Dian memusing-musingkan cincin tunang pemberian dari Noah ketika majlis pertunangannya sebulan yang lalu. Cepatnya masa berlalu. Kini peperiksaanya pun sudah berakhir dan cuti sudah pun bermula sebelum dia melangkah ke alam pekerjaan. Rezekinya murah apabila mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang terkemuka di ibu kota ini sebagai pegawai perhubungan awam sebelum bergraduasi lagi.
"Hai duk main dengan cincin duk tenung bagai baik telefon dengan orang yang bagi cincin tu! Tak pun pergi KL rumah bakal mak mertua." Ujar Puan Maria setelah perasan akan Dian yang sedang duduk di buaian tepi taman mini rumahnya.
"Rasa macam tak percaya je yang Meena ni dah nak jadi isteri orang mama...entah diri Meena ni dah bersedia untuk galas semua tanggungjawab sebagai seorang isteri atau tak."
"Insya Allah...mama yakin yang anak mama ni boleh jadi isteri yang baik taat pada suaminya. Yang penting, sentiasa upgrade diri kita ni dengan ilmu pasal rumah tangga. Jangan jemu untuk menuntut ilmu dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya."
"Alright bos! Cakap pasal pergi KL kan mama...Meena rasa Sabtu ni Meena nak pergi sana nak beli barang kahwin termasuk hantaran sekali dengan ambil baju. Semalam designer tu dah called cakap baju dah siap tinggal fitting je."
"Pergi sorang?"
"Heee taklah..Fath temankanlah. Dia nak turun Temerloh lepas tu Meena ikut dia balik KL. Boleh?"
"Hmm okay..tapi siap je urus pasal semua tu cepat balik sini. Tinggal berapa minggu sebelum majlisnya banyak lagi nak siapkan kat sini."
"Cik su ada bagitahu tak dia sampai bila?"
"Tak pulak..tapi dia janji akan ada masa Meena kahwin. Kenapa?"
"Tak ada apa cuma tanya. Tiba-tiba jadi kangen sama cik su.."
"Sejak balik bercuti dari Bali ni dah fasih cakap Indon ya?"
"Eh sebelum pergi Indon dah lamalah Meena terrer cakap Indon, kan duk selalu tengok Sinetron pukul dua petang heeeee!"
*******************************************
Salam..Noah sibuk ke? Dian dah sampai KL ni. Ingat nak ajak beli barang hantaran dan ambil baju.
W'salam hai my sweetheart, hari ni ada urgent meeting. Esoklah ya dear? Dian datang office boleh?
Okay beres! Jumpa esok. Take care...
Setelah beberapa ketika berbalas mesej dengan Encik tunang yang kini sedang berkerja, Dian kemudian melangkah keluar dari butik baju di IOI City Mall mencari kelibat Fath yang katanya ingin pergi ke Body Shop. Namun dalam tidak sedar, bukan kelibat Fath yang dia jumpai tapi Tengku Citra yang kebetulan lalu di aras tiga pusat beli-belah itu.
"Dian Ameena? Hai! Seorang je? Noah mana?" Tegur wanita itu kelihatan santai berbaju blaus merah jambu berlengan panjang dengan denim jeans.
"Tengku Citra..taklah dengan kawan. Noah kat pejabat dia, waktu pejabat kan sekarang. Anyway Tengku dah baik demam?"
"Oh ye saya lupa sekarang office hour. Alhamdulillah..getting better and will be back to work by tomorrow."
"Alhamdulillah..baguslah dah sihat. Kalau macam tu, saya minta diri dulu nak cari kawan."
"Err Dian! Sekejap.."
Tak jadi Dian melangkah pergi dia kembali menoleh ke arah Tengku Citra.
"Ya?"
Tengku Citra menghampiri Dian bersama sebuah senyuman sebelum berkata-kata.
"Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan 'congratulations' untuk majlis pertunangan awak dengan Noah. Maaf tak dapat datang hari tu."
"Terima kasih..tak apa nanti jemput datang walimahnya ya. Nanti saya bagi kad."
Tengku Citra hanya mengangguk tersenyum dengan seikhlas mungkin disamping cuba mengusir segala rasa hasad dan perit di hatinya dek kerana cintanya tidak berbalas. Kali ini akal warasnya berjaya mengawal seluruh perasaannya agar tidak bereaksi tidak sewajarnya. Iman menjadi tonggak pendiriannya.
******************************************
Hari pertama bekerja Tengku Citra sudah kembali menyambung perbincangan dengan Noah yang tertangguh kerana kesulitan yang berlaku tempoh hari di pejabat lelaki itu. Walaupun sukar namun tetap dicekalkan hatinya untuk berhadapan dengan COO syarikat hartanah yang tersohor di bumi Malaysia ini.
Sepanjang dua jam setengah perbincangan di bilik pejabat Noah, akhirnya selesai juga seperti yang telah dirancang bagi kelancaran projek usaha sama antara syarikat masing-masing. Tanpa sedari, Noah memandang lama ke arah Tengku Citra yang berada di sisi kanannya.
"Why? Kenapa you pandang I macam tu?"
Lamunan Noah terhenti lalu kembali ke realiti.
"Ehem..you seorang yang tabah dan cekal orangnya Citra! An extra ordinary lady that deserves high salutations from anyone who knows who you are actually."
"What an exaggerate complimentary Mr.Noah Ismail Wong."
"No I really meant it Tengku Citra."
Tengku Citra tersengih tak tahu apa sepatutnya dia bereaksi di hadapan lelaki ini.
"Thanks a lot to my past experiences that build up my strengths and enable me to stay in the track. Thankful be utmost to the Allah almighty who loves me truly by testing me all sorts of tests."
Ya benar kata wanita muda ini. Terbit rasa kagum yang tinggi dalam sembunyi pada wanita bernama Tengku Citra ini.
"Eh jom minum, nanti sejuk pulak teh ni!" Pelawa Noah pada COO Sky Dalton Property itu.
"Sure." Lantas Tengku Citra bangun untuk mengambil minuman di atas meja kerja Noah di sebelah kanan.
"No, let me get it. Just have a sit." Celah Noah yang serta merta berdiri.
Dian Ameena yang kini berada di luar pejabat Noah untuk menepati janji mereka demi keluar bersama untuk membeli barang hantaran dan ambil baju pengantin sedang beberapa langkah dari pintu bilik pejabat Noah.
Sementara Tengku Citra yang entah bagaimana tersilap langkah kakinya yang tersadung pulak pada kaki sofa hampir jatuh tersembam membuatkan Noah pantas menyambut wanita itu. Pada masa yang sama, Dian Ameena telah pun menjejak masuk bersama Siti Sherry yang menunjukkannya dimana bilik Noah. Tapi sayang seribu kali sayang, Tengku Citra sudah terjatuh atas Noah.
Buntang biji mata Siti Sherry sambil mulutnya terlopong ditutupi oleh tangan kanannya terkejut melihatkan insiden yang 'feeling romantic' antara bosnya dengan Tengku Citra! Inikan pula Dian Ameena yang bagaikan nafas tersekat di kerongkong melihat tunangnya berada di bawah badan wanita itu. Malu melihat keadaan demikian, Dian pantas cabut dari situ dan menuju ke lif. Bagaikan lumat-lumat hatinya dicincang.
*****************************************
"Err..sorry! I tak..." Belum sempat Tengku Citra menyudahkan ayatnya, Noah telah hilang dari bilik pejabatnya itu menuju keluar untuk mendapatkan Dian.
"Sherry mana Dian?"
Siti Sherry yang terpana seketika menunjukkan ke arah laluan ke lif bagi menjawab pertanyaan bosnya itu.
Pantas kaki Noah berlari untuk mengejar Dian bagi menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya. Dari reaksi tadi dia tahu Dian terkejut dan mungkin menganggap yang tidak sepatutnya.
"Come on come on!" Noah menekan punat lif untuk buka.
Sesampainya di aras paling bawah, keliling dia mencari Dian yang langsung tidak kelihatan. Betapa cepat macam belangkas gadis ini hilang! Telefon dari poket seluarnya dikeluarkan untuk mendail nombor tunangnya itu.
"Dian please pick up the phone.." Omelnya dengan gusar.
Tanpa berlengah Noah menuju ke kaunter menyambut tetamu.
"Ada nampak seorang perempuan berselendang ungu, berbaju pink tak? Tinggi ni?" Tanya Noah pada Suraya, penyambut tetamu sambil menyatakan ciri-ciri Dian Ameena, buah hatinya.
"Oh ada tadi dia keluar ikut pintu utama tu. Nampak macam tekejar-kejar je Encik Noah."
"Ok thanks!"
******************************
Air mata kini turun berjuraian membasahi pipi. Langkah kaki berjalan tanpa arah dituju. Minda terbayang-bayang akan detik Tengku Citra berada di atas badan Noah. Sangat memalukan!
Deringan telefon bimbit di dalam beg tangannya tidak langsung dihirau.
"Dian! Dian Ameena!"
Kenal dengan empunya suara itu, semakin laju langkah kaki Dian berjalan ke hadapan. Sementara itu, Noah semakin laju membuka langkah kakinya bagi mendapatkan tunangnya itu.
"Tunggu Dian! I can explain it!" Jerit Noah dengan sedikit lelah mengejar Dian yang bukan main laju jalannya.
"Dian sayang look at me please..." Pujuk Noah dengan nada lembut.
"I just be in the wrong time at the wrong place."
"No...Tengku Citra hampir jatuh tersembam dan Noah cuma nak selamatkan dia itu je. Percayalah.."
"Okay dah habis bagi explanation?"
"No wait...kata nak pergi beli barang hantaran dengan ambil baju kahwin?"
"Tak apalah kalau Noah sibuk hari ni hari lain tak apa. Dian balik dulu.."
"Dian!" Panggil Noah sedar bahawa tunangnya itu sedang berkecil hati disebabkan insiden tadi yang tidak disengajakan.
"Jomlah kita pergi sekarang Noah dah ambil half day hari ni. Janganlah merajuk macam ni..tak lawalah my honeydew!"
Dian buat derk dan menjeling Noah sambil berjalan menuju ke tempat parkir.
"Nak pergi ke tak ni? Jangan bazirkan masa Noah Ismail Wong!" Dian bersedia di tepi kereta lelaki itu.
Noah lantas tersenyum sedikit lalu menekan butang di kuncu keretanya sebelum masuk ke dalam perut kereta.
***************************************
Gaun pengantin rekaan pereka fesyen tersohor di Malaysia, Rizalman menjadi pilihan Dian dan Noah yang sangat mengangumi bakatnya dalam mereka pakaian termasuk barisan artis popular sempena pelbagai majlis anugerah.
"Oh my...you nampak cantik sangat Dian! I bet that Noah akan terpesona dengan you dalam gaun ni!"
"Well, siapa yang design baju ni kan? A very the famous amos designer Rizalman..." Jawab Dian.
"Thanks cause sebab sudi ambil I jadi designer wedding dress you Dian. Tak sabar tengok you guys bersanding for real wearing my design of attire!"
Dian tersenyum lega kerana baju pengantinnya sudah siap dan menepati kehendak dan cita rasa yang diidamkan. Ternyata Rizalman tidak pernah menghampakan pelanggannya. Patutlah dia sangat digemari dikalangan model-model atau artis yang memerlukannya untuk mereka pakaian mereka untuk sesebuah majlis.
"So puas hati tak? Ada apa-apa yang nak betulkan ke?"
"Hmm..tak kot okay dah ni perfecto!"
Makin kembanglah hidung Rizalman apabila dipuji tinggi melambung. Tapi memang dia layak menerima pujian sebegitu setimpal dengan hasil baju pengantin yang direka khas untuk Dian Ameena dan Noah.
******************************************
Kereta Camry yang dipandu Noah berhenti di hadapan rumah banglo Fath setelah mereka selesaikan urusan membeli barang hantaran dan mencuba baju pengantin. Puas dipujuknya untuk bermalam di rumah keluarganya namun Dian berkeras kata tidak manis sedangkan mereka masih tiada apa-apa ikatan. Mulut orang kita tak boleh nak tutup apabila sedikit sahaja kesalahan yang kita lakukan. Hilang terus segunung kebaikan yang telah kita lakukan walaupun hanya secalit kesilapan. Itulah lumrah manusia.
"Dian..marah lagi ke pasal tadi?"
"Huh? Hmm..macam mana nak cakap ya?"
"Look Dian..Noah mungkinlah bukan yang sempurna buat Dian. Tapi, Noah cuba untuk jadi yang terbaik buat Dian, bakal permaisuri hati Noah dan ibu kepada bakal anak-anak kita. Noah harap Dian dapat maafkan Noah." Tutur Noah dengan nada yang sayu dan ikhlas.
"Dian..please say something."
Dian tarik nafas dalam lalu menghembuskannya.
"Noah..Dian...percayakan Noah. Jadi Noah jangan mempermainkan dengan kepercayaan Dian pada Noah."
"Insya Allah..percayalah apa yang Dian lihat tadi tak seperti apa yang Dian fikir."
"Dahlah benda tak disengajakan je pun. Okay drive baik-baik, kirim salam pada umi dengan daddy!"
"Eh barang-barang hantaran ni? Lupalah tu.."
Lantas Noah keluar membantu Dian mengeluarkan barang-barang yang dibeli untuk dibuat sebagai hantaran.
Dalam pada yang sama hatinya berasa lega tak terkata kerana Dian memaafkan tentang insiden Tengku Citra terjatuh atas badannya tadi. Jauh di sudut kecil hatinya berdoa agar dijauhkan dari segala fitnah dunia.
No comments:
Post a Comment