Hi! Apa khabar
Mr.Clown? Kerja hari ni? –Jasmin
Assalamu’alaikum hai,
sihat…kerja hari ni. Ada apa-apa boleh saya bantu?” – Imran
W’salam..Awak ada di
mana sekarang? Sorry kalau mengganggu…- Jasmin
Tak apa, ada di
General Hospital KL.- Imran
Eh siapa masuk wad?
–Jasmin
Kerjalah tak ada
siapa masuk wad haha : ) – Imran
Di wad melur ya?
Tunggu situ jangan pergi mana-mana tau! – Jasmin
Jasmin tiba di Wad Melur lalu
mencari Imran yang sibuk melayan dan menghiburkan pesakit wad yang terdiri
daripada kanak-kanak berusia dalam lingkungan dua hingga dua belas tahun.
Setelah selesai tugasannya, mereka ke kafe hospital untuk menikmati makan tengah
hari bersama-sama.
“Kenapa
sampai ke sini awak jumpa saya?” Imran bertanya pelik kepada Jasmin yang sedang
enak menikmati nasi ayam.“Uh? Kenapa tak boleh ke?” Selamba Jasmin bertanya
kembali. Soalan dibalas dengan soalan.“Yelah,
awak sampai sanggup redah jam semata-mata nak datang ke sini untuk jumpa saya
kenapa?” Jasmin ligat berfikir mencari jawapan yang muhasabah untuk diberi
kepada lelaki di hadapannya itu.“Err…saya..ah saya sebenarnya rindu nak tengok
budak-budak kat wad tu ya…” Ucap Jasmin teragak-agak semoga Imran dapat
menerima jawapan hentam kromonya itu.
Imran
tertunduk senyum lalu menyedut teh ais sehingga habis. “Ada satu patient tu, baru usia tujuh tahun...tapi
dah jadi yatim piatu.” Imran menceritakan tentang salah seorang pesakit kanak-kanak
yang ditemuinya yang kematian ibu bapa akibat kemalangan ngeri semasa percutian
sekeluarga yang bertukar tragedi. Jasmin hanya mampu bersimpati dengan nasib
anak kecil itu namun siapa kita untuk melawan takdir, getus hatinya.
“Kesian
budak tu…habis tu siapa yang akan jaga dia lepas ni?” Jasmin bertanya pada
Imran tepat memandang ke dalam sepasang mata redup lelaki itu. Imran mengangkat
sedikit bahunya tanda tak pasti. “ Saya tak pasti, tapi pihak hospital akan
uruskan untuk hubungi waris supaya menjaga dia. Kalau tak, mungkin dihantar ke
jabatan kebajikan masyarakat.”Tak
dapat Jasmin bayangkan jikalau dia berada di tempat budak tersebut, pasti akan
kelam dan suram hari yang bakal mendatang tanpa ibu bapa di sisi. Tapi, dia
sendiri tak pernah merasa bagaimana kasih seorang bapa. Rasa yang didamba
selama ini, dipendam di dalam hati seorang diri. Puan Jazwinlah yang hanya dia
kenali sebagai ayah dan ibu yang menyayanginya dan Kak Julia selama ini. “So,
lepas ni awak ke mana?” Soal Jasmin mengubah topik perbualan mereka.
Credit |
Imran
sendiri tiada alasan yang kukuh mengapa dia mengikuti wanita ini ke tempat
bekerjanya. Kalau tempoh hari dia datang untuk mengambil upah bayaran menjadi
model tangkap muat tetapi kali ini dia tidak tahu. Bagaikan terkena panahan dek
daya tarikan mempersona oleh gadis yang mahir tentang fesyen.“Ini
studio penggambaran kita, kalau ada photoshoot kita akan buat di sini.” Jelas
Jasmin kepadanya yang menunjukkan sekitar bahagian dalam pejabatnya. Bangunan
dua tingkat ini mempunyai kawasan yang luas dan begitu selesa untuk bekerja.
Tanpa Imran sedari, Jasmin menarik tangannya ke bahagian latar belakang tempat shooting yang berwarna putih lalu
mengambil kamera DSLR yang terletak di atas meja milik salah seorang
jurugambarnya bersedia untuk mengambil gambar Imran.
“Eh
Jas janganlah, please…no.” Imran
salah tingkah apabila flash kamera
tersebut terpancar mengenai mukannya sementara Jasmin sedang asyik mengambil
foto lelaki itu.“Come
on be sporting! Nak tengok?” Pantas Imran mendekati wanita yang anggun dengan jumpsuit kuning rekaan dari Mimpi Kita
untuk melihat gambarnya di laptop.“See…awak ada style seorang model! Cuma, kena grooming
and touch up sikit that’s it !”
Teruja Jasmin untuk menggayakan lelaki ini. Seketika itu, Johan iaitu
jurugambar Jasmin muncul selesai rehat makan tengah hari. “Joe, boleh tolong
ambilkan gambar kita orang berdua tak?” Pinta Jasmin kepada pekerjanya itu
sementara Imran hanya diam di situ malu menyelubungi diri. Jasmin lantas
menariknya ke set mengambil gambar dan mengajarkan serba sedikit gaya untuk posing kepada Imran. Lama-kelamaan
mereka menjadi semakin serasi dan Johan menggunakan kepakarannya untuk
merakamkan gambar yang terbaik hasil sentuhannya menggunakan kamera DSLR
tersebut.
“
Wow, I love this! And this too…perfect.
Erm, Joe boleh tak kalau you bagi I copy semua gambar ni ya?” Imran
memandang Jasmin sekilas sebelum berkata “Kenapa awak nak buat apa dengan
gambar saya ni?” Jasmin hanya tersenyum manis melihat wajah risau lelaki itu
mungkin bimbang takut diapa-apakan dengan gambar-gambarnya itu lalu dia
mengecilkan matanya dan mendekatkan muka hampir dengan muka lelaki itu.
“Saya…nak bomohkan awak.” Imran sempat teguk liur kelihatan takut tetapi cuba
mengawal dirinya untuk tampak tenang. Jasmin tergelak melihatkan wajah panik
yang cuba disorokkan oleh Imran ternyata lelaki ini sungguh polos orangnya.
“Saya gurau je okay? Taklah, saya nak simpan for special ocassion boleh kan?” Imran yang masih tidak jelas
dengan niat sebenar wanita itu mahu menyimpan gambar-gambar tersebut akhirnya
akur sahaja kerana lidahnya kelu dari membantah untuk Jasmin tidak
menyimpannya.Ketukan
di pintu oleh seseorang membuatkan mereka berpaling dan sungguh tidak Imran
duga akan bertemu dengan Irwan Edrus, Ketua Pemasaran Entigo di situ.“Sorry
for interrupt. But I am here for the meeting with you Miss Jasmin Clarisa as
scheduled?” Tutur Irwan selamba sempat mengerling Imran yang berada di sisi
Jasmin.Imran pula menjadi tidak selesa dengan
kehadiran Ketua Pemasaran Entigo itu lalu cepat-cepat meminta diri untuk pergi
dari situ. Suasana terasa tegang seketika apabila matanya bersabung mata dengan
lelaki segak bersut serba hitam itu.
Credit |
Gambar
di laptop ditatapnya berulang kali setelah Johan membuat salinan untuk
disimpannya sebagai simpanan peribadi. Puan Jazwin yang memegang dua gelas Vico
menyengetkan badannya untuk melihat gambar tersebut. “Siapa tu? Cute.” Komen
Puan Jazwin lalu mengambil duduk di sebelah anaknya itu. “Cute? Mama…ini bukan
cute ini handsome, ganteng or drop dead gorgeous!” Jasmin membetulkan ibunya.
“Yelah labu…handsome tapi anak teruna siapa tu yang Jas ambil jadi model?”“Namanya
Imran, dia bukan model Jas tapi kerja dia jadi badut.” Terang Jasmin tanpa
selindung pada mamanya. “Apa ke jauh bebenor model dengan badut ni? Sejak bila
Jas buka pusat circus pulak?” Puan
Jazwin kelihatan keliru namun cuba melawak pulak. “Ish mama ni, merepek! Jas
kenal dia masa Jenna masuk hospital hari tu masa tu dia datang di wad jadi clown.” Jelas Jasmin akan bagaimana
perkenalannya dengan Imran.
“Oh...eh bukan ke budak cute ni yang tolong jadi
model hari tu?” Puan Jazwin cuba mengingati kembali apa yang diceritakan oleh
Julia, anaknya yang sulung ketika datang melawatnya sebulan yang lepas.
“Exactly, you are super duper brilliant!” Jasmin menjadi teruja dengan daya
ingatan mamanya yang kuat. “Mana…tengok sekali lagi muka budak cute ni?”Puan
Jazwin mendekatkan matanya dengan skrin komputer riba di atas meja lalu Jasmin
memukul lembut paha ibunya “Ish, apanya cute mama ni…handsomelah! Cute dengan handsome there’s major different okay?” Puan Jazwin lantas mencebikkan
mulutnya .
“Sama apa? Sedap mata memandang muka dia ni ish tak jemu pulak ops!”
Sengaja Puan Jazwin mengusik anak bongsunya itu. “Cute tu hah macam anak bulus
mama si Demok, Buntat…itu cute, comel. Handsome… macam dia ni ada faham ka
mamaku sayang?”Puan
Jazwin tak menjawab lalu meneguk segelas Vico sebelum kembali bersuara. “Takkan
dia kerja jadi badut? Muka ada rupa..ish biar betul Jas ni.” Jasmin mengeluh
lalu turut meneguk Vico yang dibancuh oleh ibunya itu. “Itulah…dia ni macam
misteri nusantara sikit. Haih, kalaulah Jas berjaya pujuk dia jadi model untuk
Jas Fashion House…”
“Sayang muka bukan main kacak dan ganteng
boleh dibuat jadi menantu tapi kerjanya
jadi badut ya?” Puan Jazwin bertutur dalam loghat jawa seperti dalam Sinetron
lantas membuat Jasmin ketawa. “Tapi kan, Jas masih tak faham apa kaitan dia
dengan Encik Irwan Edrus, Chief Marketing
Entigo?” Otaknya ligat berfikir akan apakah hubungan di antara dua lelaki
ini.
Credit |
Akibat
terlupa telefon bimbit di dalam kereta, terdapat dua puluh tiga panggilan tidak
berjawab dari pemanggil yang sama, Imani. Imran segera menghubungi kembali
satu-satunya adik perempuannya itu bimbang jika ada sesuatu yang berlaku namun
tidak dijawab malah masuk ke peti simpanan suara. Tidak lama kemudian nama
Imani tertera di skrin lalu pantas dia menjawab panggilan tersebut. “Abang Im…Idris
abang Im…” Suara Imani kedengaran tenggelam timbul oleh sebab menangis
tersedu-sedan.“Imani?
Okay…bawa bertenang. Kenapa dengan Idris?” Terus fikirannya teringat akan
Idris, adik bongsunya yang baru berusia sepuluh tahun yang lama tidak ketemui.
“Idris
accident! Abang Im datanglah sini
please…” Pujuk Imani agar Imran segera ke hospital demi adik mereka yang sedang
berada di Unit Kecemasan. Imran tanpa berfikir panjang terus bergegas ke
hospital dan mengambil cuti separuh hari pada hari tersebut. Dalam hati dia berdoa
semoga Idris selamat dan tidak teruk cedera yang dialami. Walau dalam keadaan
panik sedemikian, dia masih sempat teringat akan detik-detik berharga bersama
Idris yang cilik lagi menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya ketika dia
masih tinggal di rumah kedua ibu bapanya itu. Setelah meredah kesesakan ibu
kota, akhirnya sampai juga dia di Prince Court Medical Center di mana Idris
ditempatkan. Kali ini, terpaksa dia tepis egonya dan membuang segala rasa
apabila bertembung dengan Datuk Iedlan dan seluruh ahli keluarga terutama insan
bernama Irwan Edrus demi Idris.
Jasmin
yang berada di sisi Irwan memandang ke arah Imran yang baru tiba di hospital
tersebut. Dia sedang bersama Irwan ketika dalam perjalanan menuju ke satu
pertandingan pertunjukan fesyen untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut
apabila Irwan tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan lalu mereka terus ke sini
dan kini Imran juga berada di sini?Imani
yang melihat kehadiran Imran di situ lantas segera memeluk lelaki tersebut
menangis kesedihan dengan apa yang terjadi ke atas Idris. Datin Maimon
kelihatan berkaca matanya lalu menghampiri Imran sebelum memeluk erat lelaki
tersebut. Imran menyalami tangan wanita berusia separuh abad itu dengan penuh
hormat. Jasmin semakin tertanya-tanya apakah sebenarnya kaitan Imran dengan
mereka semua ini. Apabila dia bertanya kepada Irwan, lelaki itu hanya menjawab
supaya dia bertanya sendiri kepada Imran.
“Idris
macam mana ibu? Imani?” Imran bertanya penuh risau akan adik bongsunya itu.
“Idris…doktor kata ada pendarahan di otak….” Datin Maimon tak sanggup
menyambung kata-kata dan menangis sementara Imran memandang Imani meminta
penjelasan lanjut. “Doktor tengah berusaha yang terbaik untuk selamatkan Idris.
Dia sekarang dalam Operation Theater.”
Imani yang sudah reda dari tangis menyambung memaklumkan kepada Imran. Setelah
itu, mereka hanya mampu berdoa untuk Idris agar selamat menempuh saat kritikal
dan kembali sedar dan barulah Imran perasan akan Jasmin yang berdiri tidak jauh
dari situ di sebelah Irwan Edrus.
“Hai,
awak tak apa-apa?” Tegur Jasmin padanya yang sedang berdiri di kawasan menunggu
dewan bedah sambil menghulurkan secawan kopi.“Thanks. Awak buat apa kat sini?” Soal Imran
pulak tepat memandang wanita berusia dua puluh sembilan tahun itu. “Saya…on the
way ke Lim Kok Wing University dengan Irwan semasa dapat phone call pasal adik dia…” “Adik saya juga.” Pantas Imran
mencelah. Adik dia juga? Maksudnya Imran dengan Irwan adik-beradik? Jasmin
bermain di otaknya sementara menunggu kalau-kalau lelaki itu ingin berkata
lebih lanjut. “So, awak anak Datuk Iedlan?” Teka Jasmin inginkan kepastian
daripada Imran. Imran hanya tertunduk memandang lantai tidak berkata walau
sepatah, hati dan fikirannya kusut memikirkan Idris yang sedang bertarung nyawa
di dalam bilik bedah.
Credit |
Jasmin keluar dari biliknya dan
mendekati meja Elie, setiausahanya. “Elie, please cancel all appointments for
this evening ya?” Ujar Jasmin sebelum melangkah turun dari aras dua bangunan
pejabatnya itu. “Okay..tapi Cik Jasmin nak pergi mana?” Elie bertanya spontan
kepada majikannya itu. “Hospital.” Sepatah sahaja wanita muda itu menjawab
kerana tergesa-gesa untuk pergi dari situ. Elie hanya mampu mengangkat bahu
sebelum kembali dengan tugasannya. Padlie yang memerhati lantas segera
mendekati rakan sekerjanya untuk bergosip. “Psst! Apa cer bos kita tu? Kalut
nak ke hospital aku dengar? Siapa sakit?”“Anak
jiran sebelah punya anak punya apa penyibuklah kau ni Padlie! Aku ni yang tak
sempat nak tanya kau pulak datang menyibuk aje kerja dia ni, manalah aku tahu!”
Elie mengomel. “Tak adalah, kot kau tahu… ni laporan kewangan bulan ni nanti
bagi kat Cik Jasmin kau untuk disemak.” Padlie menyerahkan sebuah fail berisi
laporan kewangan bulanan tersebut kepada Elie.
“Elie…” Padlie masih tidak
berganjak dari meja Elie. “Apa benda ish pak cik nilah, aku nak menaip pun tak
senang.” Rungut Elie pura-pura serabut.“Elie,
sudi tak kalau…kalau aku ajak kau keluar minum petang lepas kerja nanti?”
Padlie buat-buat malu berharap gadis tersebut terima pelawaannya.
Elie
bagaikan tersalah dengar kata-kata itu keluar dari lelaki bernama Padlie yang
sepanjang hampir lima tahun dia bekerja di sini usahkan minum petang, makan
bersama berdua-duaan dengan mamat berambut alfro ini tak pernah dipelawanya.
“Kau demam kepialu ke hari ni? Tiba-tiba ajak minum petang?” Elie membetulkan
cermin mata berbingkai hitam dan besar terletak di atas hidungnya. “Kalau demam
kepialu tak adalah aku datang kerja hari ni hihi…sudi ke tak?
Sudilah…sudilah….sudilah…” Padlie tersenyum lebar ke arah Elie
Jasmin duduk di sebelah Imran yang sedang
termenung di taman di hadapan hospital. Hari ini hari ketiga Idris terlantar di
unit rawatan rapi masih tidak sedarkan diri. Ralit Imran memandang kanak-kanak
yang bermain di taman permainan yang tersedia. “Awak nah saya belikan ini untuk
awak. Datin Maimon kata awak tak makan apa-apa tengah hari tadi.” Jasmin
menghulurkan sebuah bekas makanan berisi nasi briyani ayam yang dibelinya dalam
perjalanan ke pusat perubatan tersebut. “Atau nak saya suap?” Tambah Jasmin
cuba menghiburkan hati. Imran lantas menyambut huluran tersebut dan menjamah
hidangan itu dan makan dengan penuh selera dan Jasmin bagaikan terpaku
memandang seraut wajah yang penuh dengan rasa yang tidak dapat diluahkan isi
hatinya.
“Ingat tak masa kita jumpa dekat NU Sentral
hari tu, di McDonald’s restaurant?” Imran sekadar memandang dan menunggu
kata-katanya yang seterusnya. “Yang awak bagi kek dan belon pada Adi Sufian?
Dia lahir kat sinilah. Saya ingat lagi masa kawan baik saya nak bersalin, saya
sanggup patah balik rumah untuk ambil selimut yang saya jahit sendiri untuk
Adi. Nasiblah masa tu pagi jalan tak jam lagi. Berpeluh lengit ketiak saya
berlari semata-mata pasal selimut. Dekat sini jugalah saya entah macam mana
boleh berlanggar dengan satu badut ni, sengal sungguh rasa nak hempuk-hempuk
kepala badut tu tapi bila saya tahu badut tu seorang yang baik, kacak pulak
tu…terus tak jadi marah saya pada dia.” Imran sekali lagi tertunduk setia
mendengarkan pemilik Jas Fashion House berceloteh. “Awak kena banyakkan
bersabar, berdoa ya? Insya Allah semuanya akan baik-baik saja…”
Credit |
Abdullah sedang memasak untuk makan malam
sementara Imran baru pulang ke rumah setelah menjaga Idris di hospital. Hatinya
sedikit lega apabila terdapat perkembangan yang memberangsangkan ke atas
adiknya itu. “Haih lambatnya balik hari ini? Jom kita makan…” Ajak Abdullah
yang sedang menghidangkan masakannya di atas meja.“Aku
pergi hospital, alhamdulillah Idris dah sedar dan doktor transfer ke wad biasa hari ini.” Balas Imran lalu mengambil duduk
di meja makan. “Iye? Syukur alhamdulillah…lega aku dengar. Dah tu kau pergi
hospital tak jumpa dengan ayah dan mak kau ke Im?” Abdullah terus panasaran
untuk bertanya kepada sahabatnya itu.
“Jumpa…si Irwan tu pun ada sekali tu pun
tak sampai sepuluh minit hilang entah ghaib ke mana.” Mendengarkan itu,
Abdullah membuat muka cebik tak gemar apabila nama Irwan disebut. “Ala, datang
sekadar tunjuk muka..tunjuk simpati…aku tak boleh lupa macam mana si keparat
talam dua muka cakap yang dia takkan bagi kau dapat apa yang sepatutnya kau
dapat huh! Dia tak sedar yang selama ni, kalau mak ayah kau tak ambil kutip
bela tak adalah nak hidup macam sekarang ni.” Abdullah menahan amarah akan
Irwan yang tamak dengan apa yang bukan haknya. Imran hanya memandang tanpa
perasaan melihat sahabatnya itu yang tiba-tiba terlebih emosional. “Yang kau ni
lebih-lebih pulak emo apasal?”
“Yelah,
kau boleh releks je bila si keparat tu tamak nak semua harta bapak kau? You must fight! Fight what is right for you..bukannya biarkan dia bolot semua!
Kau anak kandung mak ayah kau Im, kau lebih berhak..sebab tu ayah kau nak kau
ambil alih tempat dia takkan kau tak faham? Ish, kalau aku…lawan tetap lawan!”
Begitu bersemangat Abdullah malam ini.Lagipun,
dia sendiri tak sampai hati melihat kawan sendiri kena tikam dengan si licik
seperti Irwan yang tamak haloba mengalahkan serigala laparkan si mangsa. Apa
yang sepatutnya menjadi milik Imran perlu dipertahankan dan dia perlu berjuang
hingga habis-habisan.
“Aku…biarlah harta tak boleh bawa sampai ke mati Lah.
Buat apa ada harta banyak tapi hidup tak tenang?” Imran berkata tenang lalu
mengunyah suapan nasinya. “Aku betul-betul tak faham dengan kau bab ni, memang
harta tak boleh dibawa mati isunya sekarang hak kau, hak kau! Takkan kau nak
biarkan dia kuasai semuanya yang sepatut menjadi milik kau? Kalau betul kau anggap
aku macam adik-beradik kau lain ayah lain mak, tolonglah kali ni je Im…kau
dengar nasihat aku ni. “ Berusaha sungguh Abdullah memujuk Imran supaya kembali
ke rumah keluarganya sementara dia hanya diam membisu tanpa bicara.
Malam itu entah kenapa mata susah
untuk lelap walaupun jam hampir menginjak pukul satu pagi. Pelbagai perkara
yang berkecamuk di benaknya memikirkan apa yang Abdullah katakan tadi. Ada
betulnya juga kalau dia mendengar buah bicara sahabatnya itu tetapi, mampukah
dia untuk mendepani segala halangan yang bakal ditempuh nanti seperti yang
dijangkakan? Namun, sampai bilakah harus begini keadaannya jikalau tidak
pertahankan apa yang sepatutnya menjadi haknya? Akhirnya, dengan kepala kusut
dengan segala permasalahan dia terlelap sehingga ke subuh.
Credit |
Datuk
Iedlan sedang khusyuk membaca The Star sambil menikmati sarapan pagi sebelum ke
pejabat. Isterinya, Datin Maimon setia menemani seperti biasa menyediakan
segala keperluan suaminya itu. “Abang, apa kata kalau abang pujuk lagi Imran
untuk kerja di pejabat?” Datuk Iedlan lantas berhenti menghirup teh dari cawan
sebelum merenung ke dalam mata isterinya. “Hmm..dah berbuih mulut saya pujuk
tapi, dia berdegil keras hati keras kepala nak ikut hati dia saja. Saya ni,
besar harapan nak dia ambil alih tempat di company
kita tu. Awak pun tahu, punya susah payah dari bawah saya bangunkan Entigo dan
mempertahankannya sehingga hari ini. Kalau bukan dia siapa lagi, apa gunanya
hantar sampai London belajar MBA jika dia tak sambung apa yang telah saya
usahakan selama ni?” Lelaki berusia lebih separuh abad tersebut mengeluh
memikirkan hal tersebut.
“Andai
kata kalau saya berjaya pujuk anak kita tu balik dan kerja di Entigo, abang
boleh janjikan satu perkara?” Berhati-hati Datin Maimon menuturkan
kata-kata bimbang tersalah kata.
Suaminya
memandang, “Apa dia?” Datin Maimon tersenyum dan menyambung kata-katanya,
“Jangan paksa Imran buat apa yang dia tak suka? Cukuplah abang hantar dia sejak
umur lapan belas tahun ke England sana demi memenuhi cita-cita abang yang tak
kesampaian dulu. Sudahlah pulak suruh dia ambil bidang yang dia terpaksa
sebabnya semua atas kehendak abang. Abang… saya tak pernah minta banyak selama
ni tapi kali ini, tiba masanya kita biarkan tentukan pilihannya sendiri
ya? Takkan kita tak nak dia gembira
dengan pilihan dirinya sendiri?”
“Okay,
saya harap awak berjaya convince sebab
amatlah besar harapan saya bahawa dia dapat kembangkan business kita ke persada
dunia. Bukan bermakna saya tak percayakan Irwan, cuma saya inginkan sangat
Imran yang menjadi peneraju Entigo dan diperteguh dengan kemahiran Irwan yang
hebat dalam pemasaran. Saya ni, bukan makin tua…sebelum berehat teringin Imran
yang pegang jawatan saya.
Di
sebalik dinding yang menghalangi antara ruang tamu dan dapur Irwan mendengar
dengan teliti setiap perbualan Datuk Iedlan dan Datin Maimon. Dia sedar bahawa
mustahil dia akan menggantikan tempat Datuk Iedlan di Entigo kerana objektifnya
pasti akan disimpan buat anak sulung kesayangannya, Imran Firdaus. Maknanya
selama ini, sia-sialah segala kerja kerasnya demi turut membangunkan Entigo.
Irwan akhirnya tidak jadi untuk bersarapan bersama mereka lalu terus keluar
untuk ke pejabat terasa seleranya tiba-tiba mati.“Irwan!
Tak breakfast dulu?” Panggil Datin Maimon sebaik melihat anak teruna itu meluru
keluar tanpa sebarang kata.
Credit |
Jasmin
meneliti dokumen proposal perancangan daripada beberapa pereka fesyen dari
Indonesia dan Singapura yang ingin menyertai Jas Fashion House. Kini, hasratnya
untuk mengembangkan perniagaannya ke pelusok dua negara jiran itu setelah
semakin kukuh di bumi tanah air tercinta ini. Jika berjaya, maka dia akan
bertambah sibuk ulang-alik ke negara tersebut bagi memastikan semuanya berjalan
lancar. Dia selalu berpegang dengan prinsip berusaha bersungguh-sungguh umpama
akan hidup seratus tahun lagi dan beramal umpama akan mati esok.
"Tuk
tuk tuk" Bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya kedengaran lantas muncul Sofira dan
Adina bersama datang tanpa memberitahunya terlebih dahulu.“Korang!
Wah….rindunya lama tak jumpa. Kenapa tak bagitahu nak datang?” Jasmin teruja
dengan kehadiran dua sahabat karibnya itu di pejabatnya.“Surprise!
Saja…nak buat spot check mana tahu makan gaji buta ke tak bos kita ni? Jangan
lupa yang kita orang ada five percent
share in this company too.” Ujar Adina turut teruja bertemu dengan Jasmin.
“Amboi…yelah kalau datang inform dulu bolehlah bentang red carpet ke kat depan
pintu masuk baru grand haha!” Sambung Jasmin pula mempersilakan mereka duduk.
“Kita orang baru habis shopping beli barang persiapan Cik Sofira kita ni. Lepas
ni tinggal Cik Jasmin yang masih solo menunggu putera idaman hatinya yang tak
kunjung tiba.” Terang Adina kepada Jasmin.
“Oh…sampai
hati tak ajak I kan macam ni kawan okay fine merajuklah macam ni!” Jasmin
mencebikkan mulut. “Tak nak ganggu Jas kerja tahu kawan I yang cantik ni busy
gila dengan macam-macam fesyen show sana sini. Kalau nak tolonglah sangatkan,
boleh. Tolong bungkuskan door gift
boleh?” Celah Sofira pulak. “Sebenarnya, kita orang ada tugasan khas untuk kau.
Itu pun kalau kau sudi kan Sofi? Okay, tak adalah kau seorang yang buat tapi
kita berdua. It is for our dear Sofira’s bridal shower!” Ujar Adina kepada
Jasmin yang setia mendengar. “Ada upah
tak?” Tanya Jas sengaja mengusik. “Hee upah? Eh mestilah ada…aku nak hadiah
yang paling besar dan mahal dari kau haha.” Pantas Jasmin memukul bahu Sofira
dan bergelak ketawa bersama sahabatnya yang bakal melangsungkan perkahwinan
pada hujung bulan ini.
Semenjak tadi apa-apa masih belum
ditaip di papan kekunci untuk menghasilkan laporan yang harus dilaksanakannya.
Otaknya masih memikirkan akan perbualan pagi tadi antara ibu dan ayah angkatnya
itu. Hatinya berasa kurang senang mendengarkan akan hal tersebut. Apa yang
diimpikan selama ini mungkin tidak akan tercapai dan terkubur begitu sahaja
setelah belasan tahun memerah keringat untuk syarikat ini?“Imran
Firdaus…” Wajah lelaki itu tergambar di mindanya.
Credit |
Imran
kini berada di hadapan sebuah rumah banglo milik kedua ibu bapanya. Dia perlu
yakin dengan keputusannya kali ini dan berusaha sedaya upaya untuk
memperjuangkan haknya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke
dalam berjumpa dengan kedua insan paling dirindui itu hanya tuhan yang tahu.
Kali ini, dia perlu cekal dan berani untuk berdepan dengan segala cabaran yang
bakal ditempuhinya. Pengalaman hidup di negara orang banyak mengajarnya erti
kesabaran dalam menjadi manusia yang lebih baik. Ketika tiada sesiapa tempat
untuk bergantung hanya kepada tuhan yang Maha Pengasih saja dia berharap
sewaktu menjalani kehidupan di kota London sebelas tahun yang lalu.
Seusia
baru menginjak lapan belas tahun, seorang yang baru ingin mengenali dunia dihantar
oleh bapanya jauh beribu batu demi mencapai dan memenuhi harapan seorang ayah
yang inginkan kelulusan dalam bidang perniagaan dari universiti terkemuka di
dunia. Tidak ingin mengecewakan, hatinya berat membawa diri di tempat asing
meneruskan perjuangan biarpun pahit getir dilalui demi harapan insan yang telah
banyak berjasa kepadanya selama ini. Impian dan cita-citanya dalam menjadi
seorang arkitek yang berjaya terpaksa dilupakan apabila harapan yang menggunung
si ayah harus ditunaikan mahu atau tidak. Sehingga menggengam ijazah, disuruh
pula sambung demi memburu segulung MBA untuk memantapkan ilmu perniagaan demi
perusahaan Entigo yang bakal diambil alihnya suatu masa nanti. Itulah jalan
kehidupan pilihan yang telah ditetapkan oleh Datuk Iedlan, insan yang paling
dihormatinya sehingga satu tahap dia menjadi bosan dengan kehidupannya diatur
begitu begini oleh lelaki tersebut.
“Imran!
Mari masuk nak…Ya Allah buat apa tercegat kat depan tu.” Datin Maimon gembira
melihat anak sulungnya itu bersetuju untuk pulang ke rumah. Wanita berusia lima
puluh tiga tahun itu memeluk erat dan tanpa sedar berjurai air matanya menahan
sebak tidak dapat ungkapkan betapa gembiranya dia berjaya memujuk anak
terunanya ini.
“Ibu,
Im minta maaf banyak-banyak dengan ibu.” Tutur Imran dengan lembut kepada Datin
Maimon.
“No,
ibu dan daddy yang perlu minta maaf dengan Im. Dah jom kita masuk ibu masak
lauk favourite Im, ada gulai ketam…terung masak kicap, jom jom.”Imran
akhirnya menuruti ibunya masuk ke dalam mahligai yang paling dia rindui itu.
“Rindu sangat masakan ibu!”
Tali leher berwarna biru tersemat kemas diperbetul sebelum kot hitam berjenama Giordano disarung ke badannya. Rambutnya kemudian dibuat stail pacak digayakan dengan gel rambut kegemarannya, Calvin Klein. Setelah puas hati dengan penampilannya itu barulah Imran turun ke bawah untuk memulakan hari barunya pada hari ini.“Assalamualaikum, morning daddy…ibu.” Sapanya kepada ibu bapa mereka yang sudah berada di meja makan untuk bersarapan.“Wa’alaikumussalam..hmm semangat baru penampilan baru I like.” Mendatar suara Datuk Iedlan menyapa pendengaran Imran.“Hai Abang Im .Wow, you look so drop dead gorgeous! Inilah baru abang Imani.” Imani yang baru turun dari atas turut serta untuk bersarapan sebelum ke kolej.
Drop
dead gorgeous? Macam pernah dia dengar perkataan tu. “Thank you….my beautiful
Imani.” Ucapnya.“Mana
Irwan tak turun lagi? Nanti lambat pula jam.” Datin Maimon mengomel sambil
menyediakan sandwich telur di atas meja.“Ala
ibu, mesti abang Irwan terbabaslah tu semalam pukul berapa dia balik. Imani
tengah study kat bilik sampai pukul
satu baru dia balik.” Spontan Imani mencelah tanpa diminta.
“Dia
pergi mana lewat pagi baru balik? Tak pernah dia balik lewat lepas office hour.” Giliran Datuk Iedlan
bersuara kini.“Dah
cepat makan sayang ibu sekalian, nanti terlewat pulak alright. Ibu nak pergi
kejutkan Irwan kejap.” “Im, daddy hari
ini half day cause daddy nak uruskan Idris discharge
hari ini so nanti I’ll let my P.A to show you around.” Datuk Iedlan sambung
memberitahu kepada anaknya itu.
Credit |
Irwan
berjalan ingin menuju ke bilik pejabat Datuk Iedlan untuk berbincang akan
beberapa perkara dengan bapanya itu namun setiausaha Datuk Iedlan, Fiona pantas
menahan lelaki itu daripada masuk ke dalam bilik tersebut. “Encik Irwan, Datuk
tak ada dalam bilik sekarang. Tapi…” Belum sempat wanita kacukan Cina Sarawak
Irwan segera mencelah“Damn it. Saya nak bincang pasal laporan
pemasaran dengan dia.” Irwan baru teringat akan kata-kata ibunya mengatakan
bahawa Datuk Iedlan akan menguruskan proses keluar hospital Idris pada hari
ini. “Itulah…Datuk ambil half day
hari ini tapi, kalau Encik Irwan ada apa-apa boleh bincang dulu dengan Encik
Imran?”
“What? Imran?” Irwan terbeliak mata
terkejut mendengar nama lelaki tersebut.
“Yes, Encik Imran sudah mula
bertugas di sini. So, Encik Irwan
boleh discuss dulu dengan dia before proceed with Datuk.” Lancar saja
tutur kata Fiona menjelaskan kepada Irwan. “Hmm, ok thanks.” Irwan lalu segera
kembali ke biliknya, berasa kurang senang dengan apa yang baru diketahuinya.
Meja
kerjanya diketuk kuat sekuat hati bagi melepaskan geram. “Damn it! Argh!”
Bunyi
interkom di meja dijawab Fiona mendengarkan suara Imran di hujung talian.
“Fiona, Irwan dah masuk office?” “Err
sudah Encik Imran. Tadi dia nak jumpa datuk untuk bincang pasal laporan pemasaran
tapi datuk dah keluar.” “Okay thanks…” Imran lantas bangun dari kerusi bersedia
untuk keluar bertemu Irwan demi urusan kerja yang diamanahkan kepadanya.
Dipejabat, ketepikan segala hal peribadi dan menjadi profesional demi matlamat
yang satu. Dengan langkah yang berani dia masuk bertemu dengan lelaki bernama
Irwan.
“Ada
apa?” Tanya Irwan bernada tegang. Jelas sekali wajahnya tidak suka akan insan
bernama Imran Firdaus biarpun mereka dibesarkan oleh insan yang sama. Cuma
nasib tidak menyebelahi Irwan kerana takdir telah menyebabkan kedua ibu bapanya
maut dalam nahas kemalangan ketika berusia lima tahun bersama kakanya.
“Datuk
minta aku semak marketing report yang kau buat. So where is it?” Selamba Imran
berlaku profesional. Sempat dia dikerling tajam oleh lelaki yang digelar abang
sulungnya itu.Macam aku takut dengan jeling kau tu, heh
jeling jeling jolok mata tu nanti. Imran berkata di dalam hati menahan perasaan
di hati. Irwan lantas melemparkan sebuah fail ke atas meja tanpa berbudi bahasa
langsung. Imran masih bersabar lalu membuka fail tersebut untuk disemaknya di
hadapan lelaki kurang ajar itu. Sungguh telitu dia membaca laporan berkenaan
pemasaran syarikat tersebut sehingga satu ketika dia memandang Irwan dan
meminta penjelasannya akan beberapa perkara mengenai hal tersebut.
Credit |
No comments:
Post a Comment