Tuesday, 24 September 2013

Azamku suatu masa dahulu

Bismillah and Assalamualaikum

Suatu ketika dulu kan, aku berazam dan sangat bersungguh
bahawa akanku menaip setiap patah kata-kata yang telahku catat dalam diari
masa tu tahun 2007(darjah 6) dan aku tak ada laptop lagi
hanya menggunakan sebuah buku latihan sekolah
semua yang terjadi pada satu hari tu aku tulis sebagai kenangan dan tidak lupa
akan apa yang telah aku lalui serta alami
tambahan, pada masa tu drama Impian Sunsilk Ilyana  menjadi pengaruh besar
untuk aku menulis diari
cuma bezanya Ilyana tulis diarinya dalam komputer dan aku tulis dalam buku
hahahaha
biarpun berjela-jela hingga masuk buku ke-2 aku masih berazam akan menulis atau
menaip semua tu dalam komputer iaitu di sebuah blog seperti Ilyana
kusangakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari
cewahh!
masuk tingkatan satu dan keatas, diari yang telah penuh dengan tulisan tanganku itu kubelek
dan terdetik dalam hatiku "ish, malaslah nak taip balik guna komputer"
dan cuba teka...
diriku sendiri pun rasa malas nak baca apa yang telah aku tulis sebab tulisan tangan aku 'cantik' lah sangat
tapi akhirnya, sekarang tercapai juga hajat menulis di blog
but tak ada diari tahun 2007 tauu hehee
cukup sampai disini dulu ye
see ya in next entry XD



* mujurlah ada laptop sebagai teman pengganti di bilik matrik london ni 

No comments:

Post a Comment

nuffnang