Tuesday, 18 August 2015

Untuk Aku Dari Aku


Ke hadapan diri aku,

kau kena kental 

kau kena cekal 

kau kena tabah

dengan semua ini

kau jadi kebal.

Jadi 

bertabahlah.



Monday, 17 August 2015

The Healing Love - Part 42


     
          Cuti semester dihabiskan dengan hanya tinggal di rumah menjadi 'suri rumah tangga' buat Puan Maria, mamanya yang bertugas dimana dialah yang memasak untuk mereka berdua makan bersama. Kadang-kadang apabila Encik Ezuan Kumar pulang, mereka makan di luar sahaja. Hanya menerusi telefon sahaja Dian berhubung dengan Fath dan Noah.

         Sudah seminggu semester keenam bermula dan berkobar-kobar rasa di hati untuk bergraduasi dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja Dian dan rakan sekuliahnya bergelar pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

         Deringan Sony Ultra membuat Dian tersentak dari lamunannya lantas dijawab panggilan dari lelaki bernama Noah. Lama juga mereka tidak bertemu bersua muka setelah Noah pulang dari menghantarnya ke Pahang.

"Hai, dah habis kelas kan?" Tebak Noah.

"Yup! Tak busy ke COO kita seorang ni?"

"Lunch hour kan...come to Kafe Uncle Sam right now please."

Dian mengerutkan dahinya cuba mentafsir sendiri maksud di sebalik kata-kata Noah lalu terus menuju ke tempat yang disebut oleh Noah itu. Dari kejauhan kelihatan lelaki yang segak dengan kemeja biru cair dan bertali leher hitam sedang bersandar santai sambil melemparkan sebuah senyuman paling manis kepada Dian.

"Kenapa tak cakap nak datang?"

"Surprise.. jom makan? Lapar gila ni!"

"Okay jom.."

"Eh eh nak ke mana tu?"

"Kata lapar..jomlah masuk dalam kafe?"

Noah tersenyum geli hati melihat jawapan polos dari gadis pujaan hatinya.

"Siapa kata nak makan kat dalam ni? Jom..I've got a special place for our lunch date."

Noah sudah pun membukakan pintu kereta disebelah penumpang buat Dian. Tanpa membantah Dian hanya menurut perintah sahaja. Dalam hati tertanya-tanya kemanakah  Noah akan membawanya untuk makan tengah hari.

                                                 ***********************************
       

           Tengku Citra yang kebetulan turut makan tengah hari di Subang Jaya, restoran yang sama Dian dan Noah menikmati makan tengah hari bersama perasan akan kehadiran Ketua Pegawai Operasi syarikat hartanah yang menjalankan usahasama dengan syarikatnya itu. Dalam hatinya tertanya-tanya akan siapakah gerangan perempuan yang manis bertudung disamping Noah itu. Sungguh mesra lagaknya.

"Hai! What a small world right?" Tegur Tengku Citra sambil mendapatkan Noah di hujung sudut restoran tersebut.

Dian hanya tersenyum dan memerhati sahaja disaat Tengku Citra menyapa Noah. Boleh tahan cantik perempuan ini dengan gaya imej korporatnya yang cukup menampilkan karisma dan keyakinan dirinya, omel Dian senyap-senyap.

"Eh! Hai Tengku Citra...lunch sini jugak ke? Oh by the way, kenalkan...ini Dian Ameena bakal tunang saya."

Tengku Citra mengalihkan pandangannya ke arah Dian lalu berjabat tangan dengan Dian dengan mesra.

"Hi, Tengku Citra..nice to meet you Dian!"

Dian menyambut huluran salam daripada wanita itu dengan penuh ramah bersulamkan senyuman di bibirnya.

"Well, I got to go now...enjoy your lunch okay! Oh ya Noah..don't forget our next meeting together with the investor from Australia this Thursday."

"Sure I won't, dah sudah dah makan? Err..tak nak join sekali for the second round?" Pelawa Noah acuh tak acuh kepada wanita berusia dua puluh enam tahun.

"Hmm..I wish I could but no thanks I'm in hurry actually. Ada appointment dengan client di Shah Alam. See you by this Thursday okay? Bye.." Ucap Tengku Citra meminta diri.

        Berlalunya Tengku Citra pergi dari restoran tersebut, Dian mempamerkan reaksi muka minta penjelasan dari Noah tentang wanita tersebut.

"What?" Noah sengaja menguji Dian sambil menahan senyum dan gelak.

"Who's that lady?"

"Tengku Citra."

"Yeah Tengku Citra but who is she? Your girlfriend? Your affair? Your sugar mummy?"

"Wah..ini dah lebih..tett! Semua tu salah, she's our business partner in our new mega project. That's it!"

"Hmm...not bad.."

"What? Apa yang not bad?"

"Cantik and cun orangnya! Takkan tak terpikat kot? "

Noah tergelak kecil sebelum menjawab "Look..dalam hati ni..hanya ada Dian Ameena sahaja tiada yang lain insya Allah." Jelas Noah sambil meletakkan tangannya di dada.

Dian mencebik. Baginya cara itu sudah lapuk dan tidak boleh beli hatinya yang tidak mudah didapatkan oleh mana-mana lelaki.

"Okay...untuk membuktikkan bahawa kata-kata Noah tadi benar belaka. Apa kata kita tunang? As soon as possible?"

Mata Dian bulat membuntang tidak sangka ayat seperti itu terbit dari mulut lelaki itu. Aduh! Itulah..cabar lagi mamat ni dah aku yang kena balik. Dian menyumpah seranah dirinya dalam hati.

"Dian Ameena? Are you here? Heyyy hello!" Noah melambaikan tangannya di hapadan Dian.

"Errr...aaa apa?!"

"Kita tunang? Please?"

          Dian hanya mampu telan liur dan menarik nafas beberapa kali untuk meredakan dirinya yang terkejut oleh kejutan yang dibuat oleh Noah sebentar tadi. Bagaikan nyawa tinggal separuh di saat ini.
Lidah pula kelu tanpa kata.

                                            **********************************


       "Seriously?! Hmm..aku tak terkejut sangatlah sebenarnya sebabnya si Noah tu dah lama tangkap cinta dengan kau selama ni. So, bagi akulah kan...benda baik jangan ditangguhkan. Baik dipercepat!" Ujar Fath menyokong Dian mengikat tali pertunangan dengan Noah.

"Hmm..aku bukan apa Fath. I just..don't know if I am ready yet or not for next stage in our relationship."

"Kau kan dah buat solat istikharah? Ada sebarang petunjuk tak?"

"Lepas aku buat solat tu, adalah dalam tiga kali aku dapat mimpi. Sekali tu mimpi ngeri! Hish nau'zubillah!"

"Simply, kau terima je Noah tu. Memang secocok kau orang berdua bagai pinang dibelah dua belas ha ha ha!"

"Itu dah lebih sampai nak belah dua belas...tengoklah aku bincang dulu dengan mama aku."

"Apa pun keputusan kau, aku akan sokong kau beb! Kita buddy saling support each other.."

Dian berasa terharu dengan kata-kata Fath lalu menarik Fath rapat di sisinya sambil tersenyum lega. Bersyukur dia dikurniakan seorang sahabat yang sangat memahami dirinya.


                                      ****************************************


            Hari ini merupakan antara hari paling bermakna sekali seumur hidupNoah kerana dia bakal bergelar seorang graduan. Orang yang paling bangga dengan pencapaiannya mestilah Puan Nasha Emily dan Encik Razuan Wong yang turut hadir ke Majlis Konvokesyen kali ke- 8 di universiti anak teruna mereka bagi menyaksikan Noah menerima ijazahnya di atas pentas. Paling menggembirakan apabila Noah dianugerahkan Anugerah Pingat Emas sempena kecemerlangannya dalam bidang akademik dan sukan bola keranjang yang diceburinya.

            Dian dan Fath turut tidak ketinggalan untuk menyertai istiadat konvokesyen tersebut yang berlangsung selama dua hari berturut disamping mereka turut terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan istiadat konvokesyen tersebut.

"Congratulations Noah! We're so proud of you buddy..." Ucap Fath dengan penuh teruja.

"Thanks buddy! Tak lama kau orang pulak..."

"Hee of course! Kau mesti datang okay bawa bunga yang paling besar untuk aku dan Fath tau."

"Demand eh kau! But should be no problem..bukan setakat bunga aku boleh bagi dengan pasu-pasu sekali pun boleh Fath oiii."

"Oh you're so generous Noah!" Balas Fath dalam nada yang penuh bermakna.

"Well..I am always. Eh come we snap pictures!"

"Okay jom. Alright, Dian rapat sikit dengan Noah please..okay cun!"

   Dalam hati Dian Ameena bagaikan terhenti sebentar degupan jantung dek kerana dia bisa mendengar degupan jantung Noah yang hanya beberapa inci sahaja dekat dengannya. Oh hati tolong jangan buat hal sekarang! Gumam hatinya.


                                   ***********************************************

          Penerbangan selama tiga belas jam akhirnya berakhir juga dan kini kakinya menjejakkan di bumi Malaysia yang penuh dengan seribu memori suka dan duka. Tak tahan menanggung rindu yang menggunung akan keluarga tercinta,akhirnya Adam nekad untuk pulang seketika ke Malaysia. Dian Ameena juga turut tersenari sebagai salah seorang yang sangat dirinduinya.

          Dari KLIA Adam terus menaiki penerbangan ke Penang untuk pulang ke rumah kedua ibu bapanya. Kemudian dia bercadang akan menjejak Dian Ameena untuk melepaskan rindu pada gadis itu. Kalau ada peluang akan dia kahwini dengan gadis manis itu.

        Cuti selama dua minggu ini akan digunakan sebaik mungkin olehnya seberadanya di bumi Malaysia ini.
Pantang keturunannya menyerah sebelum berusaha sehabis kudrat dalam mendapatkan sesuatu yang diingini.
Biar putih tulang, jangan putih mata sentiasa menjadi prinsip hidupnya.


**************************************

             Hari hujung minggu merupakan hari untuk Noah berehat setelah berhempas pulas bekerja di pejabat dari Isnin hingga Jumaat. Pejam celik pejam celik hampir setengah bulan dia telah melangkah ke alam pekerjaan. Kebetulan adik ketiganya ada balik sempena cuti musim panas sementara Nazmi pula juga dalam cuti semester jadi tidaklah sunyi mana rumah ini. 

           Noah turun dari tingkat atas menuju ke dapur untuk mencari uminya. Tapi wanita tersebut tiada kelihatan di ruangan dapur lantas dia menjengah ke laman luar mana tahu uminya berada di taman mini sedang membelai 'buah hati' kesayangan, apa lagi kalau bukan pokok bunga segala bermacam jenis.
Tepat sekali tekaannya.

"Umi..err..sibuk ke?" Noah berdalih sebelum menyatakan hasrat hatinya.

Puan Nasha Emily hanya tersenyum sambil menyiram pokok-pokok bunga dengan penyiram pokok.

"Taklah..ini mesti ada apa-apa ni. Cakaplah..."

"It's about Dian..."

Makin bertambah kulum senyum wanita tersebut sudah dapat mengagak apa isi bicara anaknya itu.

"Umi tahu...kalau boleh hari ini jugak umi dengan daddy nak masuk merisik dan meminang untuk along."

Mata Noah terus bersinar-sinar tatkala uminya tahu-tahu saja isi yang terbuku di hatinya.

"So tunggu apa lagi umi? Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama Dian diambil orang." Noah menyanyikan lagu yang popular zaman tahun 90-an.

Sempat Puan Nasha Emily tergelak melihatkan gelagat anaknya yang tidak sabar-sabar untuk beristeri.

"Apa kata, along tanya dan beritahu dulu pada Dian kata nak masuk merisik dan bertunang? Tak adalah nanti dia terkejut beruk tiba-tiba kita datang rumah mama dia."

"Hmm ya tak ya jugak! Itulah..along dah bagi hint pada dia hari tu cuma masih ada jawapan muktamad tapi chances tu besar umi. Tak lama makan nasi minyaklah kita ya!"

"Okay, along confirm dulu dengan Dian dan kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Dian pun lagi berapa bulan nak grad right?"

"Yes umi..I will confirm it ASAP!"

       Tidak semena itu, Noah hilang masuk ke dalam rumah untuk menelefon wanita pujaan hatinya bagi memaklumkan tentang hajat hatinya itu. Dalam kepalanya sudah ada idea bagaimana untuk membuat rancangan ini berjaya, pastinya dengan sokongan padu dari Puan Maria yang 'awesome' selalu dengan segala rancangannya.

Noah tersenyum miring sendirian berimaginasi akan rancangannya itu.


***************************************

            Dian sedang menonton tv di ruang tamu usai makan malam bersama mama dan abahnya sebentar tadi. Bunyi deringan Twerk Like Miley menandakan panggilan masuk tertera 'Adam' di skrin. Buntang biji mata Dian melihat nama tersebut seakan tidak percaya Adam menelefonnya setelah berbulan lamanya mereka tidak berhubung.

"Hello, Dian Ameena? Assalamu'alaikum..apa khabar,sihat?"

"Wa'alaikumusalam! Err..siii..sihat macam biasa. Adam pulak sihat? Dah habis musim sejuk kat sana?"

"Well I'm not pretty sure about that..cause I'm not in London now."

Dian semakin tersentak cuba menangkap isi bicara lelaki tersebut.

"Huh? So where are right now?"

"Penang, Malaysia.."

"What? Oh I see... ini mesti kes rindu kan? How's your family okay?"

"Ya rindu yang tak menahan termasuk pada orang yang sedang Adam bercakap sekarang ni."

Dian telan liur dengan payah. Tak tahu nak menjawab dan bereaksi bagaimana.

"Dian? Hello..?"

"Errr yes yes! What's it just now?"

"Could we meet? Alang-alang dah ada kat Malaysia tak salah kan kalau kita berjumpa? As a friend?"

"Err...Dian di Pahang rumah mama ni. Ahad baru balik universiti. Tak sempat kot jumpa Adam."

"Siapa kata? I will be around here until the end of this month so we could meet in any day and anytime after you got back to hostel."

Pandai sungguh lelaki ini menjawab semata-mata untuk berjumpa dengan aku. Gumam Dian di dalam hati.

"Oh..okay bolehlah kalau begitu just buzz me when you're in KL okay?"

"Yeah thanks! Okay have a nice weekend and see you later dear."

Sekali lagi Dian telan liur dengan payah terasa tak cukup nafas pun ada.


                                                   *******************************

             Cincin merisik dan meminang sudah pun dibeli oleh Noah bersama uminya yang turut menemaninya ketika sesi pemilihan cincin tersebut di kedai emas. Hatinya mekar bak kuntuman bunga tatkala ini apabila memikirkan Dian Ameena yang bakal disuntingnya itu tak lama lagi.

            Seperti mengikut rancangannya, dia dan Dian akan makan malam bersama di Atmosphere 360 di Kuala Lumpur atau secara spesifiknya di atas menara KL bersaksikan pemandangan yang cukup mengagumkan dari atas dimana mereka berpeluang untuk melihat pemandangan seluruh Kuala Lumpur dari puncak restoran berputar itu.

      
           Lama ditenung cincin merisik yang baru dibelinya siang tadi bersama uminya. Dalam hatinya meminta agar segala yang dirancang bakal menjadi kenyataan dengan izin Dia. Semoga dua hati bersatu dan bahagia selama-lamanya dengan sebuah ikatan yang bernama perkahwinan tidak lama lagi.

         Samsung S4 milik Noah bergetar panggilan tertera nama 'Tengku Citra' di skrin. Apa yang dimahukannya pada malam-malam buta ini? Waktu malam untuk berehat baginya, tiada urusan kerja melainkan tersangat penting memang tidak dapat dielak itu boleh dipertimbangkan.

        Panggilan pertama sengaja tidak dijawab sehinggalah panggilan ketiga apabila Noah berkira ada hal penting barangkali yang ingin dicakapkan oleh wanita itu. Tanpa berlengah dia menjawab akhirnya panggilan tersebut.

"Hi..busy? Ke dah tidur?" Kedengaran suara lembut Tengku Citra menyapa gegendang telinga Noah.

Noah mengerling ke arah jam di dinding biliknya, baru menunjukkan sepuluh setengah malam. Masih awal untuk dia masuk tidur disaat ini.

"Ehem! Belum...masih celik lagi ni. Ada apa ya Tengku Citra?"

"Citra..kan saya dah cakap tak payah ber-tengku dengan saya. Anyway, you free tak esok?"

Noah menghembuskan nafasnya cuba menenangkan diri sendiri.

"Sorry..tersasul tadi. Esok hmm Ahad tak ada apa-apa kot. Free kenapa?"

"Let's have a lunch tomorrow? I belanja nak?"

Noah menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil ligat berfikir apa kelentong yang rasional untuk dia bagi pada Tengku Citra ini untuk tidak keluar bersama esok.

"Err..well actually baru I teringat yang besok I nak balik kampunglah Citra. So maybe next time okay?"

"I see..kampung you dekat mana?"

"Ulu Jeram.."

"Dekat je.. kalau macam tu boleh tak kalau I nak ikut sekali? Kat sana ada pantai kan?"

Noah tepuk dahinya sendiri rasa nak menyumpah pada diri sendiri pun ada.

"Hello..Noah? You don't mind right? Untung you ada kampung..macam I ni kampung pun tak ada..kampung di bandar je dekat Damansara Perdana. Seumur hidup I tak pernah berasa suasana kampung."

"Err..hmm ikut Citralah..tapi Citra tahu ke nak ke sana nanti?"

"Why not kita pergi satu kereta? I datang rumah you and kita pergi sekali?"

   Noah tersentak sesaat tidak sangka wanita itu bernas dengan idea sebegitu.

"Oh..okay, okay...datang dalam pukul sembilan pagi ya? Lambat tinggal tau."

Tengku Citra tersenyum sendirian biarpun Noah tidak bisa melihatnya.

"Okay see you later and thanks! Nite .."

"Hmm nite.." Balas Noah acuh tak acuh. Akhirnya dia menekup mukanya di bantal tak sanggup ingin lalui hari esok!



                                               ***********************************

          "Morning! Dah breakfast? Here is for you.." Tengku Citra menyapa Noah yang sedang mengambil udara pagi di laman rumah sambil menhulurkan sebungkus makanan yang ditapaunya sebelum datang ke sini.

         Kemudian, muncul Puan Nasha Emily di muka pintu bagi melihat kedatangan Tengku Citra. Wanita itu lantas bersalaman dengan anak Tengku Maher yang pernah diceritakan oleh suaminya dan menjemputnya masuk ke dalam rumah.

"Inilah Tengku Citra...baru kali ini kita berjumpa ya?"

"Eh panggil saya Citra je aunty..lebih selesa."

"Oh ya? Yelah...jom kita sarapan sekali? Noah come we have breakfast first?"

Tanpa berlengah Noah turut masuk ke dalam untuk bersarapan bersama. Dalam hatinya penuh berharap agar hari ini cepat berlalu dan dia perlu lebih bijak selepas ini dalam memberi alasan.

"Hi Dato..nice to see you!" Sapa Tengku Citra pada Encik Razuan Wong yang sedang membaca surat khabar di meja makan.

"Ha Citra! Eh ini kan di luar waktu pejabat...just panggil uncle okay? Come let's have a sit."

Tengku Citra hanya tersenyum manis lalu mengambil duduk di kerusi berhadapan dengan Noah. Sesekali dicuri-curi pandang akan lelaki itu.

"Tak sangka kampung uncle dekat je ya?"

"Itu kampung sebelah aunty kalau Citra nak tahu..sebelah uncle di Seremban nuh. Orang tua uncle dua-dua dah tak ada dah. Tapi asal usulnya uncle ni orang Penang  tapi membesar di Nilai."

"Oh I see... selalu ke balik Seremban?" Tengku Citra menunjukkan minat dengan apa yang diperkatakan oleh Encik Razuan Wong itu. Noah pula hanya meminjamkan telinga tidak ingin menyampuk.

"Tak adalah selalu..Kalau raya baliklah berkumpul dengan adik-beradik uncle. Tak pun pakat kumpul ramai-ramai kat sini sebab uncle anak sulung dari lima beradik."

Tengku Citra hanya mengangguk dan teruja untuk tahu lebih lanjut mengenai keluarga Razuan Wong ini.

"Banyak juga adik-beradik uncle? Ayah ke mak uncle yang berketurunan Cina?"

Encik Razuan hanya tersenyum dan tergelak kerana ini bukanlah kali pertama dia diajukan solan sebegitu.

"Ayah uncle Cina..mak uncle pula Melayu-Thailand. Sebab tu kulit uncle cerah putih melepak tak payah pakai Qu Puteh kan? Ha ha ha!"

Masing-masing yang ada di meja makan semua tergelak mendengarkan lawak jenaka Encik Razuan Wong.

"Ha..ini Naz adik ketiga Noah studies in Melbourne, Aussie. Hujung tahun ni habislah masters dia."

"Hai, Citra! Nice to meet you." Tengku Citra menyapa Naz yang baru turun dari tingkat atas untuk bersarapan sekali.

            Setelah mereka selesai bersarapan, barulah mereka bertolak ke kampung Noah di Ulu Jeram, Selangor yang memakan masa lebih kurang sejam perjalanan dari rumah mereka. Tengku Citra berasa sungguh teruja kerana berpeluang menyertai Noah ke kampung halamannya pada masa yang sama ingin dia mengetahui lebih lanjut lagi tentang lelaki ini.

Wednesday, 12 August 2015

The Healing Love - Part 41



        Setahunya sahaja Dian sudah selamat sampai di tanah air dan kini berada di rumah Noah, terus Fath ke rumah lelaki itu untuk bertemu dengan sahabat baiknya sebelum Dian pulang ke rumahnya di Pahang.

"Assalamu'alaikum!" Ucap Fath dari luar sambil memetik suis loceng di tepi pagar rumah Noah.

Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik terbuka luas dan Noah terjengul di luar pintu rumah menyambut Fath untuk masuk.

"Wa'alaikumusalam...moh masuk Fath!" Balas Noah dengan senyumannya yang manis.

"Amboi dah pandai cakap Pahang aok ni? Where's my best friend?"

"Ada..masuklah dulu mak cik oiii. Kau dari mana?"

"Rumahlah mana lagi...takkan dari disko pulak haih Noah ni!" Omel Fath sambil melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Noah.

Belum sempat Noah menjawab, Fath separuh menjerit tatkala melihat Dian yang muncul dari dapur.

"Dian!!! Rindunya aku kat kau beb...sihat? Macam mana umrah?"

"Eee aku pun rindu kau lah! Alhamdulillah sihat...umrah pun okay semua berjalan mengikut rancangan."

"Alhamdulillah...cenderahati untuk aku ada tak?"

"Jangan cakapkan cenderahati, cenderamata, cenderatelinga, cenderamulut pun ada ha ha ha!"

"Cool! 'Buah hati' untuk aku ada tak?"

Dian terpana seketika, "Huh? 'Buah hati' apa pulak ni?"

"Kurma...kismis and nuts la..ada tak?"

"Oh ingatkan kau kirim 'Hakimi'! Tu aku pelik bin hairan."

Fath tergelak kecil dan berkata "Aku kirim Hakimi buat apa, kau bukan pergi London kau pergi Mekah!"

"Eleh, manalah tahu kau nak 'buah hati' versi lain..Arab mari."

"Eh mana ada! Jangan nak propa okay..."

"Girls, come have a drink!" Celah Noah yang muncul dari dapur bersama dulang berisi air minuman.

"Kau buat air ke Noah? Or Aunt Nasha buat?" Soal Fath ragu-ragu.

"Aku jangankan air, asam pedas, nasi ayam ha kau cakap je apa insya Allah jadi okay!" Kata Noah dengan bangga.

"Eleh, yelah tu sangat! Tak percaya aku...muka macam kau ni masuk dapur?"

"Up to you..tapi Dian dah rasa nasi goreng cina aku pagi tadi okay.."

Fath terus memandang Dian minta kepastian.

"Boleh tahanlah..." Ujar Dian pada Fath.

Fath tersenyum herot penuh makna.


                                         ********************************************

     Dian naik ke tingkat atas untuk mengambil ole-ole yang dibelinya di bumi Arab untuk Fath.

"Ni aku sayang kau ni Dian...ingat juga kau ke aku! Thanks so much." Ucap Fath menyambut pemberian Dian yang berisi macam-macam cenderahati di dalam sebuah beg kertas.

"Ala..semua orang dapatlah.Alang-alang sampai sana, kita shopping la...shopping kan terapi."

"Yes exactly! Kau tahu tak masa kau tak ada, aku tak tahu nak buat apa...nasib ada benda yang boleh aku buat apa lagi kalau bukan siapkan segala benda pasal urusan majlis kahwin Kak Sharmaine."

"Kau kan harapan dia.. sebab dia percayakan kau dia suruh kau jadi wedding planner tak bertauliah!"

"Amboi kau..aku walau tak ada sijil or whatever pasal wedding ni, still majlis tu akan gempak okay!"

Yalah..sebab kau Fath Dlina Rose. Aku tahu...Ni kau ke mana lepas ni?

"Balik la..nak siapkan goodies bag bagai. Kau pulak nak balik bila? Ke duduk sini terus?"

Noah yang senyap sejak tadi tersenyum-senyum penuh makna.

"Eee mulut kau ni kan aku tenyeh cili nak? Nak balik la ni...tunggu mama aku dengan umi Noah balik entah pergi mana dari tadi pun aku tak tahu."

"Noah! Mana umi dengan mama Dian pergi?"

"Pasar kot...tak pun pergi tengok bunga. Umi tu kalau bab bunga haih lamalah nanti dia kat kedai bungai tu."

"Mama aku pun sama..dia dan bunga tak dapat dipisahkan!"

"Ada chance kot kau tidur sini malam ni beb." Fath menyakat Dian membuatkan Dian mencubit paha sahabatnya itu.

"Sorry! Ala..gurau sikit pun nak sentap. Dah tu tiket bas dah beli?"

"Tak. Ada orang tu offer nak hantar sampai rumah."

"Wah! Untunglah kau... yalah alang-alang balik rumah bakal mak mertua kan. Lagipun lama dah tak balik kan Noah?"

Sekali lagi tangan Dian mencubit paha Fath membuatkan Fath terjerit kecil kemudia tergelak sakan.


                                                *****************************************

     Adam sedang meneliti dokumen yang baru diletak di atas mejanya oleh setiausahanya. Hari ini, jadualnya sedikit padat kerana ada dua majlis yang perlu diuruskannya dalam satu hari. Kemudian, dia perlu menghadiri mesyuarat bersama pelabur Ritz Carlton. Terkadang, mahu sahaja dia ambil cuti lama untuk pergi jauh dari sini untuk menenangkan diri seketika.

     Deringan interkom mengalihkan pandangan Adam seketika sebelum dia menjawabnya.

"Mr.Adam, Mrs Ian is on the line.." Kata setiausahanya, Cathrine.

"Alright, thanks Cath..." Ucap Adam sebelum panggilannya disambungkan dengan talian mamanya.

"Assalamu'alaikum...hi susahnya orang di London nak jawab call! Why your phone cannot be reached?"

"Wa'alaikumusalam..ye ke?" Adam mengeluarkan handphone miliknya dari saku seluar dan mengurut dahinya.

"Oh gosh, I forgot to charge the phone. So sorry...mama sihat? The rest?"

"Good..we're doing pretty well here. When are you coming back? Take leave and come here Am.."

"Banyak kerja mama...mama dengan daddy datang sinilah bawa yang lain."

"Habis kerja daddy di sini? Adik-adik sekolah takkan nak ponteng..Am baliklah mama rindu.."

"Insya Allah..but not promise okay. Look mama I got to go now...today's a hectic day for me. Wish me luck!"

"Always my dear..okay you take care ingat! Ambil cuti balik sini sekejap pun jadilah."

Adam menghela nafas dan menjawab dengan acuh tak acuh "Okay, okay...bye!"

       Tiba-tiba wajah Dian bermain di fikirannya, jikalau dia pulang...kali ini tidak akan dia lepaskan gadis itu dan dia serius. Sudah cukup perasaan rindu dan cinta yang dipendam selama ini, cukup meyesakkan dada.


                                        **********************************************

          Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh pagi dan kelibat mamanya dan umi Noah masih tidak muncul-muncul lagi katanya keluar ke pasar untuk membeli barang-barang basah buat stok. Risau Dian fikirkan bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.

"Cuba kau call mama kau Dian." Cadang Fath.

Tanpa berlengah Dian pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor mamanya. Kenapalah dia tak terfikir untuk telefon sejak tadi.

"Ha..mama kat mana ni lamanya pergi pasar ke buat pasar? Kita nak balik pukul berapa nanti ni?"

"Mama ada dekat nurseri ni dengan umi Noah tengok pokok bunga. Kejap lagi balik ya sayang..mama ada belikan coconut shake favorite Meena."

"Hmm cepat balik tau! Fath ada sini ni..."

"Okay...sabar ya."

      Setelah selesai berbual dengan mamanya di telefon, lega rasanya wanita itu tidak ada apa-apa dan akan pulang tidak lama lagi.

"Pandai betul Noah teka mama dengan umi pergi tengok bunga. Aduhai...lamalah lagi nak boleh balik ni." Dian berkeluh.

"Nak kejarkan apa beb, kau kan cuti..mama kau lusa baru masuk kerja. Chill la..."

"Yelah...senanglah kau cakap. Aku bukan apa..ini rumah orang tahu? Rasa janggal lama-lama di rumah orang..."

Fath tersenyum mengejek kepada Dian. Terasa lucu pulak mendengar kata-kata seperti itu dari mulut Dian.
Hati kata sayang dan cinta tapi malu nak luahkan.

                                          *****************************************

       Setelah bersiap untuk hantar Dian dan mamanya pulang ke rumah mereka di Pahang, Dian dan mamanya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Puan Nasha Emily kerana dengan lapang dada menerima kehadiran mereka di rumahnya ini untuk bermalam semalaman.

"Nanti ada masa lapang datang je rumah umi okay Dian? Pintu rumah ini sentiasa luas terbuka untuk Dian dan mama." Bicara Puan Nasha Emily lalu memeluk gadis tersebut dalam dakapannya.

"Insya Allah umi, mesti Dian dengan mama datang lagi. Kan mama?" Balas Dian memandang mamanya.

Puan Maria tersenyum manis sebagai bersetuju dengan kata-kata anak gadisnya itu.

"Lepas ini insya Allah datang sebagai menantu umi ya.. he he he." Sambung Puan Nasha pulak.

Dian telan liur cuba menghadam maksud kata-kata ibu kepadalelaki yang bernama Noah itu.

"Okay kami balik dulu ya kak, senang nanti datanglah Temerloh."

"Mesti datang insya Allah..." Kata umi Noah dengan penuh senyuman bermakna.

"Baik-baik bawa kereta Noah, sampai bagitahu umi. Jaga kelakuan di rumah orang ya." Pesan umi Noah.

"Insya Allah umi." Jawab Noah menghadiahkan senyuman paling manis buat ratu hatinya sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Puan Nasha melambai kepada Dian dan mamanya sehinggalah kereta yang dipandu Noah hilang dari pandangannya. Dalam hatinya tidak sabar untuk meneruskan rancangan yang dia dan suaminya atur untuk satukan Dian dengan anak terunanya secepat mungkin. Bimbang dikebas orang anak dara Puan Maria itu.

                                    **********************************************

        Tengku Citra duduk di gazebo di laman rumahnya untuk mengambil angin petang yang sayup-sayup memukul kulit wajahnya. Baginya waktu cuti di hujung minggu seperti inilah merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan untuk berehat sehabis mungkin bagi merehatkan badan dan minda yang penat dek kerana kesibukan yang maha dahsyat di pejabat.

        Hatinya cuba menafikan bahawa dia tidak berasa kesunyian walaupun tinggal bersendirian di rumahnya kerana semuanya terletak pada individu itu sendiri yang memilih untuk mencipta kebahagian mereka tersendiri. Terkadang dia kalah dengan perasaan yang cuba untuk menafikan itu. Perlahan-lahan mindanya menerawang jauh terkenang kisah lalu yang penuh dengan warna kehidupan yang sementara.

"Sayang, tengok tu! Ada burung terkukur atas pokok tu.."

"Mana? Tak nampak pun..."

"Itu...ada tiga ekor! Satu keluarga kot, mak, ayah dan anak dia orang."

"Aah la...comelnya! So sweet."

    Syed Emir lantas merangkul pinggang Tengku Citra sambil memerhatikan burung terkukur sekeluarga itu yang rancak berkukur. Entah apa yang dibicarakan pun mereka tidak pasti. Tengku Citra pulak terasa sungguh damai berada dalam dakapan sang suami yang dicintainya.

"Kata orang dulu-dulu kalau burung terkukur singgah di rumah atau buat sarang kat rumah, maknanya rezeki rumah orang tu murah tahu sayang? Hmm...semoga ada benarnya akan kata-kata tu."

Tengku Citra tersenyum sebelum menjawab "Ye ke? Ish jangan percaya sangat..entah-entah mitos semata-mata. Yang patut diletakkan percaya akan pemberian rezeki itu tu..Dia yang Maha Pemberi Rezeki tahu?"

"Ya..abang tahu cuma sekadar berkongsi dengan sayang. Manalah tahu burung terkukur tu datang membawa khabar gembira yang tak lama lagi abang akan menjadi papa kan?"

Tengku Citra pantas menoleh berpaling kearah suaminya memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.

"Kenapa? Sayang tak suka? Atau sayang belum bersedia untuk jadi mama?" Tebak Syed Emir.

"Siapa kata? Kalau boleh sekarang juga sayang ingin menjadi seorang mama kepada anak-anak abang. Cuma.."

"Shh...mungkin belum rezeki kita untuk mendapat zuriat. Insya Allah suatu hari nanti okay?"

 Mendengarkan kata-kata yang mendamaikan kalbu itu terus Tengku Citra memeluk erat suaminya itu berharap mereka bakal dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka kelak yang telah terbina sejak setahun lalu.

       Panggilan suara Mak Mah, pembantu rumahnya mematikan lamunan Tengku Citra serta merta dan terus masuk ke dalam rumahnya.

"Ibu telefon Citra.." Telefon rumah dihulur Mak Mah kepadanya.

Tanpa berlengah Tengku Citra menyambut huluran tersebut dan bercakap dengan ibunya.

"Ya ibu ada apa?" Soalnya.

"Citra kenapa tak balik sini cuti? Biasa anak ibu seorang ini balik setiap kali cuti. Citra sihat ke?"

"Err...Citra cuma penat nak rehat kat rumah ibu. Sihat, Citra sihat..maaf sebab tak balik weekend ni."

"Hmm ingat Citra sakit ke apa. Lain kali bagitahulah kalau tak balik boleh ibu pergi sana kan senang. Ibu bukan apa cuma rindukan Citra..." Luah Datin Maherah padanya.

"Nanti free Citra balik okay ibu? Kirim salam pada ayah.."

"Citra okay tak ni?"

"Ya ya Citra okay je ibu jangan risau. I'm a big girl ibu.."

"Hmm okaylah kalau begitu, ingat jangan diikutkan sangat hati tu... Yang lepas tu biarlah lepas. now focus on the future okay sayang ibu ni?"

Tengku Citra faham sangat akan maksud ibunya itu kerana wanita itu bimbangkannya terlalu fikirkan tentang kisah lalunya itu.

"Ya Citra faham..tapi untuk melupakan bukan senang ibu. Apalagi ia mengenai orang yang paling kita cintai yang sanggup menghancurkan hati dan perasaan ini." Jujur Tengku Citra pada ibunya.

"Ibu faham sayang, tapi jangan diikutkan sangat ya? Move on and get a better life."

"Thanks ibu, okay talk later..Citra nak solat asar ni. Assalamu'alaikum..."

       Bagaimana harus dilupakan tentang semua kisah cinta antara kita yang telah lama terbina sejak dulu sedangkan hati ini sungguh payah untuk melupakan diri kau Syed Emir Idrus. Biar punah hati ini kau robek namun masih terselit rasa cinta buat diri kau yang aku rindukan. Hati kecil Tengku Citra berkata sayu.


                                           *************************************
 
        Dua jam perjalanan pulang ke rumah mamanya akhirnya berlalu sudah dan kini mereka bertiga telah pun selamat sampai di rumah Puan Maria. Noah membantu Dian dan Puan Maria mengangkat bagasi dan beberapa beg lain dari bonet keretanya.

"Rindunya rumah ni dah lama rasanya tak balik...." Tutur Noah pada Dian di luar rumah mama gadis itu.

"Haih macam dah buat rumah sendiri nampak?" Perli Dian.

"Eh mesti...rumah bakal mak mertua lebih kurang sama dengan rumah sendiri tak gitu mama eh mak cik?"

Puan Maria hanya tergelak kecil mendengarkan reaksi Noah pada Dian.

Dian hanya ketap bibir malas mahu melayan perangai 'gila' Noah yang makin menjadi sejak dia pulang ke sini.

"Noah nak balik KL bila?" Soal Dian.

"Aik? Macam tak suka je kita kat sini."

"Bukan macam tu maksud Dian..kan Isnin Noah kerja. Mesti kena balik selewat-lewatnya hari Ahad esok."

"Boleh minta cuti.."

"Banyak hodoh nak minta cuti. Baru kerja dah nak cuti banyak cekadak!"

"Daddy mesti bagi punya sebab balik rumah bakal mak mertua kan.." Noah mengenyit nakal kepada Dian.

Dian terkesima tak sangka anak teruna Dato' Razuan Wong ini semakin nakal dan miang sejak dua menjak ini. Tersalah makan ke lelaki ini? Ke salah makan ubat? Bentak Dian sendirian.

                                                   *********************************

         
        "Citra nak makan apa-apa? Tak nak makan nasi? Mak Mah tak mahulah masak tapi Citra tak makan sayang membazir. Hari ini Citra makan roti bakar je masa sarapan tadi." Tegur Mak Mah pada Citra disaat melihat majikannya itu turun dari tingkat atas.

"Tak apalah Mak Mah, Mak Mah masak untuk Mak Mah makan je dulu. Kalau saya nak apa-apa saya beritahu okay?" Jawab Citra.

"Baiklah..jangan dibiarkan perut kosong nanti masuk angin ha Mak Mah juga yang susah nanti."

Tengku Citra hanya tersenyum sebelum berlalu pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Matanya tiba-tiba menangkap pandang akan sebuah potret gambar yang tergantung di dinding ruang tamu tersebut.

"Mak Mah...nanti ambil simpan potret gambar ni dan yang atas meja tu ya? Jangan tinggalkan satu pun okay?" Arah Tengku Citra pada pembantu rumah tersebut.

Mak Mah yang mendengarkan kata-kata majikannya itu menghampiri Tengku Citra dengan pandangan tercengang.

"Nak disimpan ke Citra? Nanti kosong pulak dinding dengan meja tu nanti."

"Tak apa..nanti saya nak letak gambar saya dan keluarga di sini. Jangan lupa ya Mak Mah."

"Baiklah. Mak Mah faham..."

  Mata Tengku Citra sedikit sayu melihat gambar-gambar yang dirakam di suatu ketika dulu disaat cinta sedang bersemi indah di antaranya dan Syed Emir. Tapi sayang, semuanya lenyap dalam sekelip mata sahaja sekali gus meremukkan hatinya sehingga sekarang.


Tuesday, 4 August 2015

The Healing Love - Part 40


       Setelah  lima hari meluangkan masa bersama Cik Su Madeena di tempatnya di Riyadh, kini masanya untuk Dian dan Puan Maria pulang ke tanah air tercinta menaiki penerbangan Emirates ke KLIA.
Berat hati Dian untuk berpisah dengan Cik Su Madeenanya namun dia terpaksa akur dan walau ditahan air matanya daripada gugur dari tubir mata, akhirnya air jernih itu tertitis juga sehingga dia tersedu-sedu.

"Hey...no crying please. I may cry when seeing you crying my darling. Insya Allah nanti cik su balik okay?" Kata Puan Madeena kepada Dian yang sedih untuk berpisah dengannya.

"Bila?"

"I'll try my best to be back by June masa cuti sekolah. Dah tak mau sedih-sedih, hodoh la nangis ish."

"Madeena take care okay, anything call us. Nanti balik inform la...we all will be loving and missing you dik." Celah Puan Maria yang menyembunyikan sebak. Lantas dipeluk kakaknya itu untuk melepaskan rindunya yang sudah lama tidak bersua.

    Pengumuman di ruang airport mengumumkan bukaan balai berlepas penerbangan Emirates ke Malaysia menambahkan lagi sedih dan sebak Dian terutamanya.  Entah bila lagi bisa bertemu bersama satu-satunya ibu saudaranya ini. Sudahlah masa selama hampir empat belas tahun sudah tersia begitu sahaja dan sesekali dia tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi dalam keluarganya.

"Alright, time's up...it's the time to boarding. See you next time insya Allah. Have a safe journey back home!" Ucap Puan Madeena kepada Dian dan kakaknya.

"Bye cik su...nanti Skype okay?"

"Okay sayang...sekarang hajat cik su dah tercapai walaupun berjauhan dengan Meena dan mama sebab keluarga kita dah bersatu dan Meena tidak ada alasan lagi untuk menangis. One more thing, update cik su pasal calon bakal menantu anak saudara cik su ya? I don't want to miss any single thing about it."

Dian tersenyum sedikit mendengarkan ayat-ayat cik sunya itu. Pasti dia akan berkongsi cerita tentang hal itu kerana cik sulah satu-satu ibu saudaranya yang dia ada dulu, kini dan selamanya.


                      *********************************************************


 Salam, hello Fath do you know when is exactly Dian and her mom will be back in Malaysia?

W'salam hey apa cerita lama tak contact kau Noah? Eh kau tak tahu ke dia orang sampai esok, kalau flight tak delay pukul sebelas sampai la katanya. 

Serius? Siapa ambil dia orang kat airport nanti?

Eh betul la..aku lepuk kang nanti nak? Anyway, rasanya tak tahu lagi siapa yang ambil nanti cause abah Dian pergi Kalimantan ada kerja kat sana time dia orang sampai. 

Oh k thanks babe :)

                           
       Sedang Fath khusyuk dengan phone dia, Kak Sharmaine datang dan masuk senyap-senyap sengaja ingin memeranjatkan adiknya itu.

"Hah! Mesej dengan buah hati la tu!"

"Oh mak kau sundal bolong pakai kain berkemban! Eh! Mak kau hijau eh akak! Hish...terkejut la orang. Tak reti nak ketuk dulu ke bagi salam sebelum masuk? Main terjah je...."

Kak Sharmaine tergelak terbahak-bahak mendengarkan adiknya yang melatah secara spontan dek kerana terkejut dengannya tadi.

"Ha ha ha! Fath latah apa tadi, ulang balik ha ha ha! kalau mak kakak sundal bolong, mak Fath apa eh?" Kak Sharmaine tidak dapat menahan dirinya daripada terhambur ketawakan adiknya.

Sudahnya dengan Fath sekali terbahak-bahak ketawa bersamanya.

"Akak la punya pasal ni..terkejutkan Fath lagi! Tak pasal-pasal mama dapat nama."

Kak Sharmaine ketawa lagi kali ini lagi kuat bunyi kekekkannya sehingga senak perutnya.

"Okay, okay enough! Mak aihh sakit perut kakak dibuatnya..tapi serius kelakat gila tadi bila Fath melatah!"

Fath hanya menulikan telinganya malas nak terjebak dengan kakaknya yang ketawa sakan akannya yang termelatah tadi.

"Okay, ni masuk terjah bilik ni nak apa?" Fath cuba mengalih topik.

"Nak cari sundal bolong berkemban! HAHAHAHA!" Balas kakaknya menyambung lagi ketawanya sehingga berair mata.

"Okay, fine..gelaklah puas-puas. Huh!"

"Fath mesej dengan buah hati eh?"

"Tak, Noah okay..."

"Aik sudah bertukar buah hati ke?"

"Alahai, nak kena maki dengan Dian? Noah tanya bila Dian balik sampai sini so Fath kata la esok pagi...."

"Oh begitukah? Hmm...Fath adikku sayang yang paling cantik di dunia..."

"Hmmm mula dah dia...ini mesti ada something nak minta tolong kan?"

Kak Sharmaine tersenyum penuh makna.

"Hee..Kak Sharmaine dah survey baju pengantin tapi kan masa kakak pergi hari tu Fath pula tak ada so this time I want to ask you to go with me to the boutique. Try baju yang kakak suka tu, well actually I gave the designer my dream wedding dress's design and dah siap pun cuma belum cuba."

"Oh begitukah? Ha...okay jom!"

"Haih pergi dengan seluar pyjama? You crazy or what?"

"Eh astaga! Okay Fath mandi dulu tunggu kat bawah tau..nak tunggu dalam bilik pun okay jugak ha ha ha."

"Penakut! Siang-siang ni mana ada sundal bolong Fath oiii.."

"Ceh!"

                                   ***********************************************

          Perjalanan terus tanpa sebarang transit melegakan hati Dian kerana tidak perlulah mereka berlama untuk sampai di Malaysia nanti. Rindunya pada dua sahabat baiknya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu rasanya.

      Kini dalam kurang tiga jam dia bakal mendarat di KLIA sebelum pulang ke rumah mamanya di Pahang.
Betapa bersyukurnya dipanjatkan kepada Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu kerana dia dan mama berjaya menunaikan umrah dengan lancar sekali dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mereka di sana.

"Malaysia...I'm coming back!" Omelnya sendirian di tempat duduknya di dalam pesawat tersebut.

Dek kerana teruja untuk pulang ke tanah air, matanya tidak betah untuk pejam dan dia layan filem yang terdapat di dalam skrin interaktif di hadapannya itu manakala mama sudah lama dibuai mimpi indah barangkali.


                                 ***************************************************

          Pagi ini seperti biasa, sebelum ke pejabat Noah akan bersarapan bersama daddy dan uminya terlebih dahulu sebagai alas perut dan tidaklah dia berlengah setibanya di pejabat untuk bersarapan lama-lama di kafe bawah pejabatnya. Bolehah dia menyudahkan kerjanya yang berlambak yang perlu dibereskan.

"Hai..happynya orang tu pagi ni?" Ujar Puan Nasha Emily hairan melihat anak bujangnya gembira semacam.

"Tak nak share?" Tambah uminya lagi.

"Dian dengan mama dia sampai hari ni dari Riyadh. Noah nak minta izin daddy nak jemput dia orang kat airport boleh? Sebabnya, abah Dian tak boleh jemput sebab dia ke Kalimantan kerja.."

"Of course my son. Anything for my future daughter in-law!" Selamba jawab Encik Razuan Wong sambil menghirup teh buatan isterinya tersayang.

"Thanks daddy!"

"By the way we got an important meeting with Skyview Property at 9 a.m this morning and what time they will be arrive?"

"If fight is not delayed, by 11 a.m. daddy.."

"Oh...if that case, I'll let you go earlier."

Bertambah manis senyuman Noah tatkala mendengar 'lampu hijau' daddynya itu.

"Lepas ambil dia orang nak bawa ke mana? Rumah mak cik Maria kan kat Pahang?"

"Noah rasa Noah bawa dia orang transit sini dulu, esok kan Sabtu? Noah hantar esok je la..okay tak umi?"

"Hmm brilliant! Boleh la umi jumpa bakal besan dan menantu umi he he he..."

Noah mengenyitkan matanya kepada uminya sambil menyuapkan roti bakar ke dalam mulutnya.
   

                                           ****************************************

        Kini Dian dan Puan Maria telah pun selamat mendarat di KLIA dan sedang menunggu bagasi mereka di tempat mengambil bagasi.

"Betul ke Noah nak ambil ni?" Soal Puan Maria lagi untuk kali ke tiga.

"Ya mama...dia pesan tunggu kat sini sampai dia sampai. Mungkin dia dah on the way kot."

"Hmm okay...bakal menantu mama nak ambil."

Dian memegang tangan mamanya "Mama! Ish..behave please.."

"Alright darling.."

       Usai selesai urusan mengambil bagasi, mereka ke kafe berdekatan di dalam KLIA untuk minum-minum sambil menunggu kedatangan Noh untuk menjemput mereka.


                                       *******************************************

    "Daddy...Noah minta diri dulu okay? Mesti Dian dengan mama dia dah ada di airport dalam setengah jam lagi. Bimbang jalan jammed je dekat tengah hari." Kata Noah meminta izin dari daddynya untuk keluar dari bilik mesyuarat itu.

        Setelah 'diluluskan' untuk keluar dari bilik tersebut, patas Noah melangkah keluar dan bergegas untuk ke tempat parkir kereta di aras bangunan bawah dimana Camry Hybrid putihnya diparkir.

     Sebelum sempat dia melangkah keluar dari muka pintu pejabat, Tengku Citra menyapanya dari jauh.
Dalam hati Noah berkata "Duh, time-time nilah dia nak muncul..."

"Where are you going? The meeting is not finish yet..." Ujar Tengku Citra yang baru selesai ke tandas.

"Oh..Dato lepaskan I, okay I'm in hurry right now want to go fetch up someone." Jelas Noah.

"Who? Your brother?" Tebak wanita itu inginkan jawapan yang spesifik.

"No..someone very important and special to me!" Balas Noah dengan sedikit tegas.

"Yalah...siapa?"

"My fiancee and her mom. Okay bye!" Tanpa berlengah Noah terus hilang dari situ dan menuju ke lif untuk segera ke KLIA bimbang Dian dan mamanya menunggu lama.

Tengku Citra terkesima seketika di situ.

"Oh..he's been engaged to someone! Yet still not married and available.." Omel Tengku Citra sendirian.

       Kemudian, barulah dia melangkah masuk kembali ke dalam bilik mensyuarat untuk menyambung semula sesi perbincangan mereka tadi. Fikirannya kini tidak seperti awal-awal tadi kerana terganggu dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Noah sebentar tadi.

"My fiancee and her mom..." Kata-kata Noah itu bermain di benaknya sehingga dia ditegur oleh ayahnya, Tengku Maher yang perasaan akan dirinya yang tidak fokus ketika perbincangan diadakan.

"Tengku Citra, I would let you to explain in details of the design that will be constructed for the new unit condominium to our partner."

Tengku Citra tersentak dan tak tahu hujung pangkal saat ini. Mujur Katrina ada di sebelahnya memberi petunjuk secara diam-diam melalaui tulisan di kertas kerjanya.

"Thanks." Ucap Tengku Citra pada setiausahanya sebelum menerangkan tentang reka bentuk kondominium yang bakal mereka bina secara terperinci.



                                          *****************************************
   
         Dian dan Puan Maria sedang menikmati sarapan untuk kali kedua di sebuah kafe terletak dalam lapangan terbang tersebut sementara menunggu kedatangan Noah untuk menjemput mereka berdua.

"Dah setengah jam ni batang hidung bakal menantu mama tak sampai-sampai ni?" Omel Puan Maria setelah dikerling jam di pergelangan tangannya.

"Sabarlah sikit...sabar itu kan separuh daripada iman. Ha panjang umur tu dia dah sampai!"

Kelihatan Noah mendapatkan mereka dengan penuh senyuman manisnya yang bisa menggugat hati mana-mana perempuan di saat ini. Segaknya lelaki ini berkot dan berkemeja! Puji Dian secara sembunyi di dalam hati pada masa yang sama lega apabila dapat bertemu semula dengan Noah setelah dua minggu memendam rindu yang terbuku di hati.

"Assalamu'alaikum..sorry lambat tadi ada mesyuarat." Kata Noah masih tersenyum manis.

"Wa'alaikumusalam eh tak apa...bukan lama pun baru je sampai dalam setengah jam tadi. Susahkan Noah je nak ambil kita orang kat airport lepas tu nak hantar ke stesen bas pulak."

"Stesen bas?"

"Yalah, boleh kan Noah hantar mak cik dengan Dian ke stesen bas? Nak balik rumah la Noah ish.."

Noah tersenyum lagi. Alahai...omel Dian di dalam hati.

"Siapa kata saya nak hantar mak cik dan Dian ke stesen bas?"

"Aik dah tu? Takkan nak culik kita orang pulak?" Tambah Puan Maria cuba berlawak.

"Saya bawa mak cik dan Dian ke rumah umi dulu..esok saya hantar balik Temerloh okay? Hari ni rehatlah dulu kat rumah boleh borak-borak dengan umi."

"Oh..langkah kanan la kita ya Meena? Bagus juga idea Noah tu...so jom kita beransur? Noah mesti nak masuk office pulak lepas ni kan?

"Ikutkan hati saya nak ambil setengah hari je hari ni mak cik tapi banyak kerja bertimbun macam Gunung Everest yang nak kena siapkan."

"Oh..tak apalah nanti apa pulak kata Dato Razuan Wong nanti membebel pulak macam datuk kebayan."

Noah tergelak mendengarkan mama Dian menggelarkan daddynya 'datuk kebayan'.


                                        *********************************************

         Setibanya mereka di rumah keluarga Noah, Puan Nasha Emily, umi Noah sudah pun menunggu di depan pintu rumah menyambut kedatangan Dian dan mamanya ke rumahnya. Sungguh teruja wanita berusia lima puluh tahun itu melihat Dian dan Puan Maria setelah lama tidak bertemu.

"Apa khabar anak perempuan umi seorang ni? Sihat? Macam mana umrah?"

"Alhamdulillah...sihat umi. Umrah was so awesome umi..umi makin cantiklah!"

"Ish ada-ada je Dian ni..Maria apa khabar? Ada jodoh kita berjumpa lagi ya.."

Setelah bersalaman dan berpeluk dengan Dian, umi Noah berlaga pipi dan berpeluk dengan Puan Maria, mama Dian.

"Umi ni suka sangat, over the moon gitu bila 'bakal menantu dan besan' datang ke rumah."

Tak semena-mena pipi Dian hangat kemerahan menahan malu rasanya nak masuk dalam kain.

"Eh mari masuk kita makan dulu, umi masak special tahu Dian dengan mama nak datang."

"Thank you umi..segan pulak Dian asyik datang rumah umi tapi umi tak pernah pun pergi rumah Dian."

"Itu tunggu...tak lama lagi datanglah umi..tapi bukan sebarang datang tapi datang 'berhajat'."

Dian keliru dan bingung akan kata-kata yang dimaksudkan oleh umi Noah itu.

Sementara Noah sudah tersenyum-senyum sejak dari airport lagi.

"Datang la ke Pahang pulak berjalan tengok Sungai Pahang, nanti saya masakkan menu famous ikan patin masak tempoyak untuk Kak Maria ya? Bawa semua sekali tau.. mesti seronok makan ramai-ramai."

"Insya Allah memang berhajat nak ke sana pun..nantilah kita rancang. Nah pinggan makan...makan Dian jagan malu-malu nanti lapar anak umi ni." Ujar Puan Nasha Emily dengan ramah.

Dalam benak Dian ligat berfikir akan 'hajat' umi Noah itu sambil menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan.


                                                ************************************

               Usai mesyuarat bersama dengan syarikat hartanah  Datuk Razuan Wong, Tengku Citra dan ayahnya Tengku Maher pulang ke pejabat mereka menaiki satu kereta. Kebetulan setiausaha Tengku Citra menaiki keretanya sendiri dari rumah lagi terus ke syarikat tersebut. Kini hanya mereka berdua serta pemandu yang memandu mereka ke Skyview Property.

"Ayah tengok tadi Citra tak fokus langsung pasal our discussion. Why? Is there something bothering your mind?" Tanya Tengku Maher pada anak sulungnya itu.

Tengku Citra memandang wajah ayahnya. Patutkah dia bertanya tentang Noah pada ayahnya lebih-lebih lagi mengenai urusan peribadi lelaki itu.

"Citra? Come on...why?"

"Err...ayah, anak Dato Razuan tu dah bertunang ya?" Dengan teragak-agak Tengku Citra bertanya pada ayahnya.

Tengku Maher tersenyum mengerti akan pertanyaan anaknya itu.

"Bertunang? Setahu ayah belum lagi...kalau ya mesti Dato' Razuan jemput ayah untuk ke majlis pertunangan anaknya. Kenapa tiba-tiba Citra tanya pasal Noah dah bertunang?"

"Huh? Err...just asking. Tapi.."

"Tapi apa? Noah itu baru je habis belajar..baru nak graduate. Takkan dah bertunang dan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Citra sukakan Noah?"

Tengku Citra tersentak mendengarkan persoalan ayahnya itu.

"Eh mana ada! Pandai-pandai je ayah ni..cukuplah apa yang Citra dah lalui selama ni ayah.Parutnya masih ada..dan tak mungkin dilupakan sebegitu sahaja."

"Ya ayah faham..tapi lumrah manusia inginkan teman hidup dan berkasih-sayang. Barulah saling melengkapi, macam ayah dengan ibu.."

"Itu ayah dengan ibu...bukan Citra. Citra cuma tak sanggup terluka buat kali kedua."

"Gagal kali pertama tak bermaksud gagal kali kedua Citra. Selagi bukan suami orang, Citra berhak untuk mendapatkan lelaki itu. You deserve to be happy honey."

Tengku Citra hanya tersenyum hambar dan wajah Noah berlegar di mindanya. Entah kenapa sejak pertemuannya dengan COO dari syarikat hartanah tersebut membuatkan dia ingin mengenali lebih lagi akan perihal lelaki yang bernama Noah Ismail Razuan Wong.
                                           

Monday, 3 August 2015

Just before I....



Dear you,

Hi.

Honestly I've been missing and longing everything about you

Missing of your voice

Missing your jokes

Missing of your laugh

Missing of your smile

Yet not pretty sure if you feel it the same way

of what kind of feeling I had to bear with right now.

Some how there's like emptiness when not hear from you

such everything what I did is not fall into its places.

I have no idea whether you have thrown your dumb or smartphone into your cat's mouth

or you not in purpose have been throwing it into the toilet bowl when you're 'investing'.

Yet even I try to stop from getting in touch with you, but it's still coming to me

you know

yes between us there's nothing relationship but we did knew each other after all

and we perhaps integrating each other in our own way indirectly.

There's no use of getting mad just because of you

though may increase my blood pressure from bad to worse some how.

Just before I pen off,

"call me, I miss your voice."






Friday, 31 July 2015

The Healing Love - Part 39


        Empat hari di bumi Madinah cukup membuatkan Dian menimba pelbagai pengalaman baru di sana sama seperti mamanya dan Cik Su Madeena. Hari ini hari terakhir mereka di sini sebelum pulang ke Riyadh dimana tempat Cik Su Madeena tinggal. Dian dan Puan Maria akan meluangkan dalam seminggu lagi berada di Riyadh sebelum pulang ke tanah air. Bukan senang untuk berjumpa dengan Cik Su Madeena yang boleh balik setiap bulan ke Malaysia jadi peluang ini harus digunakan sebaik mungkin.

"Selamat tinggal Madinah...jumpa lagi lain kali kalau ada rezeki." Tutur Dian sebak.

Puan Madeena memegang bahu anak saudaranya dan berkata "Nanti kita datang lagi ya?"

"Meena...semua dah simpan elok-elok dalam luggage? Your passport? Kurma dengan yang lain mama tumpang luggage Meena tau sebab luggage mama dah tak muat." Celah Puan Maria.

"Okay..." Jawab Meena dengan nada sedikit kendur.

"Ada orang sedih nak tinggalkan Madinah ni..." Kata Cik Su Madeena tidak tuju pada siapa-siapa.

Tanpa sedari, mama Dian menghampiri anaknya dan memujuk persis anak kecil.

"Nanti kalau ada rezeki, sihat tubuh badan kita datang sini lagi. Mungkin buat haji...siapa tahu kan?"

Dian hanya tersenyum dan sedikit terpujuk dengan pujukan mamanya. Mama...tak pernah gagal dalam memujuk hatinya yang sedih.

"Okay...jom the car's ready. We will have two hours and thirty minutes before boarding." Kata Puan Madeena bersiap untuk masuk ke dalam teksi yang tersedia di luar hotel mereka diami.


                                   **********************************************

       Tengku Citra baru selesai urusan di bank berhampiran dengan pejabat Noah dan tanpa berlengah wanita itu menuju ke tingkat tujuh tempat pejabat Noah ditempatkan untuk berjumpa dengan lelaki itu.
Entah mengapa hatinya rasa ingin lebih mengenali lebih dalam anak bujang Dato Ezuan Wong yang memegang jawatan sebagai COO di syarikat tersebut.

"Tengku Citra..as far as I though the next meeting will be on next Thursday in Hilton." Kata Siti Sherly melihat kelibat COO dari Skyview itu datang di pejabat.

Tengku Citra tersenyum manis sebelum menjawab " Yes I know, but just by coincidence I lalu area ni ingat nak jumpa Noah. Is he in his room now?" Soal Tengku Citra dengan lembut.

"Oh...Encik Noah ada tapi..." Belum sempat Siti Sherly menghabiskan ayatnya, kelihatan Noah muncul dari biliknya dengan berkot segaknya. Cukup berkarisma dan mampu menggugat mana-mana wanita yang melihat ketampanannya.

"Tengku..ops sorry. Citra...what on earth are you here?" Soal Noah berbasa-basi. Seingatnya dia tiada temu janji dengan COO dari Skyview pada hari ini.

"Hi, I just got back from the bank by this area so saja nak jumpa you. Anyway, are you busy right now?"

"Ehem..saya nak keluar sekejap ada client appointment. Sorry..."

"Oh, hmm it's okay. By the way...you will be coming too for the meeting in Hilton this Thursday?"

"Insya Allah...okay I got to go see you later." Ucap Noah sedikit tergesa-gesa.

Tengku Citra mengeluh sedikit dan mengucapkan selamat tinggal kepada Siti Sherly sebelum beredar dari
situ.

                                ******************************************************

        Dato Iman Richard, daddy Fath turun dari tingkat atas banglo mereka untuk bersarapan bersama sebelum ke Ritz Carlton. Mamanya dan kak Sharmaine turut sama ada di meja makan. Memang mereka sangat mementingkan makan bersama seberapa yang boleh dalam sehari bagi mengeratkan silaturahim dan menyuburkan kasih sayang antara mereka sekeluarga.

"Hmm Fath my princess...what's your plan during this semester break?" Soal daddynya sambil menyapu jem di rotinya.

"Err..thought I want to assist whatever that need to be settled of Kak Sharmaine's wedding preparation daddy. Why?"

"Good...but other than that? Why not you come to Ritz Cartlon and learn some new things about the hotel?"

Buntang biji mata Fath lalu dia memandang daddynya dan mamanya serta kakaknya silih berganti.

"Is that okay with you my princess?" Tanya Dato Iman Richard sambil mengunyah roti bersapu jem tadi.

Fath telan liur tak tahu nak jawab apa, jujurnya dia tak bersedia lagi untuk ke Ritz Carlton untuk belajar tentang apa-apa mengenai hotel milik keluarganya itu.

"Tak ready lagi la tu..." Kakaknya mencelah tiba-tiba. Pantas Dian mencubit paha kakaknya.

"Akak tu..ambil architecture tapi balik kerja dengan orang lain daddy tak cakap apa-apa pun?" Kata Fath kurang berpuas hati dengan daddynya.

"Well, I tried to convince her before but she said that she wants to gain and learn with other company before be back to Ritz Carlton, and having said that I just give her about two to three years for it. After all, she needs to be in Ritz Cartlon too."

"Daddy...give me some more time please? I promise I will not let you disappoint with me, cause I will do the best that I can for Ritz Carlton! Yeah.." Kata Fath penuh berharap agar daddynya faham dengan permintaannya itu.

      Dato Iman Richard tersenyum dan mengangguk. Tidak sesekali dia akan mengulangi apa yang telah terjadi pada dirinya pada anak-anaknya. Dahulu, dia sangat meminati dunia penerbangan sehingga sanggup ingkar arahan ayahnya untuk masuk ke sekolah penerbangan di Amerika. Alih-alih, setelah lima tahun berkecimpung dalam dunia tersebut, dia akhirnya akur apabila ayahnya jatuh sakit dan dia berasa serba-salah.

"It's okay Fath...mama dengan daddy tak larang pun anak mama ni nak buat atau cebur dalam bidang apa as long as all of my kids are well succeed in their study. That's enough to make us proud and happy for all of you right sayang?" Kata Puan Juhana dengan lembut dan tenang sekali.

Nasib mama ada tukang 'back up' , gumam Fath dalam hati.

"Your the best ever mama in the world!" Kata Fath sambil tersenyum pada mamanya.


                                           ***************************************

          Sudah sebulan lebih malah hampir dua bulan dia masih tidak menerima sebarang panggilan daripada Dian di Malaysia. Adam tidak pernah jemu menunggu dan terus menunggu akan panggilan gadis itu untuk memberitahu jawapannya. Tidak sesekali dia berputus asa sebelum menyerah kalah.
Dan lelaki ini tidak pernah serik untuk bercinta lagi biar hatinya dilukai banyak kali dan dia yakin dengan jodoh yang ditentukan oleh Dia.

         Gambar di telefonnya dibelek satu per satu tatkala dia dan Dian melawati kota Liverpool, Manchester dan Bath bersama tempoh hari. Inilah yang akan dilakukan setiap kali dia merindui dan teringatkan gadis itu. Entah apa khabarnya di sana. Ikutkan hati ingin saja dia pulang ke tanah air namun apakan daya dek kerana tuntutan tugas di bumi London memaksanya untuk patuh pada arahan ketuanya.

"Hey bro what's up? What on earth a general manager of Ritz Carlton doing here?" Sapa Matthew yang tiba entah dari mana bersama kekasihnya. Matthew merupakan kawan satu universiti dengan Adam dahulu ketika mereka sama-sama menuntut di London City College. Sahabat lamanya itu sekarang bertugas sebagai pegawai pemasaran di salah satu syarikat automotif yang terkemuka di dunia.

"Matthew! Hey how are you dude? Well, as you can see I still the old Adam that you knew since we met before. Come..join the coffee."

"Thanks lad, but no thanks we are in hurry by the way. I need to send Caroline back to her office before I go to the office. We just had our lunch so I'll catch up you later man, have a nice day man!" Ucap lelaki Inggeris itu sebelum beredar dari situ bersama kekasihnya.

Pelik Adam dengan Matthew yang bermadu kasih dengan Caroline sejak di universiti namun masih tiada sebarang ikatan malah bertunang pun tidak. Mungkin mereka tidak mahu sebarang komitmen dalam perhubungan yang lebih serius dan selesa berteman tapi mesra sebegitu tapi sampai bila?

     Baginya, tidak manis sebenarnya jika mengusung anak dara orang ke sana ke mari tanpa ada sebarang ikatan sah iaitu perkahwinan namun dia faham dengan budaya di sini yang jauh bezanya dengan budaya Melayu yang sangat mementingkan agama dan adat. Di sini, walaupun tidak berkahwin mereka sudah pun mempunyai anak dan tidak menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang malah lebih ekstrem lagi dengan wanita di sini sanggup menjadi 'ibu tumpang' demi mendapatkan zuriat sendiri dari benih suaminya.

     Adam lebih gemar jika ikatan perkahwinan yang sah berlaku sebelum melakukan apa-apa yang tidak dibenarkan. Sudah sah, yang haram pun jadi halal dan dengan bernikah meluaskan yang halal dan menyempitkan yang haram. Islam itu mudah dan senang.

                                           

***********************************

            Assalamu'alaikum Dian..semoga Dian, cik su dan mama sihat-sihat sentiasa di kota suci sekarang ini. Kami semua menunggu kepulangan Dian dan Mak Cik Maria di sini.

Diharap Dian tidak lupa untuk banyakkan berdoa di depan kaabah dan jabal ramah untuk hubungan kita :)

Kirim salam sayang buat mak cik dan cik su okay!

Take care my dear sweet honeydew :)


Sungguh tidak Dian sangka dia menerima mesej dari Noah yang jelas amat merinduinya di sana. Sama juga dengannya yang memendam rindu buat lelaki itu. Tapi, dia bertegas terhadap diri sendiri untuk tidak terlalu ikutkan perasaan sedangkan antaranya dengan lelaki itu tiada apa-apa ikatan sah.


"Hai senyum seorang nampak anak dara akak seorang ni? Siapa hantar mesej agaknya ya?" Ujar Puan Madeena melihat anak saudaranya tersenyum-senyum seorang diri bersama telefonnya.

"Tengok..kita cakap pasal dia pun tak dengar. Mesti mesej 'cinta' ni!" Tambah Puan Madeena.

"Meena...siapa hantar mesej tu?" Soal Puan Maria tertanya-tanya siapakah gerangan pengirim sms itu.

"Hah? Err..Noah mama. Dia kirim salam pada mama dan cik su."

"Oh bakal menantu kakak rupanya ha ha ha!" Kata Puan Madeena tergelak sakan.

"Cik su! Eeee mana ada... propa je lebih." Dian berselindung malu.

"Malu tapi mahu katakan saja Meena he he he. Tak lama makan nasi minyaklah kita semua ya kan Kak Maria? Lepas tu timang cucu meriah rumah nanti!" Galak Cik Su Madeena mengusik Dian sehingga anak gadis itu diserbu malu hingga merah pipinya.

"Blushing! Nah see...it's means true and you can't hide from me anymore my dear darling." Tambah cik su.

"Mama, tengok cik su ni! Ish...benci tau. Suka sangat kenakan Meena.." Dian minta mamanya membela.

"Hmm mama pun rasa tak sabar nak dapat menantu dan timang cucu la.." Celah mamanya selamba.

Dian membulatkan biji matanya tak sangka mamanya 'tag team' dengan cik sunya.

"Ok fine!" Katanya dan mengalah akhirnya.


                                        ******************************************

          Setibanya Noah masuk bersama Camry Hybridnya di perkarangan hadapan rumah baglo milik keluarganya, pantas Khaleef mendapatkannya untuk menuntut coklat yang dijanjikannya. Si kecil ini kalau berjanji pasti akan dituntut dan sentiasa ingat sehingga orang tersebut menunaikan janji kepadanya. Nasib Noah sentiasa melunaskan janjinya terhadap si kecil ini.

"Abang...where's my chocolate?" Tanya si kecil sejurus lelaki itu keluar dari keretanya.

"Aik! Tak balik lagi budak comel ni? Kakak dengan umi mana?"

"Coklat?" Soal si kecil itu lagi terkebil-kebil memandang abang sepupunya itu.

Pantas Noah mengukirkan senyuman dan mengeluarkan sebuah coklat bar yang dibelinya di Seven Eleven berdekatan dengan pejabat tadi dari beg plastik di tangannya.

"Yeay yeay nak nak! Give me that..." Kata Khaleef penuh teruja.

Noah pula menunjukkan pipinya dengan jari telunjuk tanda minta dicium dahulu sebelum memberikan coklat kepada si kecil itu. Sudah menjadi tabiatnya membuat sebegitu. Dengan patuh semata-mata inginkan coklat kegemarannua itu, Khaleef pun memberikan sebuah ciuman di pipi Noah.

"One more..here." Kata Noah pada Khaleef menunjukkan pipi sebelahnya lagi dan si kecil dengan akur menciumnya.

"Ok here you go..oh wait say what?"

"He he he thank you abang!"

"Some more?"

"I love you....muahh!" Tutur si comel yang makin petah berkata-kata.

Akhirnya barulah Noah memberi coklat tersebut kepada Khaleef dan mendukung si kecil itu masuk ke dalam rumah.

"Come..we go to umi. Where's umi? In kitchen or upstairs?"

"In the kitchen with kakak!" Celah si kecil yang tersenyum-senyum sejak mendapat coklatnya.


                                       *******************************************

        Fath baru masuk ke dalam rumah setelah selesai mengambil tempahan kad undangan majlis perkahwinan kakaknya sebentar tadi. Terasa dirinya dilanda bosan tatkala ini apabila sahabat baiknya sekarang tiada di sini dan dia pun tak kerana uruskan hal-hal berkaitan majlis kahwin Kak Sharmaine jangan harap dia akan keluar rumah sejak cuti semester dua minggu lepas.

"Hai, cepatnya balik? Macam mana dah siap kad kahwin kakak?" Tanya Puan Juhana, mama Fath.

"Cepat ke? Tengoklah siapa..he he he! Dah semuanya siap ditanggung beres, Fath suruh dia orang print seribu keping biar lebih jangan kurang. Cukup tak mama?"

"Insya Allah cukup...kawan-kawan grandpa, daddy, mama, kakak, Fath, eh cukup kot."

Fath tersenyum sambil melepaskan penatnya di sofa di ruang tamu banglonya itu.

"Nah minum air ni dulu...kesian anak mama letih ya?" Puan Juhana membawakan Fath segelas jus oren kepadanya.

"Aww that's so sweet of my mama! Thank you...gila tak letih ma, ada ke patut Kak Sharmaine suruh Fath jadi 'wedding planner' dia? Oh my god!"

Puan Juhana hanya tergelak kecil melihat omelan anak bongsunya walhal dia yakin seratus peratus bahawa jauh di sudut hati anaknya itu sudi sangat nak tolong membuat persiapan perkahwinan kakaknya. Bukan dia tak tahu bahawa Sharmaine telah mengupah seorang perancang perkahwinan awal-awal lagi. Sengaja anak gadis sulung itu ingin mengenakan Fath.

"Dia nak la..adik dia sumbang idea untuk hari besar dia. That's meaningful to her. Lagipun Fath kan ada seorang je kakak?"

"Hmm...yelah tapi kan mama dia suruh Fath buat dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara! Of course tired meyh!" Omel Fath macam nenek kebayan.

"Bukan selalu, just once in your life honey...that's what we called sacrifice. And that shows she trust in you sayang...so mama yakin anak mama ni boleh plan the best ever wedding for your big sister."

    Fath tersenyum dan kembali bersemangat untuk meneruskan merancang perkahwinan satu-satu kakaknya, Kak Sharmaine yang bakal mengikat tali perkahwinan dengan suami pilihannya tiga bulan dari sekarang.
Memang dia sudah tahu apa yang ingin dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis kakaknya itu nanti dan semestinya dia akan lakukan yang sebaik mungkin malah lebih bagus dari apa yang dia lakukan ketika majlis perkahwinan abang sulungnya dua tahun yang lalu.


                              *******************************************************

          Dian sedang menonton televisyen sambil menemani Cik Su Madeena menyiapkan laporan yang berkaitan tugasnya di hospital. Esok cik su akan kembali bertugas di hospital setelah bercuti seminggu untuk menunaikan umrah bersama Dian dan Puan Maria. Sengaja Dian dan mamanya ingin meluangkan beberapa hari lagi di bumi Arab ini sebelum pulang ke Malaysia. Ingin lepas rindu dengan cik su katanya.

"Eh dah siap ke buat report cik su? Ekspres gila!" Kata Dian melihat cik sunya berkemas-kemas di meja kerjanya.

"Yup! See the brand la..mana main slow-slow ni. Meena tak ngantuk lagi?"

"Hmm...ngantuklah juga saja nak teman cik su buat kerja."

"Ish budak bertuah sungguh! Erm...Meena, kalau cik su tanya sikit boleh?"

"Cik su punya pasal banyak pun tak apa ha ha ha!" Jawab Dian selamba.

"Mama ada cerita pada cik su pasal Noah.."

Dian menumpukan perhatian kepada butir bicara Cik Su Madeenanya daripada menonton televisyen yang sepatah habuk dia tak faham dialog arab yang dikatakan oleh pelakon di dalam tv itu.

"Cerita? Apa?"

Puan Madeena kini duduk berhampiran anak saudaranya sebelum meneruskan kata-katanya.

"Pasal Noah melamar Meena. Dia bagi cincin pada Meena..."

"Oh...cincin tu dia bagi masa birthday hari tu. Kenapa?"

"Meena dah ada jawapan untuk itu? Meena terima?"

"Err..macam mana Meena nak cakap ya? Ish, jujurnya kan Meena tak tahulah cik su.."

"Tak tahu? Means?"

"Okay, sekarang ni bukan Noah je yang proposed Meena tapi ada lagi seorang hamba Allah ini.."

"Adam?"

"Aik macam mana cik su tahu? Jangan cakap mama cerita pada cik su pasal Adam juga?"

Puan Madeena tersengih kerana Dian sudah dapat tangkap dari mana wanita itu tahu segala cerita percintaannya. Dari siapa lagi kalau bukan Puan Maria, mama Dian, kakaknya.

"So..still don't know which one to choose?"

"Cik su...Meena cuma perlukan sedikit lagi masa untuk dapat jawapan untuk semua tu. Meena ada buat solat istikharah tapi...entah Meena tak tahu sama ada boleh percaya dengan mimpi yang datang baru-baru ni."

"Meena mimpi apa hmm?"

"Ada yang indah-indah dan ada yang menakutkan cik su...dan Meena tak tahu apa maksud petunjuk itu."

"Cik su yakin Dia akan kabulkan doa-doa Meena di jabal rahmah baru ni, yakinlah...Dia kan Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Tiada apa yang mustahil melainkan dengan izinNya." Ujar Puan Madeena lalu mendapatkan Dian di dalam dakapannya.

"Thank you cik su...doakan yang terbaik buat Meena okay?"

"Always my dear...you are always in my prayers."


                                    ***************************************************


Dalam silauan cahaya
Membatas pandangan mata
Namun jelas kulihat kamu
Biarpun kusedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh terbang kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam kumimpi indah ingat kamu
Kumerindui kamu

Apa yang kufikirkan
Hanyalah penyeksaan
Biarpun beribu tahun
Dan malah kusedar kau dihatiku
Menuai senyumanmu
   

         Jelas sekali anak sulungnya itu dilanda rindu yang menggunung akan gadis pujaannya, Dian Ameena. Hanya dengan melayan perasaan dengan memetik gitar dan menyanyikan lagu kegemarannya secara akustik bisa mengubat sedikit kerinduan akan gadis manis itu.

"Bapak borek anak rintik, tak ubah sama seperti abang masa pikat saya dulu..." Kata Puan Nasha Emily kepada suaminya yang sedang ralit memerhati Noah di tepi kolam renang.

Encik Razuan Wong tersenyum mendengarkan ayat-ayat dari isterinya.

"Itu sebab saya gilakan awak..tiap malam mimpi dan bayangkan awak. Sama macam anak kita sekarang ni, tengah dilamun cinta sampai kerja dipejabat pun makin hari makin tak menjadi dibuatnya."

"Really? Uish dahsyat penangan cinta Dian Ameena ni..hmm saya rasa la kan...baik kita merisik dan meminang anak dara Puan Maria tu dengan cepat sebelum dikebas orang kan?  Benda baik lebih elok disegerakan dan dipercepatkan tak begitu Dato Razuan?"

"Itulah...saya pun fikir benda yang sama. Apa kata kita tunggu Dian balik dari umrah nanti kita pergi merisik dan tunangkan mereka berdua. Lepas Dian graduated, kita nikahkan mereka amacam?"

Puan Nasha Emily menaikkan ibu jarinya tanda bersetuju dengan cadangan bernas suami tercintanya.

"Okay, jom..." Ajak Encik Razuan Wong kepada isterinya.

"Jom? Nak pergi mana pulak?"

"Kita bermadu kasih...biarlah Noah tu layan perasaan dia. Kalau itu boleh meredakan sikit rindunya pada buah hati dia. Jangan kacau dia..jom!"

"Ish awak ni..umur dah senja gatal lagi ya?"

"Gatal dengan bini sendiri apa salahnya ha ha ha!"

Mereka suami isteri lantas tergelak mendengarkan gurauan yang dicetuskan oleh daddy Noah.
Kemudian, mereka membiarkan anak bujang mereka melayan rindunya di tepian kolam sementara mereka menonton tv di ruang tamu rumah.


nuffnang