Bangunan
pejabat Jas Fashion House dipandang
Imran sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam untuk berjumpa dengan pemilik
perniagaan fesyen yang semakin menempa nama dalam dunia industri fesyen, Jasmin
Clarisa. Wanita itu memintanya untuk datang ke pejabat untuk mengambil bayaran
hasil dia menjadi model untuk pertunjukan fesyen tempoh hari. Sempat matanya
memerhati rekaan dalaman pejabat tersebut yang begitu indah dengan rona merah
dan putih sungguh memberi impak yang membangkitkan untuk bekerja. Meja Elie
didekatinya untuk meminta berjumpa dengan bosnya itu.
“Assalamua’laikum,
saya Imran…Cik Jasmin minta saya datang jumpa dengan dia.” Imran memulakan
bicara. Elie yang mata sedang tertumpu di skrin komputer memandang Imran
sebelum menekan butan interkom untuk berhubung dengan bosnya, Jasmin.“Erm…Encik
Imran, silakan masuk ke dalam bilik Cik Jasmin ada di dalam bilik.” Ujar
setiausaha Jasmin lalu mengiringi lelaki tersebut ke bilik bosnya.Usai
Imran menjejakkan kaki ke dalam bilik Jasmin, wanita itu lantas meminta Elie
membuatkan mereka dua cawan teh sebelum menjemput Imran duduk. Jasmin mengambil
sebuah sampul putih berisi sejumlah amaun duit sebagai ganjaran atas jasa baik
Imran membantunya menjadi model untuk pertunjukan fesyennya dari laci meja lalu
diberikan kepada Imran yang duduk di hadapannya.
“Ini
untuk awak.” Jasmin menyerahkan sampul tersebut bersama sebuah sekuntum
senyuman terukir dibibirnya. Imran menyambut lalu melihat sekilas lalu dan
kembali memandang ke arah Jasmin.
“Banyak
sangat ni Cik Jasmin…” Imran akhirnya bersuara terkejut dengan jumlah wang
tersebut.
“Jasmin,
panggil Jasmin tak payah nak ber-cik atau Jas je okay?” Jasmin membetulkan
Imran dengan penuh tenang.“Yelah
tapi kenapa banyak sangat duit ni?” Imran masih tak puas hati memandang Jasmin,
dahinya berkerut meminta penjelasan.“Jangan
banyak tanya boleh tak? Macam-macam boleh buat dengan duit itu tau awak boleh
sedekah, tak pun belanja girlfriend makan tak pun belanja saya lunch?.” Seloroh
Jasmin tak sangka mulutnya mengatakan sedemikian.Imran
tertunduk sebelum mengangkat muka untuk meneruskan apa yang ingin diucapkan.
“Jom.”
Ajak Imran serius. “Jom pergi mana?” Soal Jasmin hairan.“Kata nak suruh belanja makan, jomlah.” Ucap
Imran matanya tak beralih dari memandang Jasmin. Jasmin mengerling jam di
tangannya lalu bangun dan bersedia untuk beredar dari pejabatnya. “Ok jom !
Perut saya lapar sangat sebab tak makan breakfast
tadi.”Perut saya pun dah berkeroncong ni tak makan
pagi, getus hati Imran tanpa dia sedar.
Jus
aprikot dihirup penuh selera oleh Jasmin sambil Imran perhatinya tanpa jemu.
Lapar sungguh wanita manis ini, badannya sahaja kecil tetapi boleh tahan juga
dia makan. Imran bermain kata di dalam hatinya.“Awak,
sebenarnya kerja apa ya? Saya tengok rileks je…” Jasmin memulakan bicara.
“Kerja
saya tak tetap, kalau ada job baru
saya kerja. Macam Jas jumpa saya di hospital hari tu, itulah kerja saya.” Imran
memberitahu jujur.“Jadi
badut?” Imran mengangguk. “Berapa gaji jadi badut eh? Tapi kenapa mesti badut?”“Tak
banyak seperti yang disangka tapi alhamdulillah cukup untuk makan minum saya.
Kenapa badut? Entah, saya buat kerja ni pun sebab…adalah sebabnya.” Imran malas
ingin menyambung ayatnya itu, fikirannya terus teringat akan daddynya lalu terus riak wajahnya
berubah.
“Imran,
awak tahu tak yang awak ni ada pakej yang bagus?” Jasmin tidak ingin memaksa
lelaki itu untuk menceritakan apa yang diselindungkan namun ingin memberi
suntikan semangat buat lelaki ini. Imran menanti apa yang ingin dikatakan oleh
Jasmin.“Awak
ni bukan tak handsome, handsome… drop dead gorgeous! Gaya lelaki kacak itu ada
pada awak. Kenapa awak tak jadi model?” “Model?
Jalan tayang baju…tayang body…perempuan keliling…itu bukan saya. Banyak lagi
kerja yang saya boleh buat Jas.” Imran
menggelengkan kepala lalu menghirup teh ais.“Tapi
kenapa awak jadi model untuk saya walaupun terpaksa?” Jasmin inginkan
kepastian. “Sebab…saya percaya kalau kita buat kebaikan, kebaikanlah yang akan
datang pada kita.Hari ini mungkin saya tolong awak esok lusa mungkin awak
tolong saya pula.” Jasmin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari
mulut Imran, ada sejenis ketenangan yang menyentuh jauh di hatinya.
Selesai belanja makan tengah hari,
Imran menghantar Jasmin pulang ke pejabat. Tidak sangka perempuan secantik
Jasmin, yang ada kelas tidak banyak komen untuk menaiki kereta Myvi second hand yang dibeli tunai hasil duit
simpanan ketika dia belajar di bumi ratu dahulu. Sebelum Jasmin melangkah turun
dari kereta sempat dia berkata “Erm, Imran kita jumpa lagi ya? Take care and thanks for the lunch.”
Sepasang
mata berkaca mata hitam dan bersut kemas sedang perhati Jasmin yang keluar dari
sebuah kereta yang pemandunya amat dikenali sekali. Setelah Myvi biru laut itu
beredar dari bangunan tersebut, dia lantas mendapatkan Jasmin yang melangkah
menuju masuk ke dalam pejabat.
“So
Jas, you keluar lunch dengan Imran?” Tegur Irwan Edrus sambil membuka kaca mata
hitam yang dipakainya. Jasmin yang terkejut dengan kehadiran Ketua Pemasaran
Entigo di bangunan pejabatnya memberhentikan langkahnya.“You kenal Imran?” Soal Jasmin minta
penjelasan lanjut.
Credit |
Sejak
tadi TV yang ditontoni tidak menarik minatnya langsung. Berulang kali jari
menekan butang alat kawalan jauh lantas meletakkannya di atas meja. Abdullah
yang baru selesai solat isyak keluar dari bilik lalu duduk di sebelah Imran.
Sudah masuk tiga bulan Imran tinggal di rumahnya semenjak dia keluar dari rumah
ibu bapanya dan mujurlah dia hidup bujang tetapi sampai bila keadaan harus
begini.“Im,
kau dah makan? Tu aku bungkuskan kuey teow untuk kau pergilah makan.” Abdullah
memulakan bicaranya.“Susahkan
kau je Lah, kau tak keluar dating
dengan makwe hari ni?” Abdullah tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.“Safia
balik kampung ada kenduri saudara katanya. Ini, aku…bukanlah nak busy body pasal hal kau cuma, sampai
bila kau nak duduk sini? Bukan maksud aku tak suka kau tinggal rumah ni, kau
boleh je duduk sini selama mana yang kau nak. Macam ini, apa kata kalau kau
kerja dengan company daddy kau tu tak
adalah kau kerja tak menentu jadi badut bagai tu amacam ?” Dengan tenang
Abdullah mengajukan cadangan berserta nasihat buat Imran.
“Kau
tak akan faham Lah…eh jom makan kuey teow yang kau beli mesti sedap!” Imran
sengaja menukar topik perbualan mereka mengelak dari berbicara mengenai
dirinya.
“Eh
eh pandai dia ubah topik eee geram pulak kita.” Abdullah mengetap giginya sabar
dengan sahabatnya yang satu ini.“Kau
dengan Safia jadi ke nak bertunang nanti?” Tanya Imran kepada Abdullah sebelum
menyuapkan kuey teow ke dalam mulutnya.“Insyaa
Allah jadi, hujung bulan ni keluarga aku pergi masuk merisik sekali meminang
sekali bincang pasal kahwin. Bolehlah nanti kau apit aku masa bersanding nanti
Im !” Berbunga hati Abdullah apabila berbicara mengenai rancangannya yang ingin
membina masjid. Tak sangka setelah dua kali putus tunang akhirnya dia temui gadis
idaman yang setia dan berharap kali ini benar-benar jadi seperti yang diharap.
Teringin juga ingin memiliki seorang isteri yang menjaga makan minum dan
anak-anak sendiri seperti orang lain.
“Nampaknya
aku kenalah pindah tak lama lagi…nanti jadi orang ketiga pulak.” Imran saja
berseloroh.“Ish
mengada bebenau kau ni, tak adalah…aku plan dengan Safia nak duduk rumah dia
dekat Shah Alam. Senang dekat nak pergi kerja nanti.”“Ye
ke? Haih sunyilah aku nanti kau kahwin…” Imran berpura-pura merajuk sambil
menguis-nguis kuey teow di pinggan.“Oh please lah bro, tak payah nak dramatik
sangatlah geli aku tengok. Kau tu pun pilih je mana awek yang berkenan, ikat
kahwin tak ada ingat aku terus lepas tu! “ Abdullah mengenakan Imran pulak.Imran lalu tersedak mendengarkan kata-kata
Abdullah. Ada ke yang sudi dan benar-benar
ikhlas menjadi suri hatinya dalam dunia ni?
Jasmin
baring di atas katilnya melepaskan lelah setelah menyiapkan beberapa kerja di
meja kerjanya. Fikirannya teringat akan gerangan jejaka yang penuh dengan tanda
tanya, Imran Firdaus yang begitu santai dan bersederhana orangnya. Tak banyak
yang Jasmin tahu tentang lelaki itu dan anehnya seolah-olah ada satu magnet
yang menariknya untuk mengetahui tentang lelaki itu. Bunyi handphone di atas meja mematikan lamunannya lantas terus bangun
untuk menjawab panggilan tersebut.“Irwan?
Ada apa call malam-malam ni?” Jasmin
bertanya pelik tidak pernah mendapat panggilan daripada lelaki itu selepas
waktu bekerja.Kedengaran bunyi Irwan tersenyum di hujung panggilan sebelum
bersuara. “I just…I nak lamar you.” Tenang suaranya di talian. Jasmin telan liur
terkejut mendengar kata-kata daripada lelaki tersebut.
“La..lamar??”
Jasmin bertanya untuk kepastian. “I nak lamar you jadi my partner for Annual Gala Dinner Show this Saturday night.” Irwan
kedengaran tersenyum seronok mengenakan Jasmin. Sementara itu, jantung Jasmin
bagaikan terhenti apabila terkena dengan bahan lawak Ketua Pemasaran Entigo
ini.“Hello?
Jas..you there?”“Err…aah
hello..you ni Irwan seronok ya saja nak buat I saspens?” Sisa tawa Irwan masih
dapat didengar di hujung talian.“Kalau
betul I nak lamar you pun apa salahnya kan? Bukan isteri orang pun…anak dara
pingitan lagi!” Jasmin teguk liur tak percaya mendengarkan Irwan Edrus berkata
demikian lantas cepat-cepat mengubah kembali ke topik asal.
“So, you nak I jadi your partner for that
dinner?”“Yes
unless…if you had one to be your accompany for the night?” Irwan inginkan
kepastian daripada Jasmin sementara berharap sangat bahawa wanita ini masih
belum mempunyai teman untuk majlis makan malam tahunan itu. Jasmin memegang
dahinya baru teringat akan jamuan makan malam tersebut dan masih tiada teman
untuk menemaninya kelak. Tapi, patutkah dia menerima pelawaan lelaki ini?
“So, Jas…will you be my partner please?”
Irwan masih setia di hujung panggilan menunggu jawapan daripada Jasmin.“Oo…kay
boleh. So see you on Saturday night?”
“Thanks dear.”
Credit |
NU Sentral menjadi lokasi pertemuan
untuk mereka bertemu meluangkan masa bersama setelah Adina habis berpantang.
Sahabatnya itu turut membawa Adi Sufian yang kini sudah berusia tiga bulan
untuk dibawa bersiar-siar. Jasmin juga menggunakan peluang ini untuk mencari
pakaian yang sesuai untuk majlis makan malam pada Sabtu ini.“Jas,
tak cukup lagi ke baju penuh sepuluh almari dekat rumah tu? Pakai jelah yang
mana ada.” Adina memberi cadangan bernas kepada Jasmin yang sedang membelek
baju di butik.“Semua dah pakai Dina, by
the way…baru lima almari okay not ten.
Cantik tak?” Tanya Jasmin menggayakan sebuah gaun merah di badannya.“Cantik…kawan
aku ni pakai apa pun cantik. Hah beli beli jangan tak beli…ni pun cantik ambil
semua pun tak ada hal.” Adina sengaja memerli sahabatnya itu.
“Babe,
lama lagi ke? Jomlah, aku laparlah…teringin nak makan Mc Burger Prosperity kau
belanja.” Ajak Adina tak sabar menahan lapar. Setelah membuat bayaran, mereka
menuju masuk ke dalam restoran makanan segera McDonald demi memenuhi permintaan
kawan kesayangannya yang mengidam makan burger tersebut.“Eh
ada birthday party kat dalam tu,
patutlah ramai semacam. Ada Mr.McDonald lah!” Adina teruja seperti kanak-kanak
melihat kemeriahan di dalam restoran itu.“Dah
jadi mak budak behave sikit perangai
tu babe, malu aku…” Jasmin sengaja memerli Adina kemudian menyuruh kawannya itu
duduk di dalam sementara dia beratur untuk membuat pesanan. Sepuluh minit
kemudian dia datang lalu duduk bersama Adina dan bayinya. Adi Sufian kelihatan
tertarik dengan keriuhan majlis hari jadi yang diadakan di situ.
Sedang
Jasmin ingin menikmati burger, datang Mr.McDonald tiba-tiba datang duduk di
sebelahnya membawa sepinggan kek bersama belon untuk Adi Sufian. Terus wanita
itu terperanjat dan hairan dengan kelakuan badut tersebut. Adina pulak seronok
mengacah anaknya dengan belon yang baru diberi oleh badut tersebut.Kini barulah
Jasmin ketahui muka Mr.McDonald yang sebenar setelah Imran membuka topeng
mukanya. “Awak? Awak buat apa kat sini?”“Saya?
Kerjalah apa lagi. Makanlah kek ni, banyak lebih.. kalau nak lagi boleh ambil
kat sana.” Balas Imran selamba sambil menunjukkan arah meja letaknya kek
chocolate cheese itu.
Tak
lama selepas itu Imran meminta izin untuk sambung kerjanya dengan menghiburkan
kanak-kanak yang meraikan hari jadi itu.
“Kau kenal mamat tu Jas? Who’s
that?” Tanya Adina penuh bermakna. “Imran…dialah yang jadi model last
minute untuk pakai baju Erwin hari tu.” Sambung Jas, mata curi-curi memandang
Imran yang seronok bermain menghiburkan kanak-kanak.“Dia? Like seriously? Urm…he’s drop dead gorgeous!” Adina membulatkan matanya
memuji lelaki bernama Imran yang sedang dalam kostum McDonald itu.“I knew, kau…dah kahwin just shhhh okay?
Kan Adi kan? Happy ya McDonald handsome bagi belon?” Jasmin berborak
dengan Adi Sufian yang kini berada dalam stroller
tersenyum gembira apabila diagah oleh Jasmin.
Credit |
No comments:
Post a Comment