Sunday 26 May 2013

Life must go on and not turning back

Cuti yang memecahkan rekod peribadi selama setengah tahun lamanya setelah meninggalkan jejak menduduki peperiksaan spm pada tahun 2012.

Akhirnya tiba masanya untuk pergi meneruskan perjuangan masa untuk menuntut ilmu di negeri bersejarah, tahu? MELAKA.

Mulai esok bermulalah satu kehidupan baru dan titik permulaan untuk aku mengejar apa yang aku citakan
aku yakin Dia Yang Maha Esa pasti punya sejuta semilion hikmah yang hanya Dia sahaja tahu aku ditempatkan di sana.

Segala barang keperluan yang dibawa. Tak cukup satu beg, dua pun belum lagi. Berbeg-beg hendaknya.

Wahai hati, tenanglah engkau di negeri sana nanti dan FOKUSSS apa yang engkau inginkan.
Sabar, Ikhlas, Usaha, Doa.

Orang lain boleh buat mesti engkau pun boleh. Jangan putus harapan, mudah mengalah dengan pantas, JANGAN! 

lagi satu, jadilah matang :) waa~ insyaAllah dari semasa ke semasa 

sedih, gila tak sedih!!! nak berjauhan dari mak ayah yang selama ni ada je depan mata, tapi umi kata kenalah berkorban, nak mnuntut ilmu bukan buat apa2 yang tak patut, untuk diri sendiri.

dalam pada tu, bersyukur atas apa yang dapat kalau nak dibandingkan orang lain, Alhamdulillah....

Oleh itu, semoga esok menjadi hari yang best dan awesome !

Kolej Matrikulasi Melaka, saya nak bersua dengan anda ! 







Wednesday 15 May 2013

Teruskan

Salam 

Lamanya tak update. Tetiba terlihat "Let it always be Illuminating" di bookmark
okay keputusan spm pun dah keluar dan sekarang perlu meneruskan perjalanan.
Perjalanan yang masih jauh,berliku dan panjang. Lebih mencabar daripada soalan spm.
Harus ada perancangan untuk masa depan. Nak jadi apa? apa yang harus dicapai? capai apa?
CITA-CITA! Dan untuk mencapai cita-cita tu, apa tindakan untuk mencapainya? 
Teruskan berusaha, teruskan berusaha, teruskan berusaha.
Jangan biarkan fikiran negatif menguasai minda! tidak sama sekali.


Teruskan.. nak teruskan apa lagi?

Teruskan mengejar cita-cita!

# Don't chase your dream, CATCH it ! 

and
Minat boleh dipupuk dan disemai 
  

nuffnang