil. Mata yang masih
terpejam lalu menyambut panggilan mendengarkan suara Sofira di hujung panggilan
suara sedikit cemas. Pelik Jasmin ada apa pagi-pagi hari pada hari Ahad pula
sahabat karibnya ini menelefonnya.
“Assalamualaikum
Jas, Dina..Dina dah dalam labour room now in Prince Court Medical Center!”
Cemas suara Sofira kedengaran tak mampu menahan daripada memberitahu berita
tersebut Jasmin.” Jasmin yang masih mengantuk terus bangun duduk apabila
mendapat tahu kawan baiknya yang juga rakan kongsi perniagaan fesyen yang
dijalankan mereka hampir melahirkan.
“What?
Aku datang sekarang tunggu.” Tanpa berlengah terus Jasmin melangkah turun dari
katil untuk bersiap sebelum bergerak ke hospital. Dalam fikirannya masih
teringat akan janji antara dia dan Adina dan Sofira yang masing-masing akan ada
untuk antara satu sama lain, masa bersalin salah satunya. Lagipun, ini adalah
detik yang dinantikan oleh mereka setelah lima tahun Adina menantikan untuk
menimang cahaya mata sendiri dan Adina adalah yang pertama mendirikan rumah
tangga di antara mereka bertiga. Jasmin amat sayangkan mereka bagaikan darah
dagingnya sendiri walaupun lain ibu ayah, persahabatan mereka sejak zaman
sekolah menengah tak sangka kekal hingga sekarang.
“Mama,
Jas ke hospital Adina nak bersalin.” Ujar Jasmin kepada mamanya setelah membuka
pintu bilik ibunya yang sedang membaca Al-Quran sambil menunggu waktu subuh. “Ha
yelah, hati-hati bawa kereta apa-apa bagitahu mama ya.” Sampai
sahaja di hospital Jasmin terus ke kaunter untuk bertanya arah dewan bersalin
lalu bergegas ke arah yang ditunjukkan oleh pegawai tersebut dan mencari
Sofira. Peluh membasahi badannya kerana berlari.
“Sofi,
dah bersalin ke?” Jasmin terus bertanya sejurus melihat Sofira yang sedang
berdiri di tepi tingkap di kawasan menunggu dewan bedah.“Belum,
dah sejam aku kat sini doktor tak bagitahu apa-apa lagi.” “Kita
doa mudah-mudahan Dina selamat bersalin insya Allah…” Jasmin cuba menenangkan
Sofira dan juga dirinya dengan sabar menanti sementara itu baru teringat akan
satu perkara. “Ya Allah, kalut nak datang sini aku terlupa bawa blanket yang
aku jahit untuk baby Dina!.”Jasmin menepuk dahinya sendiri.
“Dina
pun tak ingat-ingat yang kau nak bagi selimut tu sebab tengah sakit. Yang
penting sekarang dia selamat deliver.” “Aku
balik rumah ambil kejap.” Pantas Jasmin berpaling dan berlari untuk kembali ke
rumah demi mendapatkan selimut bayi khas yang dikaitnya. Azeem yang sedari tadi memerhatikan mereka
tidak mencelah kerana hati gundah gulana memikirkan isterinya yang sedang
bertarung nyawa di dalam untuk melahirkan zuriat mereka.“Kalau
dia nak tak ada sesiapa boleh halang dia, that’s our friend Jasmin.” Selamba
Sofira meluahkan kepada Azeem membuatkan insan
yang bakal bergelar bapa
tersenyum melihat gelagat kawan baik isterinya.
Credit |
Setelah mendapatkan selimut di
rumah, kini Jasmin kembali ke hospital dan masih sempat melemparkan senyuman
kepada pengawal yang hairan melihatnya berlari-lari anak. “Hai,
terlupa selimut baby.” Spontan Jasmin menunjukkan selimut biru lembut kepada
pengawal yang kelihatan pelik dengannya yang agak kalut.
“Oh
penatnya…pagi-pagi marathon!” Jasmin meluahkan penat yang dirasa setelah
menemui Sofira yang setia di tempat menunggu dewan bersalin. Jasmin mencari
kelibat Azeem yang berada di situ sebelum dia pulang tadi tapi tak ditemui. “Mana
Azeem?” Soal Jasmin kepada Sofira.“Dalam
labour room dengan Dina, Dina request dia masuk teman.” Setelah
hampir sejam menunggu dengan penuh debar akhirnya seorang doktor perempuan
masih dalam pakaian scrub keluar dari
pintu dewan bedah dan menghampiri Jasmin dan Sofira.
“Tahniah
Puan Adina selamat bersalin baby boy. You guys boleh masuk melawat sekejap
sebab kita nak dia cukup rehat.” Sempat Jasmin membaca tag nama yang tertera pada baju doktor itu, Dr. Amina.“Alhamdulillah..sempat
ambil blanket tadi. Okay thanks doctor!” Balas Sofira dengan gembira tak sabar
nak jumpa orang baru jadi ibu.
Dr.Aminah
tersenyum melihat dua gadis ini yang teruja dengan kelahiran baby Adina lantas
berjalan masuk menunjukkan Jasmin dan Sofira ke wad yang ditempatkan sahabat
mereka, Adina yang baru melahirkan zuriat sulung.Tak
mampu untuk Jasmin menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk sahabatnya yang kini
sudah bergelar seorang ibu. Rasa terharu turut ada dalam dirinya tak sangka
akhirnya Adina menjadi seorang ibu kepada bayi comel yang tak jemu-jemu
dipandangnya yang mungkin masih ingat di dalam rahim ibunya, tidur dengan lena
dalam pangkuan Jasmin.
“Aku
bawa balik anak kau boleh Dina?” Jasmin saja mengusik. “Nanti
dia nak menyusu kau nak suap dia apa?” Adina balas double meaning ingin melihat apa bakal Jasmin jawab.“Susu
lembu kan ada, habis cerita hahaha.” Jasmina tak mengalah.“Anak
aku bukan anak lembu, dia minum susu ekslusif.”
Azeem
dan Sofira tergelak mendengarkan Adina menjawab kepada Jasmin.
“Pinjam
kejap je nanti lapar susu aku bagi pada kau Dina. Susu lembu pun berkhasiat
apa? Penuh kalsium..penuh berkrim..” Jasmin tak mahu mengalah lalu menyerahkan
anak Adina kembali ke pangkuan sahabatnya.“Mother’s
milk is way more nutritious than any other milk dear…”
Dengan sabar Adina
menerangkan kepada Jasmin. Jasmin hanya tersenyum akur dengan kenyataan bahawa
susu ibu adalah yang terbaik buat bayi yang dilahirkan.“Adi Suffian, Mak Su Jas rela balik rumah
balik untuk blanket untuk Adi. See how she is so adores into you?” Adina
berbicara lembut pada anaknya seolah mendengar dengar teliti lalu tersenyum
dalam tidurnya yang lena.
credit |
Hari kedua Jasmin keluar awal untuk
waktu makan tengah hari untuk melawat Adina di hospital sebelum Adina
dibenarkan pulang ke rumah kerana dia bimbang tak berpeluang untuk melawat
dengan kerap oleh sebab tuntutan tugas yang menggunung di pejabat. Lagipun
jarak hospital dengan Jas Fashion House dekat sahaja. Sebenarnya Jasmin tidak
puas untuk menatap wajah polos bayi Adina.
Setelah selesai melawat dan gembira yang Adina
telah dibenarkan keluar hospital, Jasmin beredar keluar untuk menuju ke parkir
kereta. Bunyi telefon yang asyik berdering dari tadi membuatkan Jasmin mengeluh
lantas meraba-raba dalam beg tangan Birkin koleksi terkininya untuk mendapatkan
telefon tersebut. Sambil mata ralit di skrin telefon, sambil kaki berjalan
menuju keluar dari bangunan hospital lalu bahunya terlanggar kuat dengan
seorang yang pakaiannya sungguh memelikkan.
“Ouch!”
Jasmin memegang bahu kanan yang terlanggar dengan seorang yang berpakaian
seluar pajama, baju warna warni, kasut besar berwarna kuning pekat dengan corak
polka dot lagi, rambut pula mengerinting warna hijau muda, muka penuh dengan
contengan warna dan dihidungnya terdapat satu bulat merah.
“Sorry!”
Ucap si pemakai kostum badut itu dengan ceria sambil mengangkat tangannya yang
penuh dengan belon. Di sekelilingnya ada ramai kanak-kanak berpakaian pajama
berebut mendapatkan belon. “Please
jalan tu tengok orang.” Jasmin tegur dengan suara mendatar dengan muka
mencerut.
“Awak
tu yang jalan kena tengok orang.” Si badut itu menjawab semula. Jasmin
memandang dengan riak muka tidak puas hati. ‘What
did you said? Hello, you tu jalan mata tu tengok orang lain kali.”
“Aha,
dan awak tu jalan jangan tengok handphone je.” Bidas si badut lalu beredar
bersama sekumpulan kanak-kanak yang sibuk mendapatkan belon darinya. Terkesima,
Jasmin memandang iphone yang berada dalam genggamannya lalu pantas beredar dari
perkarangan hospital itu.
credit |
“This
is so gorgeous! I love this latest collection that you have
Erwin.” Ujar Jasmin sambil membelek rekaan baju terbaru pereka yang semakin
menempa nama, Erwin Wardi. Jasmin dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. “Thanks Jas, sebab tu I percayakan Jas
Fashion House untuk pasarkan label collection
I.” Erwin dengan bangga meluahkan kepada Jasmin.
“But..if I mean this is so gorgeous but
thought so sexy right Elie?” Jasmin meminta pandangan Elie yang duduk di
sebelahnya turut melihat lakaran koleksi tersebut. “Kalau
you boleh alter design baju ni kepada lebih more appropriate, modest then it would be marvelous. Basically I
suka cuma this is for raya so during raya orang pakai sopan-sopan but still there is element of elegance and
stunning. Erwin mengangguk bersetuju dengan komen Jasmin selaku yang
meluluskan rekaan yang akan dipasarkan di bawah Jas Fashion House.
“Boleh
no problem, cuma bagi beberapa hari untuk I
redesign them okay? Jadi, untuk design baju Melayu kiranya pass yeah?” Soal Erwin mendapatkan kepastian.“Baju
Melayu tak ada apa-apa, quite impressive and I love it.” Komen Jasmin dengan
jujur.“Oh by the way untuk pertunjukan koleksi
raya nanti, model dah ada belum? I need
only five to wear my collection.”
“About
that…kita dah ada model cuma tak cu…” Belum habis Elie menghabiskan kata-kata,
Jasmin terus menutup mulut setiausahanya melarang Elie memberitahu bahawa belum
cukup seorang lagi model lelaki untuk menggayakan koleksi rekaan baju Melayu
Erwin Wardi.
“Cukup..you don’t worry about model yang
penting rekaan untuk baju kurung mesti siap this week okay sebelum fashion show
tu?” Jasmin segera berbicara setelah memberi isyarat mata kepada Elie. Dia tahu
bahawa Erwin seorang yang mudah kalut dan tak ingin menambah kekalutan dengan
perkara tak cukup model untuk menggayakan rekaannya. Cukup dengan peristiwa
tempoh hari ketika salah satu model yang sepatutnya menggayakan rekaan Erwin
Wardi tanpa sengaja merosokkan baju rekaannya dan membuatnya frust menonggeng. Selagi belum tiba hari
pertunjukan fesyen, selagi itu ada peluang untuk mencari mana-mana model yang
sesuai untuk rekaan Erwin ini, bisik hati Jasmin penuh yakin.
credit |
Jasmin
melabuhkan punggung di sebelah ibunya lalu spontan bertanya “Ma, kenapa mama
letak belakang nama Jas ‘Clarisa’”? Hari ini baru terdetik di hatinya ingin
bertanyakan kepada Puan Jazwin yang sedang asyik dengan rancangan masakan Jamie
Oliver.“Sebabnya..tak
ada sebab.” Selamba Puan Jazwin membalas pertanyaan Jasmin malas melayan kerana
lebih fokus dengan masakan di TV. Jasmin mencebik lalu bertanya semula.
“Kenapa
‘Clarissa’? Sebab mama teringin nak letak nama ala-ala orang putih, Inggeris
gitu. Kalau ‘Jasmin’ pula sebab mama suka bunga.” Puan Jazwin kini menjawab
dengan jujur sambil mengelus lembut rambut panjang mengurai anaknya itu
manakala Jasmin tersenyum sendiri mendengarkan mamanya. Tiba-tiba, Demok datang
memanjat di atas Puan Jazwin meminta dibelai. “Ish Demok ni, jealous la tu orang duduk kat mama.
Menyampah.”
Jasmin pantas bangun dari baring di riba mamanya pura-pura merajuk.
Kucing betina itu hanya mengerdipkan mata minta dibelai.“Sayang
mama alololo sini nak manja ya?” Puan Jazwin kini membelai badan Demok yang terpejam
matanya syok dibelai.“Mengada Demok eeee! Ni mama kita tau?”
Jasmin masih seronok mengacau si kucing gebu milik ibunya itu.
credit |
Imran duduk termenung di sebuah
penjuru pasar raya niat hanya ingin melepaskan lelah setelah seharian suntuk
dengan berpakaian maskot beruang sehingga basah lencun t-shirt yang dipakainya.
Waktu kerjanya telah tamat untuk hari ini. Jam ditangan dikerling lalu
mencari-cari kehadiran seseorang yang telah dijanjinya.
“Abang
Im ! Sorry…nak keluar rumah tadi
daddy soal macam-macam nasib baik lepas keluar. Abang sihat?” Dada Imani naik
turun masih penat berlari dari tempat parkir kereta ke dalam mall demi berjumpa
dengan Imran.“Ni
kenapa tiba-tiba nak jumpa? Dalam telefon tak boleh cakap ke? Kalau daddy tahu
Imani jumpa abang, mengamuk orang tua tu.” Imran bimbang Datuk Iedlan dapat
tahu akan pertemuan mereka adik-beradik itu. Peristiwa tersebut kembali
menerjah di fikirannya walaupun dah berlalu tiga bulan lalu.
“Daddy
nak Im kerja dengan daddy. Entigo needs
you as the Managing Director.” Tegas suara Datuk Iedlan kepada Imran.“No
Im nak cari pengalaman dengan company lain.
Cukuplah selama ni Daddy paksa Im ambil course yang Im tak suka and now you ask me to join fashion business
line?”
“Imran
Firdaus! Baik, kalau itu yang you pilih Daddy tiada pilihan but with under one condition. You may leave from this house. Belajar
hidup sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah.”
Imran
terkejut tak sangka kata-kata itu keluar dari mulut ayah kandungnya. Ibunya tak
mampu berkata apa-apa selain diam di sisi Daddynya. Tak gentar dengan cabaran
Datuk Iedlan, Imran lantas bangun terus naik ke atas dan kemas barang-barang
mencapai apa yang sempat ke dalam sebuah beg galas dan keluar dari rumah banglo
tersebut.
“Abang
Im ! Abang Im nak pergi mana? Daddy…please jangan buat macam ni.” Imani memujuk
daddynya penuh merayu.“Biarkan
dia Imani! Itu yang dia pilih biarkan.” Keras suara Datuk Iedlan dengan
pendiriannya.Imani
menepuk bahu Imran yang jauh mengelamun sejak tadi. “Abang Im, dah makan? Jom
teman Imani makan please.” Imani menarik tangan Imran menuju ke dalam restoran
KFC.“Malam-malam
makan KFC nanti gemuk tak tahu…” Imran mengenakan adiknya itu.
“Gemuk
baru cun meletop !”
credit |
Jasmin melangkah masuk ke dalam Wad Melur
mencari bilik yang tertera nama Nur Jenna, anak buahnya yang dimasukkan ke wad
akibat demam panas. Kak Julia yang sedang menyuapkan bubur kepada anaknya di
atas katil memeluk Jasmin yang muncul dari pintu masuk. “Jenna tak nak makan
puas kakak pujuk.” Rintih Kak Julia.“Jenna,
makan sikit sayang…nanti boleh balik rumah jalan-jalan.” Jasmin cuba memujuk
pula namun Jenna menggelengkan kepala tidak berselera untuk makan.“Sikit je promise.” Si
comel berusia empat tahun itu masih mengatup mulut kemas-kemas tidak ingin
disuap oleh Jasmin.
Bilik yang menempatkan enam buah
katil untuk pesakit itu tiba-tiba dimeriahkan dengan kehadiran seorang
berpakaian badut penuh dengan belon lalu mengahampiri kanak-kanak yang menghuni
bilik wad tersebut. Terpamer sedikit keceriaan pada wajah kanak-kanak apabila
mendapat belon dan hadiah daripada badut itu sehingga tiba di katil yang
diduduki oleh Nur Jenna. Melihatkan muka Jasmin, Imran terus teringat wanita itu
yang berlanggar bahu dengannya tempoh hari. Dia…suara hatinya berkata.
“Mr.Clown
jangan bagi Jenna belon sebab dia tak nak makan.” Selamba Jasmin ujar sambil
memegang semangkuk bubur nasi untuk anak buahnya itu.
Imran
mengacah-acah ingin memberi belon kepada Jenna lalu berkata “Kalau adik makan
bubur, baru abang bagi belon dengan bear ni.” Setelah mendengarkan kata-kata
dari badut itu, barulah Jenna membuka mulut untuk makan bubur disuap oleh
Jasmin. Imran akhirnya memberi dua belon dan beruang kecil kepada anak comel
itu.
“Selalu
ke ada clown kat sini dik?” Kak Julia
bertanya tanpa segan kepada Imran yang masih tercegat di situ.“Kalau
hospital panggil kita datanglah. Hospital ni especially Wad Melur kerap juga panggil clown untuk budak-budak ni.” Imran balas sambil tersenyum, mata
masih menangkap wajah Jasmin yang asyik menyuap bubur kepada Jenna.“Oh
ya ada name card ke nombor telefon
untuk contact?” Pinta Kak Julia pada
Imran. Imran meraba-raba poket seluarnya dan kembali teringat yang dia terlupa
kadnya di dalam kereta dan meminta untuk mengambilnya sebentar.
“Amboi,
siapa minta name card bagai ada apa-apa ke?” Tanya Jasmin yang sudah selesai
menyuap Jenna lalu duduk di sebelah si kecil itu.“Jenna…mana
nak cari model untuk fashion show mak su nanti? Seorang je lagi…” Keluh Jasmin
sambil mengelus tangan kecil Jenna. “Carilah mana-mana lelaki kan berlambak kat
luar sana. Agensi modelling? Takkan tak ada.” Kak Julia mencelah.
“That’s
the problem, they are full. Semua ada job.” Jasmin mengeluh lagi. Seharian ini
dia menelefon sana sini bagi mendapatkan model lelaki untuk pertunjukan fesyen
raya minggu depan tapi hampa.
Imran
kembali muncul di bilik wad untuk menyerahkan kadnya kepada Kak Julia. Bagaikan
ada suis menyala di kepala Kak Julia, terus dia menyuruh Imran membuka rambut
hijau kerinting yang
dipakainya. Hairan lelaki tersebut namun tanpa membantah
melakukan seperti yang diminta.
“Dia
boleh kot jadi model Jas. Look, he got the height, handsome…yes perfect !” Ucap
Kak Julia bersemangat. Jasmin memandang sekilas pada Imran, menilai rupa paras
lelaki yang muka penuh berconteng dengan warna-warni.
Seperti
yang dijanjikan, Imran menemui Jasmin di KLCC, tempat bakal diadakan
pertunjukan fesyen dalam dua hari.
Dirinya sendiri tidak percaya yang dia perlu jadi model tangkap muat
oleh seseorang seperti Jasmin. “Assalamualaikum, hai.” Sapanya pada Jasmin yang
sedang berdiri menghadap pentas pertunjukan.
“Wa’alaikum…salam…”
Inilah kali pertama Jasmin melihat Imran dengan sehelai t-shirt putih berlengan
panjang dan berseluar jean, sungguh simple
tapi kacak. Ya dia ada gayanya yang maskulin apabila tampil dirinya sendiri
tanpa baju badut itu. Sempat Jasmin mengomen tentang gaya pakaian Imran.
“Wow
you..look different.” Jasmin cuba break
the ice. “So, saya kena buat apa je?” Soal Imran memandang tepat di dalam
mata Jasmin.“Oh,
jom ikut saya try fitting.” Jasmin kemudian membawa Imran berjumpa dengan Erwin
Wardi untuk menggayakan koleksi rekaan baju Melayunya.
“Jas,
mana you cari model handsome macam
ni? Pandai you pilih…suka sangat!” Erwin Wardi teruja melihat ketampanan Imran
yang akan menyarungkan koleksi rekaannya nanti.Imran
sekadar tersenyum biasa cuba untuk kawal macho. Dalam hati kencang berkata
sendirian “Dia tak tahu kutip badut dari hospital.”
“Adalah..I
cari yang penting tada! Dah cukup model untuk baju you Erwin.” Lega Jasmin
dengan penyelesaian masalah yang satu ini.“Okay,
sekarang cuba catwalk I nak tengok.”
Pinta Erwin pada Imran yang segak menyarungkan sepasang baju Melayu berwarna
kuning. Dengan patuh Imran berjalan seperti biasa di atas pentas yang tersedia
diperhatikan oleh Erwin dan Jasmin. “Jas…I
think you kena guide him macam
mana nak catwalk. This is disaster.” Luah Erwin pada
Jasmin di sebelahnya.
“Stop stop Imran, boleh tak kalau awak
jalan slow-slow while lift up your chin,
you know..catwalk?” Jasmin mengambil sebatang rod besi yang terdapat di
sebuah bangku di situ lalu meletakkan di belakang antara dua tangan Imran.
“Okay, now jalan sambil hold batang besi macam ni.” Jasmin membuat demo kepada
Imran. Latihan untuk pertunjukan fesyen akhirnya berakhir selama dua jam
lamanya.
“Cik
Jasmin, sesi latihan dah habis kan? Boleh saya beransur?” Imran menghampiri
Jasmin. “Jasmin, panggil Jasmin je. Okay thanks Imran, sungguh saya terhutang
budi dengan awak untuk jadi model.” Imran menundukkan mukanya sebelum memandang
Jasmin.“Tak
ada kebaikan melainkan kebaikan juga yang akan datang kepada kita. Saya balik
dulu, assalamualaikum.” Lembut suara Imran menjawabnya sebelum berpaling pergi.“Err
Im..ran…” Panggil Jasmin membuatkan langkah Imran terhenti.“Jangan
lupa lusa, fashion show.” Jasmin
mengingatkannya lalu Imran membuat tanda okay dengan tangannya.