Wednesday, 12 August 2015

The Healing Love - Part 41



        Setahunya sahaja Dian sudah selamat sampai di tanah air dan kini berada di rumah Noah, terus Fath ke rumah lelaki itu untuk bertemu dengan sahabat baiknya sebelum Dian pulang ke rumahnya di Pahang.

"Assalamu'alaikum!" Ucap Fath dari luar sambil memetik suis loceng di tepi pagar rumah Noah.

Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik terbuka luas dan Noah terjengul di luar pintu rumah menyambut Fath untuk masuk.

"Wa'alaikumusalam...moh masuk Fath!" Balas Noah dengan senyumannya yang manis.

"Amboi dah pandai cakap Pahang aok ni? Where's my best friend?"

"Ada..masuklah dulu mak cik oiii. Kau dari mana?"

"Rumahlah mana lagi...takkan dari disko pulak haih Noah ni!" Omel Fath sambil melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Noah.

Belum sempat Noah menjawab, Fath separuh menjerit tatkala melihat Dian yang muncul dari dapur.

"Dian!!! Rindunya aku kat kau beb...sihat? Macam mana umrah?"

"Eee aku pun rindu kau lah! Alhamdulillah sihat...umrah pun okay semua berjalan mengikut rancangan."

"Alhamdulillah...cenderahati untuk aku ada tak?"

"Jangan cakapkan cenderahati, cenderamata, cenderatelinga, cenderamulut pun ada ha ha ha!"

"Cool! 'Buah hati' untuk aku ada tak?"

Dian terpana seketika, "Huh? 'Buah hati' apa pulak ni?"

"Kurma...kismis and nuts la..ada tak?"

"Oh ingatkan kau kirim 'Hakimi'! Tu aku pelik bin hairan."

Fath tergelak kecil dan berkata "Aku kirim Hakimi buat apa, kau bukan pergi London kau pergi Mekah!"

"Eleh, manalah tahu kau nak 'buah hati' versi lain..Arab mari."

"Eh mana ada! Jangan nak propa okay..."

"Girls, come have a drink!" Celah Noah yang muncul dari dapur bersama dulang berisi air minuman.

"Kau buat air ke Noah? Or Aunt Nasha buat?" Soal Fath ragu-ragu.

"Aku jangankan air, asam pedas, nasi ayam ha kau cakap je apa insya Allah jadi okay!" Kata Noah dengan bangga.

"Eleh, yelah tu sangat! Tak percaya aku...muka macam kau ni masuk dapur?"

"Up to you..tapi Dian dah rasa nasi goreng cina aku pagi tadi okay.."

Fath terus memandang Dian minta kepastian.

"Boleh tahanlah..." Ujar Dian pada Fath.

Fath tersenyum herot penuh makna.


                                         ********************************************

     Dian naik ke tingkat atas untuk mengambil ole-ole yang dibelinya di bumi Arab untuk Fath.

"Ni aku sayang kau ni Dian...ingat juga kau ke aku! Thanks so much." Ucap Fath menyambut pemberian Dian yang berisi macam-macam cenderahati di dalam sebuah beg kertas.

"Ala..semua orang dapatlah.Alang-alang sampai sana, kita shopping la...shopping kan terapi."

"Yes exactly! Kau tahu tak masa kau tak ada, aku tak tahu nak buat apa...nasib ada benda yang boleh aku buat apa lagi kalau bukan siapkan segala benda pasal urusan majlis kahwin Kak Sharmaine."

"Kau kan harapan dia.. sebab dia percayakan kau dia suruh kau jadi wedding planner tak bertauliah!"

"Amboi kau..aku walau tak ada sijil or whatever pasal wedding ni, still majlis tu akan gempak okay!"

Yalah..sebab kau Fath Dlina Rose. Aku tahu...Ni kau ke mana lepas ni?

"Balik la..nak siapkan goodies bag bagai. Kau pulak nak balik bila? Ke duduk sini terus?"

Noah yang senyap sejak tadi tersenyum-senyum penuh makna.

"Eee mulut kau ni kan aku tenyeh cili nak? Nak balik la ni...tunggu mama aku dengan umi Noah balik entah pergi mana dari tadi pun aku tak tahu."

"Noah! Mana umi dengan mama Dian pergi?"

"Pasar kot...tak pun pergi tengok bunga. Umi tu kalau bab bunga haih lamalah nanti dia kat kedai bungai tu."

"Mama aku pun sama..dia dan bunga tak dapat dipisahkan!"

"Ada chance kot kau tidur sini malam ni beb." Fath menyakat Dian membuatkan Dian mencubit paha sahabatnya itu.

"Sorry! Ala..gurau sikit pun nak sentap. Dah tu tiket bas dah beli?"

"Tak. Ada orang tu offer nak hantar sampai rumah."

"Wah! Untunglah kau... yalah alang-alang balik rumah bakal mak mertua kan. Lagipun lama dah tak balik kan Noah?"

Sekali lagi tangan Dian mencubit paha Fath membuatkan Fath terjerit kecil kemudia tergelak sakan.


                                                *****************************************

     Adam sedang meneliti dokumen yang baru diletak di atas mejanya oleh setiausahanya. Hari ini, jadualnya sedikit padat kerana ada dua majlis yang perlu diuruskannya dalam satu hari. Kemudian, dia perlu menghadiri mesyuarat bersama pelabur Ritz Carlton. Terkadang, mahu sahaja dia ambil cuti lama untuk pergi jauh dari sini untuk menenangkan diri seketika.

     Deringan interkom mengalihkan pandangan Adam seketika sebelum dia menjawabnya.

"Mr.Adam, Mrs Ian is on the line.." Kata setiausahanya, Cathrine.

"Alright, thanks Cath..." Ucap Adam sebelum panggilannya disambungkan dengan talian mamanya.

"Assalamu'alaikum...hi susahnya orang di London nak jawab call! Why your phone cannot be reached?"

"Wa'alaikumusalam..ye ke?" Adam mengeluarkan handphone miliknya dari saku seluar dan mengurut dahinya.

"Oh gosh, I forgot to charge the phone. So sorry...mama sihat? The rest?"

"Good..we're doing pretty well here. When are you coming back? Take leave and come here Am.."

"Banyak kerja mama...mama dengan daddy datang sinilah bawa yang lain."

"Habis kerja daddy di sini? Adik-adik sekolah takkan nak ponteng..Am baliklah mama rindu.."

"Insya Allah..but not promise okay. Look mama I got to go now...today's a hectic day for me. Wish me luck!"

"Always my dear..okay you take care ingat! Ambil cuti balik sini sekejap pun jadilah."

Adam menghela nafas dan menjawab dengan acuh tak acuh "Okay, okay...bye!"

       Tiba-tiba wajah Dian bermain di fikirannya, jikalau dia pulang...kali ini tidak akan dia lepaskan gadis itu dan dia serius. Sudah cukup perasaan rindu dan cinta yang dipendam selama ini, cukup meyesakkan dada.


                                        **********************************************

          Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh pagi dan kelibat mamanya dan umi Noah masih tidak muncul-muncul lagi katanya keluar ke pasar untuk membeli barang-barang basah buat stok. Risau Dian fikirkan bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.

"Cuba kau call mama kau Dian." Cadang Fath.

Tanpa berlengah Dian pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor mamanya. Kenapalah dia tak terfikir untuk telefon sejak tadi.

"Ha..mama kat mana ni lamanya pergi pasar ke buat pasar? Kita nak balik pukul berapa nanti ni?"

"Mama ada dekat nurseri ni dengan umi Noah tengok pokok bunga. Kejap lagi balik ya sayang..mama ada belikan coconut shake favorite Meena."

"Hmm cepat balik tau! Fath ada sini ni..."

"Okay...sabar ya."

      Setelah selesai berbual dengan mamanya di telefon, lega rasanya wanita itu tidak ada apa-apa dan akan pulang tidak lama lagi.

"Pandai betul Noah teka mama dengan umi pergi tengok bunga. Aduhai...lamalah lagi nak boleh balik ni." Dian berkeluh.

"Nak kejarkan apa beb, kau kan cuti..mama kau lusa baru masuk kerja. Chill la..."

"Yelah...senanglah kau cakap. Aku bukan apa..ini rumah orang tahu? Rasa janggal lama-lama di rumah orang..."

Fath tersenyum mengejek kepada Dian. Terasa lucu pulak mendengar kata-kata seperti itu dari mulut Dian.
Hati kata sayang dan cinta tapi malu nak luahkan.

                                          *****************************************

       Setelah bersiap untuk hantar Dian dan mamanya pulang ke rumah mereka di Pahang, Dian dan mamanya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Puan Nasha Emily kerana dengan lapang dada menerima kehadiran mereka di rumahnya ini untuk bermalam semalaman.

"Nanti ada masa lapang datang je rumah umi okay Dian? Pintu rumah ini sentiasa luas terbuka untuk Dian dan mama." Bicara Puan Nasha Emily lalu memeluk gadis tersebut dalam dakapannya.

"Insya Allah umi, mesti Dian dengan mama datang lagi. Kan mama?" Balas Dian memandang mamanya.

Puan Maria tersenyum manis sebagai bersetuju dengan kata-kata anak gadisnya itu.

"Lepas ini insya Allah datang sebagai menantu umi ya.. he he he." Sambung Puan Nasha pulak.

Dian telan liur cuba menghadam maksud kata-kata ibu kepadalelaki yang bernama Noah itu.

"Okay kami balik dulu ya kak, senang nanti datanglah Temerloh."

"Mesti datang insya Allah..." Kata umi Noah dengan penuh senyuman bermakna.

"Baik-baik bawa kereta Noah, sampai bagitahu umi. Jaga kelakuan di rumah orang ya." Pesan umi Noah.

"Insya Allah umi." Jawab Noah menghadiahkan senyuman paling manis buat ratu hatinya sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Puan Nasha melambai kepada Dian dan mamanya sehinggalah kereta yang dipandu Noah hilang dari pandangannya. Dalam hatinya tidak sabar untuk meneruskan rancangan yang dia dan suaminya atur untuk satukan Dian dengan anak terunanya secepat mungkin. Bimbang dikebas orang anak dara Puan Maria itu.

                                    **********************************************

        Tengku Citra duduk di gazebo di laman rumahnya untuk mengambil angin petang yang sayup-sayup memukul kulit wajahnya. Baginya waktu cuti di hujung minggu seperti inilah merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan untuk berehat sehabis mungkin bagi merehatkan badan dan minda yang penat dek kerana kesibukan yang maha dahsyat di pejabat.

        Hatinya cuba menafikan bahawa dia tidak berasa kesunyian walaupun tinggal bersendirian di rumahnya kerana semuanya terletak pada individu itu sendiri yang memilih untuk mencipta kebahagian mereka tersendiri. Terkadang dia kalah dengan perasaan yang cuba untuk menafikan itu. Perlahan-lahan mindanya menerawang jauh terkenang kisah lalu yang penuh dengan warna kehidupan yang sementara.

"Sayang, tengok tu! Ada burung terkukur atas pokok tu.."

"Mana? Tak nampak pun..."

"Itu...ada tiga ekor! Satu keluarga kot, mak, ayah dan anak dia orang."

"Aah la...comelnya! So sweet."

    Syed Emir lantas merangkul pinggang Tengku Citra sambil memerhatikan burung terkukur sekeluarga itu yang rancak berkukur. Entah apa yang dibicarakan pun mereka tidak pasti. Tengku Citra pulak terasa sungguh damai berada dalam dakapan sang suami yang dicintainya.

"Kata orang dulu-dulu kalau burung terkukur singgah di rumah atau buat sarang kat rumah, maknanya rezeki rumah orang tu murah tahu sayang? Hmm...semoga ada benarnya akan kata-kata tu."

Tengku Citra tersenyum sebelum menjawab "Ye ke? Ish jangan percaya sangat..entah-entah mitos semata-mata. Yang patut diletakkan percaya akan pemberian rezeki itu tu..Dia yang Maha Pemberi Rezeki tahu?"

"Ya..abang tahu cuma sekadar berkongsi dengan sayang. Manalah tahu burung terkukur tu datang membawa khabar gembira yang tak lama lagi abang akan menjadi papa kan?"

Tengku Citra pantas menoleh berpaling kearah suaminya memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.

"Kenapa? Sayang tak suka? Atau sayang belum bersedia untuk jadi mama?" Tebak Syed Emir.

"Siapa kata? Kalau boleh sekarang juga sayang ingin menjadi seorang mama kepada anak-anak abang. Cuma.."

"Shh...mungkin belum rezeki kita untuk mendapat zuriat. Insya Allah suatu hari nanti okay?"

 Mendengarkan kata-kata yang mendamaikan kalbu itu terus Tengku Citra memeluk erat suaminya itu berharap mereka bakal dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka kelak yang telah terbina sejak setahun lalu.

       Panggilan suara Mak Mah, pembantu rumahnya mematikan lamunan Tengku Citra serta merta dan terus masuk ke dalam rumahnya.

"Ibu telefon Citra.." Telefon rumah dihulur Mak Mah kepadanya.

Tanpa berlengah Tengku Citra menyambut huluran tersebut dan bercakap dengan ibunya.

"Ya ibu ada apa?" Soalnya.

"Citra kenapa tak balik sini cuti? Biasa anak ibu seorang ini balik setiap kali cuti. Citra sihat ke?"

"Err...Citra cuma penat nak rehat kat rumah ibu. Sihat, Citra sihat..maaf sebab tak balik weekend ni."

"Hmm ingat Citra sakit ke apa. Lain kali bagitahulah kalau tak balik boleh ibu pergi sana kan senang. Ibu bukan apa cuma rindukan Citra..." Luah Datin Maherah padanya.

"Nanti free Citra balik okay ibu? Kirim salam pada ayah.."

"Citra okay tak ni?"

"Ya ya Citra okay je ibu jangan risau. I'm a big girl ibu.."

"Hmm okaylah kalau begitu, ingat jangan diikutkan sangat hati tu... Yang lepas tu biarlah lepas. now focus on the future okay sayang ibu ni?"

Tengku Citra faham sangat akan maksud ibunya itu kerana wanita itu bimbangkannya terlalu fikirkan tentang kisah lalunya itu.

"Ya Citra faham..tapi untuk melupakan bukan senang ibu. Apalagi ia mengenai orang yang paling kita cintai yang sanggup menghancurkan hati dan perasaan ini." Jujur Tengku Citra pada ibunya.

"Ibu faham sayang, tapi jangan diikutkan sangat ya? Move on and get a better life."

"Thanks ibu, okay talk later..Citra nak solat asar ni. Assalamu'alaikum..."

       Bagaimana harus dilupakan tentang semua kisah cinta antara kita yang telah lama terbina sejak dulu sedangkan hati ini sungguh payah untuk melupakan diri kau Syed Emir Idrus. Biar punah hati ini kau robek namun masih terselit rasa cinta buat diri kau yang aku rindukan. Hati kecil Tengku Citra berkata sayu.


                                           *************************************
 
        Dua jam perjalanan pulang ke rumah mamanya akhirnya berlalu sudah dan kini mereka bertiga telah pun selamat sampai di rumah Puan Maria. Noah membantu Dian dan Puan Maria mengangkat bagasi dan beberapa beg lain dari bonet keretanya.

"Rindunya rumah ni dah lama rasanya tak balik...." Tutur Noah pada Dian di luar rumah mama gadis itu.

"Haih macam dah buat rumah sendiri nampak?" Perli Dian.

"Eh mesti...rumah bakal mak mertua lebih kurang sama dengan rumah sendiri tak gitu mama eh mak cik?"

Puan Maria hanya tergelak kecil mendengarkan reaksi Noah pada Dian.

Dian hanya ketap bibir malas mahu melayan perangai 'gila' Noah yang makin menjadi sejak dia pulang ke sini.

"Noah nak balik KL bila?" Soal Dian.

"Aik? Macam tak suka je kita kat sini."

"Bukan macam tu maksud Dian..kan Isnin Noah kerja. Mesti kena balik selewat-lewatnya hari Ahad esok."

"Boleh minta cuti.."

"Banyak hodoh nak minta cuti. Baru kerja dah nak cuti banyak cekadak!"

"Daddy mesti bagi punya sebab balik rumah bakal mak mertua kan.." Noah mengenyit nakal kepada Dian.

Dian terkesima tak sangka anak teruna Dato' Razuan Wong ini semakin nakal dan miang sejak dua menjak ini. Tersalah makan ke lelaki ini? Ke salah makan ubat? Bentak Dian sendirian.

                                                   *********************************

         
        "Citra nak makan apa-apa? Tak nak makan nasi? Mak Mah tak mahulah masak tapi Citra tak makan sayang membazir. Hari ini Citra makan roti bakar je masa sarapan tadi." Tegur Mak Mah pada Citra disaat melihat majikannya itu turun dari tingkat atas.

"Tak apalah Mak Mah, Mak Mah masak untuk Mak Mah makan je dulu. Kalau saya nak apa-apa saya beritahu okay?" Jawab Citra.

"Baiklah..jangan dibiarkan perut kosong nanti masuk angin ha Mak Mah juga yang susah nanti."

Tengku Citra hanya tersenyum sebelum berlalu pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Matanya tiba-tiba menangkap pandang akan sebuah potret gambar yang tergantung di dinding ruang tamu tersebut.

"Mak Mah...nanti ambil simpan potret gambar ni dan yang atas meja tu ya? Jangan tinggalkan satu pun okay?" Arah Tengku Citra pada pembantu rumah tersebut.

Mak Mah yang mendengarkan kata-kata majikannya itu menghampiri Tengku Citra dengan pandangan tercengang.

"Nak disimpan ke Citra? Nanti kosong pulak dinding dengan meja tu nanti."

"Tak apa..nanti saya nak letak gambar saya dan keluarga di sini. Jangan lupa ya Mak Mah."

"Baiklah. Mak Mah faham..."

  Mata Tengku Citra sedikit sayu melihat gambar-gambar yang dirakam di suatu ketika dulu disaat cinta sedang bersemi indah di antaranya dan Syed Emir. Tapi sayang, semuanya lenyap dalam sekelip mata sahaja sekali gus meremukkan hatinya sehingga sekarang.


No comments:

Post a Comment

nuffnang