12 December 2015 [Sabtu]
Aku dan teman serumah Mai, Nina dan Yani keluar ke bandar cadangnya untuk bermain bowling semata-mata. Kiranya satur-date di hujung minggu gituuu.
*tarik nafas*
Plan nak naik bas (yang telah disediakan pihak universiti) pukul 10.15am dan untuk hujung minggu bas disediakan setiap dua jam sekali. Kira cantiklah timing naik bas pukul 10.15 sampai Kangar sedang elok bowling pun dah buka.
Nak ditakdirkan tiga orang cik kak-cik kak kita ni masih lagi diulit mimpi..al-maklumlah cuti hujung mingggu..bujang pulak tu..tak ada anak kecik tak ada laki..ooohoii sodap lah mereka membuta.
masih kroh kroh krohhh di waktu 9.40am.
Aku? --- Eh aku anak Cik Puan Maznah haruslah menjaga brand 'company' yang gah gitu!
*hiks*
Lepas subuh idok ler kome kroh kroh serupe depe ni yop! --- aku merenung skrin laptop terchentaku di ruang tamu sambil menunggu si Amie yang tak nampak batang hidungnya yang janji semalam nak datang pukul 8am (lepas subuh katanya) nak ajar guna software Pinnacles.
Ruang rumah sunyi sepi bila waktunya untuk S.U.N.Y.I
Kama dan Yaya pula belum matahari terpacak atas kepala dorang dah keluar untuk sukan freshie.
Hanan yang 'kembang' lagi comel roomate hamba pun sama g kem pebenda ntah
bila ditanya kat mana lokasi kem
"Entah..tak tahu"
eeee rasa nak punch punch mek ni tau!
Si Suri a.k.a Manni Sabah pun sama terpukang atas katil lena di alam mimpi. Mimpi candle light dinner dengan Pak Tam barangkali wakaka!
Okay..duk bebel gini pun dah makan hampir sepuluh minit kot?
*tehehehe*
9.43am- kulihat jam di skrin laptop ---HOI!! dorang ni tak bangun lagi kata nak p main bowling ish!
*Aku bangun dengan sedikit gusar di hati bimbang tak sempat bas*
Aku masuk bilik Yani - "Yani...Yani...bangun cepat..cepat mandi kata nak g main bowling"
And this woman reply to me with fall asleep back! ---Goshhh!
Then, aku masuk pulak bilik Mai gerak 'mak' aku ni..."Mai...cepat cepat bangun jom kata nak p main bowling..bas 10.15 ceeeeepaaaaatt!"
*in my kalut way as always heee*
Pada masa itu semestinya aku sudah siap cuma tinggal buka langkah nak g tempat bas.
Dorang masih dalam bilik air..baru nak gosok baju tudung etc etc etc walao weyhhh!
"Aku g dulu! Tahan pak cik bas tu..ceeeepat! cepaaat!" sebab dalam hati aku chance 50-50 untuk ditinggal bas dan kiciwa adalah tinggi hohoho :(
which I wish don't want it to happen oh puhhleassee
Dalam bas bernombor 30, tunggu masa nak jalan dan penuh dengan pelajar yang ingin outing dan mungkin nak p balik rmh kot
*bawa bagpack--masih sempat aku perhati haha*
Dan Pak Tam (driver bas ) masih boleh melawak pulak dengan aku kata bas ni nak p Jejawi pun boleh since aku tersasul nak sebut KWSP tapi disebabkan kalut apo nak sobut pun jadi lain derr hew hew hew.
"Nuh ada lagi kawan pak cik...sat sat.." Aku kata bersungguh lalu naik mencari seat kosong untuk duduk.
Dalam kiraan sepuluh...kak cik-kak cik kita yang 3 orang ni masih tak sampai-sampai wehhh!
Bas mula masuk gear dan bersedia nak bergerak dan dah bergerak dengan perlahan!
Aku yang sedang menelefon Mai bangun dan menuju ke pak cik dan Paktam driver bas tu,
"Pak cik STOP STOP STOP! Sat sat sat dorang dah on the way...sat sat"
*sambil jari laju menekan butang call Mai* grrrr jatung dah dup dap dup takkan aku nak g naik bas sorang-sorang tak syoklah kan???
Pak Tam dengan slumber dan cool berkata- "Dah cukup time..otw tu kat rumah lagi aihhh..kami ada trip nak p mata ayer lagi ni..naik bas pukul 12.15 lah lambat dah ni."
*SERBA SALAH* - akulah tu!
"Mai mana kauuu?!! CEEEEPAAAT CEEEEPAAT LARRRRRRIIII LAAARIII! Bas nombor 30!" Aku tinggikan suara di hujung telefon dengan sedikit emo dan segala macam perasaaan ketika itu.
*dan masih tak nampak batang hidung mereka bertiga dari arah bas*
Astaghfirullah... astaghfirullah
*chill this is not a kind of big deal..it is just a small matter.* ---cuba tenangkan diri sendiri.
Dan untuk kali entah keberapa aku call lagi Mai "Wehhh ceeepatt! lari lari!"
"Ohh nuh depa..." Terdengar dari mulut Pak Tam
What a relieve man~
seriously
first ever in my life
#takpasalpasalakufemesdbuatdramadalambasharisemalam
.
|
Explorace berbulan lepas punya cerita tehehehe |
|
spot me! Mai kata aku dress up tudung cam nak p pantai kau hado? haha |
.
TIME MANAGEMENT- -- moral of the story ya kawan-kawan :)
Aku cuba control segala perasaan yang terbuku di hati yalah it was just a simple thing yet a BIG ISSUE in time management. And yeah I did it!
*to control all the devil me wahahaha! tapi of course perempuan dan bebel etc etc tak dapat dipisahkan right?*
Aku cerita ke deme2 ni macam mana aku buat drama dalam bas FIRST EVER IN MY LIFE
malu weh seriously aku malu- anak Cik Puan Maznah buat drama dalam bas just untuk housemates-nya naik sekali bas supaya dia tidak keseorangan di Kangar tercangguk melongok sesorang nanti.
Haihhhh
Make it short, bowling penuh cos ada tournament hari ni
*sakit pulak hati kita*
Shopping cekelat jap kat The Store then we planned to have karaoke
Okay?
Hmmm okay lerrr
Dari I jam sampai extend jadi 2 jam = RM50
fuuuhh terbang
*divided by 4*
Nak terkeluar anak tekak ceq baq hang oiii!
But aku ENJOY seumpama melepaskan dan mencampakkan segala rasa tension dan segala mak nenek yang menyerabut di kepala ni
*really*
Well basically okay la kot like it is kinda of reward to myself for my all hardworking in settling all those pile of works and assignments these before
*phew!*
Lepas 2 jam 'melalak' ~
tiba masa untuk pulang lalalalala
Hah ini lagi cter best nak habaq ke hampa semua
*sigh*
.
.
Ceritanya gini...kami berempat tak balik naik bas sebab si Sham, adik angkat boyfriend Nina ambil dan tolong hantar balik hostel since dia sewa kereta sebab lepas ni nak p keluar dengan kembar dia.
Nina tak ikut sebab kembar Sham buat sepcial request untuk just spend time mereka berdua adik beradik je.
*siblings-day-out i tell chuuu*
Sebelum Si Sham sampai, Mai kata dia haus..okay fine aku teman 'mak' g kedai First Touch beli air mineral. Dari jauh Sham dah sampai dan Nina dan Yani duk lambai ke aku.
Okay...kereta tu sat lagi yang aku dengan Mai kena naik.
Selesai beli air, aku dan Mai pun lintas jalan nak g ke kereta.
Ada 2 yes DUA kereta Toyata Wish yang SAMA warna ketika itu.
Aku ulang sekali lagi...
DUA Toyata Wish warna yang SAMA (Dark Silver)
Mai jalan depan sikit dari aku
It happened too fast you know
Maigaddddd
Dari jauh sempatlah aku baca dalam hati
"plat WA ....hmm kereta baru ni"
Dan meneruskan langkah lalu membuka pintu kereta tersebut dengan penuh YAKIN
yes yakin.
Dalam hati aku kata "Eh? asal Sham macam besau sikit badan dia.."
Dan mata aku sempat memandang Mai yang terus melangkah menuju masuk ke dalam perut kereta Toyata Wish di hadapan kereta yang entah pintu kereta siapa yang aku buka tu!!!!!
"Ya Allah! Wehhhh maaaaaluuuuuunyaaaaaa!!!!!!!"
Sambil aku berlari bagai tak cukup tanah g ke kereta depan yang terpakir menunggu aku masuk.
"Aku salah buka pintu kereta orang wehhh maluuuuunyaaaa!"
*dan seharusnya mereka gelak barai terbahak-bahak akan aku*
samapaikan sehingga saat aku menulis entri ni pun malunya bukan kepalang masih terasa
Entah aku pikir apa sampai boleh tersalah buka pintu kereta lain
Duh! what a shame.
and that stranger man for sure mesti pelik bin hairan pehal manusia manalah yang tetiba buka pintu kereta nak duduk belakang dalam kereta dia??!
belum sempat tengok reaksi mamat tu aku dah pun berlari lintang pukang masuk dalam kereta yang sepatut aku masuk
kalau tak boleh tengok his face expression kan?
Terkezzut bin hairan bin pehal minah ni masuk kereta aku tetibe!
Ah bukan aku sengaja kan?
Benda nak jadi
Tapi semua tu adalah sejenis memori yang akan terpahat dalam timeline kehidupan aku
sampai bila-bila.
#timemanagementitutersangatlahpenting
#tersalahbukapintukeretasangatmemalukandaridramadalambas
#memoriterciptalahsangat
till meet in the next entry and have a nice day ahead my darling readers!
xoxo
|
#shame |