Sunday, 24 February 2013

Melabur di Dunia Yang Sementara

Assalamualaikum,
kepada sesiapa yang sudi membaca hasil tulisan diri ini..cewahhahaha

tahniah kepada anda! sebab berjaya membaca post ini..

Allah~
macam-macam idea di kepala ingin menaip berkongsi di laman blog ini
akan tetapi, simptom M**** datang tanpa diundang (malas)
tak kurang juga dengan 'bisikan syaitan'

okay, apa yang ingin diperkatakan sebelum masuk tidur,

KEHIDUPAN DUNIA YANG SERBA SINGKAT LAGI SEMENTARA INI PERLU KITA
HARUNGI DENGAN MELAKUKAN KEBAIKAN SEBAGAI ASET YANG BERNILAI DI NEGERI
AKHIRAT.

Tak nak PAHALA? gila siapa tak nak! hanya orang yang beriman inginkannya..

kejar akhirat, dunia pasti akan mengejar. By the end, dua-dua dapat.
Allah pun sayang,malaikat pun sayang,nabi pun sayang ^_____________^

cuma, keputusan perlu dibuat dengan berfikir dengan sebaik habis.

nasihat untuk diri sendiri

Munirah.




Thursday, 24 January 2013

MAULIDUR RASUL



Allahu akhbar..
sayunya hati ini
rindunya hati ini
sungguh aku rindu
rindu ~
akanku usaha dengan bersungguh-sungguh
untuk terus menyemai rasa cinta kepada kekasih Allah ini
kerana syafaatnya yang menjadi dambaanku
baginda membawa rahmat untuk sekalian alam
akhlaknya yang terpuji
contoh yang terbaik buat setiap manusia di seluruh pelusuk dunia
itulah Nabi Muhammad S.A.W
kekasih Allah ^.^

Salam maulidur rasul dan salam ukhuwah fillah abadan abada : )












Thursday, 10 January 2013

Nikmat lapang setelah memerah otak

Bismillahirahmanirahim.. segala puji-pujian buat cinta teragung ku yang maha pemurah lagi maha penyayang <3
Dialah pengubat segala suka duka dikala hati ini resah gelisah..
ku akui, diri ini hanyalah sekadar hambaNya yang lemah lagi tidak bedaya
melainkan dengan adanya Dia al-hasib (maha mencukupi)..
di kala telah melalui peperiksaan yang cukup bermakna dan penting ( SPM )
akan tetapi, fikiranku asyik risau akan keputusan yang bagaimanakah yang akanku perolehi pada bulan mac???
Cemerlangkah? terbaikkah? memuaskankah?
ye..apa yang termampu buat saat ini, hanyalah berserah & bertawakal dengan sebenar-benarnya..
dalam pada itu cuba memujuk hati sendiri agar sentiasa berfikiran positif bahawa semuanya akan baik-baik sahaja insyaaAllah..
buat hatiku, bertabahlah, bertahanlah, berusahalah dan jangan terlalu mengikut emosi..
biarkan kita yang mengawal emosi bukan emosi mengawal kita..
Salam ukhuwah Khamis 10 Januari 2013 @ 6.00a.m


Tuesday, 1 January 2013

Assalamualaikum 2013 : )



Allah..subhanallah..alhamdulillah..kubersyukur kerana masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan yang hanyalah sementara di atas muka bumi ini.. di tahun 2013 :)
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH
yang jauh itu MASA
yang indah itu SOLAT dan....
yang dekat itu MATI
Allahu rabbi.. gulp* (telan air liur) ( berfikir sejenak) (bpijak di bumi yang nyata)
cepatnya masa berlalu, usiaku pun makin bertambah
ready ke diri ini mengalami satu perubahan demi perubahan
walau tidak secara drastik, tetapi secara slow2
terkadang aku rasa tidak terdaya,kerana aku hanyalah hambaNya yang lemah dan tidak sempurna
tapi..
aku akan cuba,berusaha dengan sebaik mungkin bagi menjadi seorang hamba yang taat serta patuh akan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..
Mati..atau ajal merupakan satu kepastian..ianya tak dapat disangkal lagi..
kita tak tahu bila masanya kita akan menghadap Dia..
kita tak tau bila sesi " interview" dengan Dia..
semua itu adalah rahsia dia yang alim (maha mengetahui)
jadi, marilah sama2 kita panjatkan rasa SYUKUR dan sujud kpd Allah swt yang maha besar kerana Dia masih memberi kita peluang untuk mengumpul dan "invest" pahala sementara masa masih ada..
untuk dibawa sebagai bekalan untuk ke negeri akhirat..
"kejarlah akhirat dan dunia akan mengejarmu".
.ingatlah wahai diri, dunia ini hanyalah satu persinggahan
jangan terpedaya dengan semua ini..
akhirat itu adalah tempat yg kekal abadi..
semoga sama2 kita semua beroleh kemenangan,kejayaan & kebahagiaan dunia akhirat insyaaAllah <3

# semakin bertambah umur,semakin bertambah amal ibadahku dalam memburu redhaNya dan syurgaNya ------>azam tahun baru 2013 (macam buat hypothesis je hehehe)


Saturday, 22 December 2012

Bukan hanya kerana Ilmu..tetapi kerana Allah

Bismillahirahmanirahim..

Betapa rasa syukurnya dipanjatkan kepada Dia yang Maha Esa
Yang maha Agung maha Besar
bermula 5 November-27 November
Alhamdulillah telah Munirah selamat menduduki SPM 2012..
Wah sepanjang membuat persiapan itu dan ini
menghafal itu dan ini
stress tak perlu cakaplah macam mana..
Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan ini..
Dalam pada itu, Munirah mendapat sms daripada seorang hamba Allah ini,
seorang yg pangkat kakak pada diri ini
sms tu bila check detail..ianya dterima pd tengah pagi buta
dan esok merupakan hari pertama exam spm (bm)

ianya merupakan pesanan yang amat saya hargai dan insyaaAllah akan saya ingat
sampai bila-bila..
justeru,saya rasa ianya sesuai utk dkongsi disini..

PESANNYA...

Ilmu penyuluh hati menunjuk jalan ke arah makrifah dalam mengenali rabbi..
Tuntutlah ilmu kerana Allah agar  timbul rasa khauf atau takut akan kebesaranNya..
Exam suatu amanah bagi kita seorang pelajar..
Usah dipandang remeh namun letakanlah peringatan bahawa itu bukan matlamat yang sebenar-benarnya..
Andai    A   diatas sekeping kertas itu yang dikejar..
Tidak mustahil reput dimamah anai-anai bersama ilmu yang pergi bersama berlalunya masa sebaik satu saat selepas exam tamat..
Tuntulah ilmu untuk dipahat di dalam hati..
Tuntutlah ilmu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..
Tuntutlah ilmu agar diri memahami dan bisa menyebarkan kebaikan..
Tuntutlah ilmu untuk mengenal pencipta sehingga membawa diri melalui lorong yang benar menuju jannah..
Tajdid niat sentiasa...
 Perbaharui niat sentiasa...
Fokus pada usaha..usah menekan diri pada natijah yang akan datang..
Buat sehabis baik..tawakal...dan jangan lupakan DOA..
Baca surah insyirah supaya dilapangkan dada menjawab soalan..
Mulakan dengan bismillah..
ALLTHEBEST!

itulah kak rabiatul faazra : )

terima kasih wahai kakak..

moga kejayaan dunia & akhirat mengiringimu..

sayang kakak <3
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 















Thursday, 15 November 2012

Berfikirlah!

Berfikirlah!
Assalamualaikum! Well,lately ni busy 4 preparing the next subjects..dengan ADDMATH,Psycho,eh nono PHYSICS,CHEMISTRY,BIOLOGY and PEND.ISLAM..sbagai selingan,buka laptop and google something that interesting..so baca bolg Wardina safiyyah..it's really good 4 all kind of people tak kira tua atau muda..tapi lebih 'afdhal' ianya dipraktikkan since kecil..byk sbnarnya nk menaip lgi..tp buat masa sekarang..okaylah tu kan! hahaha.. SALAM MAAL HIJRAH 1434 from me,Munirah mohd sobri : )

Sunday, 4 November 2012

Relax~COOL~Chill~maintain

Assalamualaikum wbt

INGAT..

SPM hanya sekali
& 
17 Tahun hanya sekali

seumur hidup 

menuntut ilmu bukan kerana peperiksaan semata-mata

tapi

KERANA ALLAH  

nite <3

nuffnang