Niat nak tulis macam-macam.
Maaf kepada semua entri ini mungkin tiada bermanfaat untuk dibaca.
Hanya satu wadah untuk jemari menari di ruangan maya.
Serius macam-macam. Lepas tulis padam. Dah tiga puluh minit tulis padam.
Jadi let's do this, supaya untuk menjadi juga satu entri biarkan saja apa jari ingin menaip di keyboard ini sehingga mahu berhenti.
tulis saja kecuali salah eja.
baik ambil buku luah semua dalam itu
okay fokus nak cerita pasal tulisan mini novel The Healing Love adalah ilham di kotak fikiran tentang dari tuhan untuk melampiaskan rasa terpendam, rasa rindu, rasa bersatu rasa bertuhan. Ditulis atau dicoret tanpa dengan penuh harapan yang tersimpan rapi di dalam hati moga suatu ketika satu saat di atas bumi di alam dunia masih ada harapan untuk manusia sedar hubungan sesama manusia diperbaiki.
Nampak betapa celaru apa di fikiran ini namun tetap mahu menulis? Susunan berterabur bila minda tak berada di centre of allignment aduhai.
Kasih disatukan. Persengketaan dihapuskan.Berlandaskan cinta kepada Allah.itu moto atau visi mini novel hasil tulisan aku yang setiap baris kata mengalir spontan seiring dengan gambaran di minda yang menjadi penggerak sehingga part 52 ditulis.
Paling manis, ada yang sudi membaca sama ada secara silent reader tak kurang juga meninggalkan komen.
"Ah aku sekadar bermimpi dan mengimpikan dan berharap! Tapi tak mustahil kan? Tuhan pernah pesan kun fayakun, jadi maka jadilah! Maknanya, tiada apa yang mustahil melainkan dengan izin Dia. "
Lihat sekarang contoh yang realiti. Semua di situ.
Ya Allah.
Segala yang baik hanya dari Engkau, segala yang buruk dari diri kami sendiri.