Tuesday, 25 August 2015

The Healing Love - Part 45



 "Cantiknya kau beb! Dah macam nak kahwin pulak aku tengok ha ha ha!" Ujar Fath dengan penuh keterujaan.

"Tengoklah siapa mak andamnya...my hunny bunny best friend yang make up mestilah cantik meletop gituu!" Tambah Dian pulak. 

Dua sahabat itu tergelak bahagia sambil menunggu bila-bila masa sahaja dari sekarang majlis bakal dimulakan.Dalam diam ada getar yang mengusik jantung hati Dian disaat ini. Namun sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaan itu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus untuk meredakan gemuruh di hati. Selawat dibaca ulang kali bagi mententeramkan diri.

"Assalamu'alaikum...Meena..rombongan dah sampai. Meena tunggu sini sampai mama ambil Meena untuk bawa turun ke bawah okay? Noah pun ada sekali tu.."

Mendengarkan nama bakal tunangnya, semakin kencang tak menentu dibuatnya kini.

"Ini baru nak bertunang muka kau dah macam mayat aku tengok..cuba chill...relax and smile.." Kata Fath cuba meredakan ketegangan yang dapat dirasa melalui riak wajah sahabatnya itu.

"Nervous la..."

"Okay.. take a deep breathe..and breathe out..and again.."

Dian cuba melakukan seperti apa yang Fath suruh. Sedikit sebanyak membantunya untuk bertenang.

                                             
                                             *************************************

        Siaran televisyen yang terpasang sejak tadi langsung tidak menarik minat Tengku Citra walaupun matanya menghala ke kaca tv itu. Fikiran jelas sekali tiada di sini menerewang ke alam lain. Wajah Noah berlegaran bermain di mindanya. Pasti lelaki itu sudah bergelar tunangan Dian Ameena.

"Kenapa ni Citra..ada apa-apa masalah ke? Cuba cerita pada ibu.."

"Tak ada apalah ibu..biasalah hal pejabat."

"Betul ni? Ibu rasa ada sesuatu yang Citra cuba sorokkan dari ibu."

Datin Mahirah mencapai tangan anaknya dan berkata "Ibu bukan kenal Citra baru semalam tahu? Dah dua puluh enam tahun tak termasuk sembilan bulan sepuluh hari dalam perut ibu..."

Tengku Citra tersenyum hambar sebelum menoleh kearah ibunya.

"Ibu..apa Citra dah tak layak untuk berasa bahagia ibu? Bahagia seperti orang lain?"

Datin Mahirah membelai rambut Tengku Citra yang panjang mengurai hingga ke bahu. Dia mengerti akan maksud ayat anaknya itu. Ada sedih dan pilu menyelubungi seorang yang bernama Tengku Citra kini.

"Hey..siapa cakap? Anak ibu layak untuk bahagia...ibu dan ayah selalu doakan kebahagian Citra. Citra kena yakin dengan qada' dan qadar Allah. Yakin dengan segala ketetapan Dia. Insya Allah..pasti ada jodoh Citra yang akan kekal sehingga akhir hayat. Banyakka berdoa dan bersabar ya sayang?"

Tengku Citra sungguh tersentuh dengan kata-kata yang cukup mendamaikan jiwanya itu. Ibunya itu sentiasa penuh dengan kata-kata yang memberinya ketabahan untuk bertahan dari goyah. Dilentokkan kepalanya ke atas bahu ibunya bagi menenangkan lara di hatinya kini.

"Citra tak kuat ibu...bila hati Citra mulai terbuka untuk menyayangi seseorang...orang itu sudah pun punyai yang lain. Sakitnya hati ini ibu..." Luah Tengku Citra bersama linangan air mata yang makin laju merembes dari kelopak matanya.

"Dan orang yang Citra maksudkan itu..Noah Ismail Wong? Anak Dato Razuan Wong tu?"

Tengku Citra tidak memberi sebarang respon dan teresak di pangkuan Datin Mahirah.
Biarpun anaknya itu diam tidak menjawab namun Datin Mahirah sudah pun tahu akan hal ini setelah diberitahu oleh suaminya.

"Citra...Allah itu punya calon suami yang jauh lebih baik dari Noah buat Citra. Kalau hal dulu boleh membuat Citra tabah dan bangkit semula masakan akan hal yang remeh seperti ini. Ibu tak mahu Citra sedih-sedih, tak apa..masih ada lagi jejaka hero Malaya yang kacak di luar sana sedang menanti anak ibu ini."

"Nasiblah Katrina dapat wakilkan ayah ke majlis pertunangan anak Dato Razuan. Katrina dah banyak tolong kelaurga kita. Semoga dia dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah." Ucap Datin Mahirah tiba-tiba menyebut nama setiausaha peribadi anaknya.


                                            ***********************************

          Walaupun hati galau hinggap di ranting hati Adam, demi persahabatan akal warasnya masih bertegas untuk menyokong sahabatnya,Noah dalam majlis pertunangan ini. Dia turut serta keluarga Noah dalam rombongan ke Pahang di kediaman keluarga Dian untuk majlis pertunangan mereka.

       Setelah sesi merisik dan meminang, kini tibalah masa untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari Dian. Sungguh pun hanya majlis pertunangan diadakan, meriahnya cukup tak disangka-sangka. Rombongan meminang dari Kuala Lumpur datang bersama enam buah kereta termasuk kaum kerabat terdekat keluarga Noah dan sahabat karib Noah sendiri.

      Pak Long Noah diwakilkan oleh kedua ibu bapa Noah bagi mengendalikan sesi meminang untuk memetik bunga di taman dek kerana Pak Long Noah berkebolehan dalam berbalas pantun. Maklumlah bekas cikgu pencen Bahasa Melayu. Sepupu Noah, Shasha turut menyertai mereka sekeluarga dalam rombongan meminang.  Pokok kata, kesemua ibu dan bapa saudara Noah hadir dalam memeriahkan majlis pada hari ini.


     Kini, Dian turun diapit oleh Fath dan Puan Maria untuk ke pelamin yang tersergam indah bagi sesi menyarungkan cincin pertunangan. Semua mata tertumpu kearah Dian yang cantik berseri mengenakan gaun yang ringkas tapi tampak elegan serta disolek ringkas oleh Fath sendiri.

       Saudara mara Noah turut terpegun melihat keayuan gadis idaman yang menjadi pilihan hati Noah untuk dijadikan suri hidup kelak. Kamera yang tersedia di tangan di halakan kepada Dian bagi merakam sesi menyarungkan cincin pertunangan sebagai kenang-kenangan.

      Puan Nasha Emily tersenyum bangga setelah menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dian Ameena, bakal menantunya. Setelah itu, dicium dan dipeluknya Dian dek kerana terharu kerana sudi menerima pinangan dari anak terunanya.

"Terima kasih Dian..sudi terima anak umi. Mulai tiga bulan dari sekarang Dian Ameena bakal menjadi anak menantu kesayangan umi dan daddy. And you're most welcomed to our family my dear." Ucap Puan Nasha Emily sedikit sebak.

Dian tanpa tak tertahan lantas menitiskan air jernih lalu memeluk wanita yang bakal menjadi ibu mertuanya kelak.

Terima kasih Allah..atas anugerah ini. Bisik hati kecilnya berkata dengan penuh rasa bersyukur.

Para tetamu terutama saudara-mara Noah bersorak gembira dan tumpang bahagia dengan majlis pertunangan ini. Masing-masing mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka bahagia dan dipermudahkan untuk majlis besar pulak.

   
                                        ***************************************


Adam sedang mengambil minuman di luar rumah setelah sesi menyarungkan cincin selesai. Tanpa dia sedari, Noah datang menghampirinya.

"Bro...thanks sebab sudi ikut aku buat rombongan meminang ni. Thanks to you too sebab bagi aku menang dalam battle ni. Aku doakan moga kau cepat-cepat dapat jodoh dengan awek yang lagi cun dari Dian."

Adam tergelak kecil lantas memegang bahu Noah.

"It's okay..kalah tak semestinya aku tak boleh menang dalam hal lain kan? Lagipun bunga bukan sekuntum, belambak bunga-bunga kat taman cuma tinggal petik je." Kata-kata yang pernah Dian ucap digunakan demi membalas ayat bicara Noah.

"Tak apa..nanti kalau ada yang baik punya for sure aku recommendkan untuk kau bro!"

"Tak ada hal..makan?"

"Okay..go on dulu..aku nak masuk dalam dulu."

"Alright.."


                                                  *********************************

         Kelihatan Dian ramai sangat 'peminat' untuk bergambar bersama sebelum mereka beransur pulang bagi merakam hari bahagia pada hari ini. Bergetar senyuman yang terukir di bibir Dian dari pagi sampai ke lewat tengah hari asyik senyum. Fath yang melihatnya pun jadi penat.

"Tahniah Dian! I'm happy for both of you...finally...you got engaged to my cousin!" Shasha memeluk dan mengucapkan kata tahniah pada Dian.

"Thank you Shasha..hopefully followed with you dear. Ops! Sorry..you kata nak travel around the world dulu baru kahwin kan?" Dian masih ingat akan kata-kata gadis itu tempoh hari di kampung Noah.

Shasha tergelak kecil kerana Dian masih ingat akan katanya itu yang membuatkan dia dan Noah hampir bertelagah.

"Well..kita hanya mampu merancang kan? Mana tahu masin mulut you..tup tup I pulak naik pelamin lepas ni. Masa tu you bakal jadi mummy kot!"

     Sempat lagi Shasha mengusik Dian yang diserbu rasa malu disakat sebegitu. Dalam pada itu, ada rasa sesuatu yang membuatkan dia dan sepupu Noah ini menjadi semakin rapat. Serasi dalam kata lain.
Memang itu yang diharapkan Dian dengan ahli keluarga Noah yang lain. Baginya, bukan sahaja dia bakal berkahwin dengan Noah tetapi seisi ahli keluarganya. Jadi, mulai sekarang dia harus beramah mesra dengan mereka bagi mengeratkan perhubungan.
                                               
"Oh my dear cousin...congratulations for your engagement! Tak sabar nak makan nasi minyak korang nanti..eh jom ambil gambar sama-sama!" Pantas Shasha menghulurkan kameranya kepada Fath untuk menangkap gambarnya bersama Noah dan Dian yang baru sahaja mengikat tali pertunangan.

No comments:

Post a Comment

nuffnang