Saturday, 22 August 2015

The Healing Love - Part 44


    "Adam? What on earth you doing here?" Tanya Dian dengan rasa tidak percaya dan terkejut melihat lelaki tersebut muncul tanpa sebarang pesan terlebih dahulu di kolejnya.

"I just..wanna ask you for cup of tea? Please?"

"Err...sebenarnya Dian nak balik hostel then nak balik Temerloh ni."

"Then let me send you to the bus station?"

"Eh tak apa...Dian balik dengan Fath ke sana."

     Tidak sempat untuk Adam berkata selanjutnya, Fath muncul dari mana entah menghampiri mereka berdua dengan ceria. Disapanya Adam, sepupunya itu yang sudah lama tidak bertemu.

"You going back to Temerloh with Dian?" Tanya Adam pada sepupunya, Fath.

"Yup! Hey I don't want to miss a single thing during my best friend's engagement day okay.."

  Adam mempamerkan muka keliru minta penjelasan lanjut.

"Who's getting engaged by the way?"

"Dianlah siapa lagi! Though you knew it already? You kan best buddy with Noah."

Ada suram di mata Adam kini namun ditahan rasa sakit itu walaupun perit dan pedih untuk deterima setelah mendengarkan kata-kata sepupunya itu.

"Congratulations Dian..I'm happy for you." Adam mempamerkan riak gembira bersama sebuah senyuman yang dibuat-buat dihadapan gadis yang dia taruh perasaan itu.

Dian jadi serba tak kena saat ini, ikutkan hati mahu sahaja dia cabut lari dari sini daripada berhadapan dengan Adam. Ini kerana dia juga sudah tahu akan perasaan lelaki itu pada dirinya. Baginya, Adam terlalu sempurna untuk dijadikan bakal suaminya. Sudahlah dari keturunan yang berada, tinggi ilmu agama pulak tu.

"Thanks. Tadi memang nak bagitahu dah tapi Fath dah terbagi tahu pulak..Jemputlah ke rumah nanti Sabtu ni. Buat majlis kecil-kecil untuk keluarga terdekat je."

"Insya Allah..semoga dipermudahkan segalanya sehingga ke hari besar ya." Ucap Adam berbasa-basi.

"Amin..semoga Adam pun bertemu jodoh yang jauh lebih baik dari Dian suatu hari nanti."

"Kalau ada mana-mana yang ada iras-iras Dian bolehlah kenalkan ye? Hmm you got me kidding."

"Eh kata nak balik hostel nak packing? Jom jom...okay bye cousin!" Celah Fath.

Adam hanya mengangkat tangan kepada mereka berdua yang terus beredar dari situ menuju ke kereta Fath yang terpakir di hadapan Fakulti Komunikasi.

Peritnya rasa di hati ini disaat ini, detik ini bagaikan ditusuk-tusuk.

"Bunga bukan sekuntum, banyak lagi bunga di tengah Taman Tasik Titiwangsa tu. Tinggal petik saja! Ha ha ha" Terngiang-ngiang lagi kata-kata itu yang pernah diucap oleh gadis yang bernama Dian Ameena buat dirinya.

 "Be strong dear self!" Ucap Adam di dalam hatinya.



                                            ***************************************

        Tengku Citra masuk untuk bertemu dengan ayahnya, Tengku Maher bagi menghantar laporan projek yang baru disiapkannya. Kelihatan ayahnya sedang ralit di hadapan komputer membaca sesuatu barangkali. Setelah mendapat keizinan untuk masuk, Tengku Citra melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan ayahnya.

"Apa bos baca sampai Citra masuk pun tak pandang dah."

"Hmm ini ayah tengah baca email dari kawan lama. Ingat Uncle Ian Imran Doughlas?"

"Owner Empire Ritz Carlton?"

"That's his grand father's legacy. But he's one of the son and heir of the well known legacy."

    Mata Tengku Citra menangkap sebuah kad berwarna ungu cair yang terletak di atas meja ayahnya itu.

"Kad apa ni ayah?" Diambilnya kad itu lalu dibuka bagi mengetahui isi kad tersebut.

Belum sempat Tengku Maher menjawab, tertatap nama Noah Ismail Wong dan Dian Ameena pada kad undangan majlis pertunangan tersebut. Terus Tengku Citra memandang ayahnya minta kepastian.

"They're getting engaged by this weekend. Tak apalah..mungkin ada yang lebih baik untuk anak ayah ini."

Tengku Citra cuba untuk berlagak biasa di hadapan ayahnya, menyorokkan rasa sakit di hati.

"I'm okay ayah. Don't worry..so ayah pergi ke nanti?"

"Itulah pasal ayah baru nak bagitahu Citra yang ayah ada appointment dengan our client dari Singapore on the same day with the event. Kalau Citra dan ibu tak keberatan, ayah nak kamu berdua wakilkan ayah. Apa pulak kata Datuk Razuan nanti, lainlah tak dijemput langsung."

"Tengoklah dulu macam mana." Balas Tengku Citra lalu bangun dari kerusi yang didukinya.

"Eh dah nak keluar?"

"Hmm banyak lagi kerja yang tak beres ayah. Ni laporan yang ayah nak tu."


                                                *******************************

           Perjalanan pulang ke Temerloh, rumah mama akhirnya berakhir apabila Dian dan Fath selamat sampai sebelum maghrib. Nasib kelas mereka habis awal tak adalah tersekat di dalam jammed di KL.
Mujur ada kawan-kawan mama yang baik hati membantu apa yang patut bagi menjayakan majlis pertunangan Dian dan Noah nanti.

"Orang nak bertunang dah sampai ni Maria oii! Makin berseri-seri muka anak dara ni nak bertunang eheh." Usik Mak Cik Adnah, jiran sebari rumah Puan Maria.

"Apa khabar mak cik? Lama tak jumpa hee..." Dian menegur dan bersalam dengan Mak Cik Adnah diikuti oleh Fath.

"Alhamdulillah..baik. Semakin sihat mak cik ni, nak nak lagi bila tahu Dian nak bertunang! Cepat betul ya masa berlalu dulu kecil darjah enam Dian mak cik tengok. Esok dah nak jadi tunangan orang!"

"Ish ada-ada je mak cik ni. Apa pun terima kasih banyak-banyak sebab banyak bantu mama dan Dian buat preparation last minute ni ya? Nanti Fath belanja Nando's ha ha ha!"

Fath yang hanya memerhati dan mendengar terkesima seketika.

"Eh apa pulak aku? Orang yang bertunanglah yang kena belanja!"

"Itu pun mahu berkirakah? Dah jom letak beg dengan barang-barang ni dulu,"

"Wah...ada mini pelaminlah! Kelas majlis bertunang kau beb! Aku pun nanti nak buat macam nilah nanti."

"Ni semua bukan kerja aku. Aku pun terkejut tengok pelamin ni, ingat mama nak kahwin lagi satu."

"Dah apa hal pulak mama kau nak kahwin laginya? Perempuan mana boleh kahwin lebih dari satu. Kot ya pun nak buat lawak guna inilah sikit." Fath menunjukkan jari telunjuknya di kepada.

"Eh budak bertuah ni, pergi letak barang-barang lepas tu turun tolong mama susun door gift pulak cepat!" Sampuk Puan Maria yang muncul dari dapur.

"Yes ma'am!" Jawab Dian.


                                            **************************************

      Noah sedang baring di atas katilnya memikirkan supaya rancangan pada hari esok untuk membawa hajat ke Pahang berjalan dengan lancar sekali dengan berkatNya. Mindanya tiba-tiba teringatkan sesuatu yang amat besar ertinya dalam hidupnya.

"Tengok tangan..." Pinta Noah pada Dian.

Dengan patuh dan polos Dian mengangkat kedua tangannga dan menghulur kepada Noah.

"Sebelah kanan je.."

"Apa maksudnya ni? Did you got the answer?"

Dian lambat-lambat menjawab ingin melihat reaksi Noah.

"Come on Dian..please answer me..ini cincin yang Noah bagi masa birthday Dian dulu kan?"

"So?"

"Have you forgot what had you said about this ring hmm? You said that you will wear this ring when you are ready."

"Then what's the problem?" Sengaja Dian buat selamba dan acuh tak acuh.

"Wait..means you had made up your mind? You accept my proposal?"

Dian tersenyum tersipu malu.

"Yahoo! Yes! Alhamdulillah..thank you so much Dian Ameena! Hey..she say 'YES' dude!" Kerana terlajak teruja hampir satu kampus Noah memberitahu yang Dian terima untuk menjadi tunangannya.

Dari jauh Irina merenung tajam melihat Dian dan Noah bersama di Kafe Uncle Sam. Cemburu sungguh dia melihat kebahagian dua orang tersebut.

"Hai melepaslah kau ke si Noah the most eligible bachelor tu Irina. Gigit jarilah kau lepas ni. Ops.." Kata Emira sengaja menyindir sahabatnya itu.

"I'm so sorry for you dear.." Celah Diana pulak sambil berlalu pergi meninggalkan dirinya di hadapan perpustakaan kolej.

Kakinya dihentak tanda protes dan benci.


                                             ************************************

         Seperti yang dirancang, majlis pertunangan berlangsung dengan lancar sekali. Dian kelihatan sungguh cantik berseri walaupun mengenakan sepasang jubah labuh berwarna putih bersulam manik yang 'simple' tapi elegan namun cukup menyerikan dirinya pada hari ini. Ditambah pulak dengan solekan ringkas hasil seni dan kreativiti Fath yang arif tentang bab solekan.

"Wah...you look exquisite babe! Seriously..cun cila!" Ucap Fath dengan teruja.

"Kau nak kata yang kau ni pandai make up kan? Eleh macam aku tak tahu..." Dian mencebik.

"Astaghfirullah..kalau dah cantik tu tak payah make up pakai apa pun tetap cantik okay?"

    Bunyi tweet dari Sony Ultra menarik perhatian Dian lalu dicapai telefon bimbitnya itu untuk membaca mesej kiriman dari si pengirim.

"Tahniah Meena! Cik su ucapkan selamat bertunang dan semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dengan Noah. Sampaikan salam sayang pada mama dan semua ya! Lots of love from Riyadh.."

   Tidak semena-mena bibir Dian mengukirkan senyuman membuatkan Fath menyakatnya

"Hah..siapa mesej tu? Kau jangan...dah nak jadi tunangan orang hari ni..."

"Eh eh cik su akulah! Dia wish selamat bertunang tu je.."

"Oh..ingatkan kekasih nombor dua."

"Oh please okay aku setia pada yang satu!" Bidas Dian.

Tawa antara mereka meletus saling berkongsi kegembiraan di hari yang baik pada hari ini.

Puan Maria muncul dari bawah melihat Dian sama ada sudah siap di dandan atau tidak bagi melancarkan majlis pada hari ini.

"Dah siap bersolek ke anak dara mama ni? Ya Allah...cantiknya!"

"Tengoklah siapa juru mekapnya..."

"Pandainya Fath make up-kan Meena...boleh buat business jadi mak andamlah lepas ni Fath."

Fath hanya tersenyum bangga dipuji oleh Puan Maria.

"Hmm habislah kembang semangkuk Fath mama puji dia hari ni. Silap-silap sampai mengigau malam nanti."

"Mama cakap benda yang betul. Mujur ada Fath tolong solekkan Meena..eh mama naik ni nak bagitahu yang umi dengan daddy Noah sekali dengan saudara mara dia orang dekat nak sampai dah. So get ready from now okay girls."

      Mendengarkan ayat-ayat dari ibunda tercinta, entah mengapa jantung hati Dian sedikit gugup dan berdegup kencang tak keruan. Fath dapat menangkap riak itu di wajah sahabat baiknya itu.

"Insya Allah..semuanya akan baik-baik je. Banyakkan selawat dan istighfar okay?" Ucap Fath mententeramkan hati Dian yang jelas sedikit gementar sambil memegang lembut bahu Dian.

No comments:

Post a Comment

nuffnang