Wednesday, 29 March 2017

Cinta Untuk Jasmin 5

Irwan menghantar Qistina di hadapan apartment wanita itu. Ikutkan hati malas ingin dia menghantarnya ke tingkat sebelas namun setelah didesak dia mengalah juga.

“Come, masuk dulu I buatkan tea or hot chocolate for you?” Pinta Qistina menarik tangan Irwan. “No thanks, I penat I nak balik okay.”

“Then come and rest inside. Please?” Suara Qistina dibuat liuk lentok supaya Irwan tergoda akannya. Entah kenapa mudah sekali tembok lelaki yang dipertahankan selama ini dirobohkan dengan pertama kali memasuki ke dalam rumah seorang wanita dan berduaan tanpa segan silu. 
Nafsu bermaharajalela menguasai malam di antara mereka berdua sehingga tersasar dari jalan yang benar. Kini, segala-galanya telah terlanjur dan hanya mereka berdua yang tahu akan perlakuan terkutuk ini.

Awal pagi Irwan tersedar berada di atas katil dan di sebelahnya adalah Qistina. Mukanya diraup mengingati apa yang telah berlaku  malam semalam.

“Bangun, bangun! Hey…” Digerakkan Qistina yang hanya berbaju tidur separa badan yang masih lena dalam tidur. “Bangun Qistina!”

“W-what did happened last night?” Qistina masih terpisat-pisat cuba membuka mata yang masih separuh sedar. 

“Takkan you tak ingat sayang hmm? You feel so tired, and you walked in this bedroom and zzzz you dozed off.” Ujar wanita itu selamba.

 “No, this can’t be happened! This is wrong!” Pantas Irwan bangun dan mencapai kemejanya di atas lantai dan beredar dari situ. Bukan dia tak ingat apa yang terjadi malam semalam, malah jelas di otaknya disaat nafsu tidak lagi dapat dibendung dan syaitan sudah menguasai. 

Malu pada dirinya sendiri dengan perbuatannya itu apabila tersedar dosa besar yang telah dilakukan itu.


“Irwan,wait !” Jerit Qistina cuba menghalang lelaki itu daripada pergi meninggalkannya dan akhirnya dia terjelopok jatuh di muka pintu bilik menangisi kesalahan yang dia sendiri tahu sememangnya salah dan berdosa. 



Credit

Jasmin bernyanyi-nyanyi lagu kegemaran terbarunya yang sedang hangat dipermainkan di corong radio, closer oleh Chainsmoker sambil membasuh pinggan mangkuk di dapur. Kehadiran Pn.Jazwin di belakang langsung tidak disedarinya oleh sebab terlalu asyik.

 “Amboi anak dara seorang ni, nak kahwin dengan orang tua ke nyanyi kat dapur?”

“Astaghfirullah! Mama….terkejut Jas tahu! Tengok ni, tegak bulu roma.” Jasmin melatah terkejut silap-silap boleh luruh jantungnya.

 “Yelah syok sangat menyanyi sampai mama masuk pun tak perasan. Orang kata, anak dara nyanyi sambil buat kerja kat dapur nak kahwin dengan orang tua.” Ujar Puan Jazwin yang berdiri di sebelah Jasmin.

“Ish mana ada, mengarut semua tu. Mati hidup balik pun tak hingin berlakikan orang tua, minta jauhlah!” Omel Jasmin tak dapat bayangkan jika ia betul-betul berlaku.

“Tua tak apa, janji kaya ! Kaut semua harta dia hahaha.” Puan Jazwin terlebih berimaginasi pulak. 

“Amboi mama so materialistic! Hmm…”

“Ha…ni mesti ada sesuatu nak cakap. Apa Jas nak kahwin?” Puan Jazwin dapat menangkap dari riak muka anaknya itu.

“Eh, belum cakap lagi dah tahu?” Jasmin tersenyum.
 “Mama serius ni, Jas tu dah nak dekat tiga puluh tahu? Ada calon yang sesuai untuk kenalkan pada mama? Siapa?”

“Actually, Jas tak tahu macam mana nak cakap. Antara kami tak ada kata yang mengatakan bahawa kita orang bercinta. Jas suka tiap kali ada dengan dia, bila dia muncul, rasa selesa tapi…entahlah atau, Jas syok sendiri? Oh no!” Luah Jasmin pada ibunya yang setia mendengar. 

“Siapa dia?”

“Dia yang mama kata comel tu?” Jasmin cuba menguji memori mamanya sama ada ingat atau tidak pada gambar Imran yang dilihatnya suatu ketika dahulu.

“Badut tu? Jas biar betul?” Puan Jazwin menjongketkan keningnya tak percaya apa yang didengarnya.

 “Itu dulu, sekarang bakal CEO Entigo that power with men’s suits.”

“Aik, dia buat magik ke apa jauh benar beza dari badut ke CEO ni? Boleh percaya ke ni?” Puan Jazwin mengurut dagunya sedikit ragu-ragu.

“Imran, son of Datuk Iedlan that’s him. Jas pun tak sangka, well dulu dia ada family conflict a bit that’s made him to be a clown. And now, I think he has stole something from me. He stoles my heart mama, yes he did.”

Credit

Pintu bilik diketuk Imran sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Datuk Iedlan setelah diarah oleh insan yang paling dia hormati itu. Dilihat Irwan juga berada di dalam bilik tersebut lalu dia mengambil duduk di sebelah lelaki itu secara profesional. 

“Ada apa Datuk panggil saya ke sini?” Soal Imran tanpa berlengah. 

“Daddy nak Imran dengan Irwan uruskan meeting dengan manufacturer di Jepun untuk keluaran yang akan datang ini. So, you guys have a week from now to ready all the paper works and designs etc before flying to Tokyo. I hope both of you will give all out cooperation for this project.” Serentak mata Imran dan Irwan menghala ke arah lelaki bernama Datuk Iedlan itu.

“Kenapa? It’s all about time and it has arrived sons. Tiba masanya kamu berdua belajar bagaimana untuk berkerjasama untuk teruskan legasi Entigo kita ni. Gunakan segala ilmu yang telah kamu perolehi di London Business School dulu untuk syarikat ini Imran dan Irwan, I trust of your marketing power that you posessed all these while. Fiona juga akan ikut untuk meeting itu dan dia akan bantu apa yang kamu perlukan okay? So, all the best to the two of you.” Ujar Datuk Iedlan penuh dengan harapan akan mereka berdua.

“Insya Allah Datuk, we will do the best we can for Entigo.” Balas Imran sedia menyahut tugasan dari ayahnya itu merangkap ketua syarikat tersebut. Irwan sekadar mengunci mulut sedikit muak mendengarkan kata-kata yang keluar dari Imran tadi. 

“Make the best deal with them all to produce our elegant next product! Ini senarai rekaan dengan proposal  for reference.” Datuk Iedlan menyerahkan sebuah fail kepada Imran berkaitan dengan urusan perniagaan tersebut.

            Setelah selesai perbincangan di bilik Datuk Iedlan, mereka berdua keluar dari situ dan menuju ke bilik kerja masing-masing. Kelihatan Qistina sedang berdiri di meja Fiona menunggu Irwan keluar dari bilik CEO Entigo. “You buat apa tak ada kerja ke?” Mendatar Irwan bersuara ke arah Qistina. Kejadian malam semalam masih jelas di fikirannya.

“I need to talk to you. Thought you tak masuk office pagi ni?” Lemah suara Qistina berbicara.  Lantas Irwan terus kembali ke bilik kerjanya tak kuasa melayan setiausahanya itu.

Qistina lalu membontonti Irwan masuk ke dalam bilik lelaki itu. 

“Irwan, kita kahwin please?” Tajam mata Irwan memandang Qistina.  

“I Love you Irwan, three years…I waited for you takkan tak ada walau sikit rasa sayang untuk I? After last night…” 

“STOP it! You really happy what had happened last night?!” Suara Irwan menaik menahan marah.

“You really wanted it happened right, that’s what you crazy of !?” Tempik Irwan dengan muka yang merah malu atas kejadian yang berlaku semalam. 

“If you don’t resist it won’t happened like that Irwan Edrus!” Qistina pula turut meninggikan suara menahan rasa marah. “Get out. I said get out!” Arah Irwan kebingungan lalu meraup rambutnya. 

Skrin telefon berulang kali dilihat oleh Jasmin sejak tadi menunggu kalau-kalau terdapat mesej atau panggilan dari insan bernama Imran tetapi hampa. Kemanakah agaknya lelaki ini menghilang sejak seminggu ni? Whatsapp langsung tidak dibalasnya begitu juga telefon, omel Jasmin memikirkan akan Imran yang sepi tanpa khabar.

Dia langsung sambung melakukan tugasnya sebelum pintu diketuk oleh setiausahanya, Elie yang masuk untuk menyerahkan beberapa dokumen untuk ditandatangan.

“Elie, petang ni ada appointment or anything tak untuk saya?” Tanya Jasmin usai menurunkan tandatangannya di atas beberapa helai dokumen berkenaan sementara Elie menyemak buku planner yang dipegangnya lalu membalas 

“Petang ni you are free from any appointment. Minggu depan ada hari Isnin dengan Mega Iskanti dari Indonesia mengenai penyertaan label fesyennya dengan Jas Fashion House.” Jas memutarkan pen di jarinya ligat berfikir sesuatu. “Hmm…saya nak ambil off few days dan awak boleh pantaukan office untuk saya?”

Elie hanya tersenyum bukan ini kali pertama dia akan ambil alih jadi pemangku Jasmin ketika wanita itu tiada di pejabat. “That’s not a big deal, anything for you. Tapi, Jas nak ke mana?”

Tiba-tiba Elie rindu untuk menikmati keindahan bunga sakura dan ianya adalah di negara matahari terbit. Kali terakhir dia jejakkan kaki adalah pada tahun lepas itu pun atas urusan kerja dengan pelabur dari Jepun dan perasaannya pasti tidak sama datang ketika bertugas dan untuk bercuti. Lagipun, entahlah bagaikan ada sesuatu yang menariknya untuk ke sana kali ini.

 “An escape to the city of Japan.” Balas Jasmin difikiran sudah dapat membayangkan keindahan musim luruh di sana

.“Safe journey boss, don’t worry I’ll take care of everything here. Jangan lupa souvenir untuk Elie okay, tak nak yang murah-murah hehe!” Sempat Elie menyakat bosnya itu sebelum beredar dari bilik tersebut.

            Usai pulang ke rumah, Jasmin memaklumkan pada mamanya untuk bercuti ke Jepun dan mengajaknya sekali untuk mengikutnya. Malam itu, tiket penerbangan ditempah dan segala keperluan dikemas untuk dibawa semasa percutian mereka. Pada mulanya dia ingin mengajak sekali Kak Julia dan keluarga namun Kak Julia dan abang iparnya tidak dapat cuti dalam masa terdekat ini jadi hanya dia dan ibunya sahaja yang akan terbang ke bumi Jepun esok.

Japan here I come!

Credit

 Imran meneliti kertas kerja yang bakal dibentangkan kepada wakil pihak pengeluar yang bakal mengeluarkan rekaan terkini Entigo sebentar lagi. Sejak malam semalam sehingga ke tengah pagi dia bersengkang mata bagi menyiapkan segala dokumen dan sebagainya untuk perjumpaan tersebut sehingga hanya dapat melelapkan mata untuk beberapa jam sahaja sementara Irwan langsung tidak ambil peduli akan persiapan semua ini. 

              Sejak tiba di sini, entah ke mana lelaki itu kerap hilang di tengah kota Tokyo yang metropolitan ini.Nasib baik Fiona ikut serta setia membantu apa yang perlu. 

“Fiona, cuba call Irwan tanya dia ada di mana. We’ll be having meeting within two hours from now, tell him don’t be late.” Arah Imran yang sudah penat menelefon Irwan sejak tadi tetapi langsung tidak dijawab.

 “Err…saya dah called banyak kali Encik Imran tapi tak angkat. Tak apa, saya mesej dia.”  Jari-jemari Fiona lantas menaip mesej kepada lelaki bernama Irwan yang entah hilang ke mana. 

“Lebih baik tak ikut kalau macam ni!” Imran mula naik berang tak sabar dengan sikap tidak profesional Irwan.

            Sepuluh minit sebelum mesyuarat berlangsung, muka Irwan muncul dan tiada langsung kata-kata menjelaskan ke mana dia selama ini. Imran cuba mengawal amarah sedaya upayanya demi kelancaran perbincangan dengan pihak Jepun. 

             Sepanjang perbincangan, pelbagai input yang didapatinya dan pembentangan kertas kerja dilakukan dengan jayanya hasil bersengkang mata sejak semalam. Irwan pula sekadar bercakap memberi sedikit penjelasan tentang  prospek Entigo dan pemasaran yang akan dikembangkan dengan lebih pesat menerusi slide pembentangan yang disediakan oleh Imran. Selebihnya, diuruskan oleh Imran sendiri.

“Irwan. Kau pergi mana tak balik hotel sejak semalam? Semua paper work aku dengan Fiona yang buat dan kau goyang kaki macam tu je?” Tegur Imran usai perbincangan antara pengeluar Jepun tadi. Irwan tersenyum senget. 

“Kau kan bakal CEO, so?” Imran tahu, lelaki ini pasti tidak senang hati dengan jawatan yang bakal diambil alih itu sebab impiannya adalah menjadi ketua di Entigo.

 “Habis tu mana tanggungjawab kau sebagai Ketua Pemasaran masa meeting tadi!?” Imran memegang leher baju Irwan merah mukanya menahan sabar.

“Yang kau emo sangat apasal? Meeting tu berjaya kan? Daddy mesti bangga dengan kau lepas ni.” Irwan melepaskan dengan kasar pegangan Imran di leher bajunya. 

“Look, aku tak tahu apa masalah kau dengan aku selama ni. Kalau ada yang kau tak suka cakap straight to the point! Kalau bukan kerana daddy dengan ibu ambil bela jaga kau selama ni, dah lama hidup merempatlah kau.”

          Akhirnya, kata-kata yang tidak terniat ingin dikatakannya terlepas dari mulut juga. Bengang, Irwan Edrus lantas segera berlalu pergi dari situ dengan riak muka penuh merah menahan marah. Fiona terkedu seketika melihat kedua-dua anak majikannya itu berperang dingin.


Credit

Keindahan alam di bumi matahari terbit cukup mengangumkan Jasmin sehingga membawanya ke sini dan kini dia dan mama mengunjungi kota Kyoto yang indah dengan mekarnya bunga sakura sebelum ke daerah Shiga ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang bertanggungjawab untuk membawa mereka meneroka Jepun. 

Paling mengujakan Jasmin apabila menjejakkan kaki di Tasik Tanuki yang terletak di daerah Shizuoka yang mana berada di barat Gunung Fuji selain sempat berkunjung ke Nagano untuk menikmati keindahan semula jadi Takato Castle Ruins Park yang indah dengan pokok ceri yang subur mekar.

Jasmin dan Puan Jazwin kembali semula ke Kyoto untuk bermalam di sebuah resort di situ sebelum kembali ke bandar raya Tokyo. Jasmin menarik nafas dalam-dalam betul-betul menikmati udara segar di The Kamo River atau dalam bahasa Jepun dipanggil Kamo-Gawa sebelum berjalan di tepi tasik tersebut. Sedang asyik dia merakam panorama di telefon bimbit tiba-tiba tanpa tersedar Jasmin terlanggar seseorang.

“I’m sorry! I really am so….rry, Imran?” Terkejut Jasmin melihatkan Imran yang berada di depan matanya kini. Lelaki itu hanya tersenyum cukup untuk mencairkan hati Jasmin. 

“Hai, konichiwa.” Ucap Imran dengan senyum masih tak lekang di mulutnya.

 “What a surprise! Hari tu kita terjumpa di Tokyo and today…in Kyoto?” Jasmin bagaikan tidak percaya.”Ke awak stalk saya?” Jasmin sengaja menyakat Imran. 

“Kalau saya kata jodoh?” Terus wajah Jasmin berubah berona merah menahan malu tak tahu mana harus disorokkan mukanya.

“Mana mama awak?” Imran mula mengubah topik tersenyum kecil melihat riak wajah wanita itu. “Oh, mama ada kat resort penat semalam jalan merata so saya keluar seorang ambil angin. Awak pulak buat apa sampai ke Kyoto? Dah habis kerja di Tokyo?” Jasmin memulangkan soalan kepada Imran.

 “Ya dah habis sebab tu sampai ke sini, just wanna get some escape from the busy city. Tak sangka terjumpa awak kat sini.” Jasmin hanya tergelak kecil juga tidak sangka dengan perjumpaan kedua yang tiada dalam perancangan langsung.

“Bila balik KL?”Soal Imran tepat memandang Jasmin. “Insya Allah esok. Flight from Tokyo, and what about you?” Jasmin hanya memandang wajah Imran yang semakin mekar dengan senyuman. Terkebil-kebil matanya melihat reaksi lelaki ini sebelum kembali bersuara 

“Jangan cakap yang flight kita pada hari yang sama?” Imran lantas mengangguk mengiyakan kenyataan Jasmin itu.

 “Kan saya dah kata jodoh kita kuat.” Jasmin sengaja buat-buat tidak dengar akan apa yang diucapkan Imran lalu kembali meneruskan langkahnya disusuli Imran.

Setelah bersiar-siar di sekitar, Jasmin hairan melihat Imran yang masih setia mengikutinya sehingga ke resort tempat dia diami. “Eh kenapa awak ikut saya sampai ke resort?”


Imran sekali lagi tersenyum tak tahan melihat riak wajah polos Jasmin. “Saya stay sini. See, betapa kuatnya jodoh antara kita?” Jasmin lantas mencebik dan mula melangkah untuk kembali ke biliknya.

 “Jas wait.” Panggil Imran. “Could we have lunch together? Bring along your mom please?” Jasmin hanya tersenyum lalu mengangguk bersetuju.Imran tertunduk senyum gembira tak terkata.



Credit

Hari ini Jasmin bakal pulang ke Kuala Lumpur setelah selama lima hari berada di bumi Jepun yang mempesonakan. Dia dan ibunya menaiki satu kereta bersama Imran ke Tokyo untuk ke lapangan terbang. Bukan main lagi Puan Jazwin berborak dengan Imran seperti dirinya sudah ghaib dari pandangan mereka. Akhirnya, dia melayan keindahan kota Jepun buat kali terakhir menerusi cermin kereta sehingga ke lapangan terbang.

“Cik Jasmin! What a pleasure surprise to see you here.” Ujar Fiona setelah melihat kelibat Jasmin yang baru tiba di lapangan terbang bersama Imran.

 “Yes me too! Kecil je dunia ni kan. How are you?” Jasmin turut teruja apabila dapat berjumpa dengan setiausaha Datuk Iedlan di Jepun ini. 

“Great. Makin cantik I tengok you Jas.” Puji gadis Cina Sarawak itu.

“Fiona…always with her compliments! By the way, this is my mom. Mama ini Fiona, PA Datuk Iedlan of Entigo.” Jasmin memperkenal kepada mamanya sebelum mamanya bersalaman dengan Fiona.

 “Where is Irwan Fiona?” Tanya Imran setelah tidak melihat kehadiran lelaki itu sejak mereka bertengkar tempoh hari.

 “Oh, Irwan will be arrive soon. Maybe he’s on the way now from hotel.” Balas Fiona sambil melihat jam di tangannya.

Sempat mereka menikmati teh dan sushi di restoran yang berada dalam Lapangan Terbang Narita sambil menunggu Irwan yang masih belum tiba. “Imran dengan Fiona senang nanti marilah datang rumah aunty. Aunty masak sedap-sedap nanti okay?” Beriya-iya Puan Jazwin menjemput mereka untuk ke rumah. 

“Boleh aunty, bawa rombongan meminang pun boleh nanti.” Terus tersedak Jasmin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri menikmati teh. Serentak semua mata beralih ke arahnya lalu mamanya menghulurkan tisu kepadanya.

“Ish budak ni, baru masuk meminang dah tersedak?” Giliran Puan Jazwin pula berseloroh. Imran tersenyum penuh makna sambil ralit memerhati Jasmin yang salah tingkah.

“Apa mama ni cakap pasal meminang, calon pun tak ada.” Jasmin mempertahankan dirinya. “Siapa kata tak ada ni yang duduk depan mama ni bukan calon perfect ten?” Ujar Puan Jazwin yang jelas sekali setia menyokong Imran.

 “Aah Jas, you both look good to be together. I sokong kalau you all kahwin sama-sama, mesti comel anak-anak you nanti haha!” Tambah Fiona mencelah. 

“Merepeklah you Fi, stop it!” Jasmin cepat-cepat menukar topik lain sebelum mukanya berubah merah tak tahu celah mana nak disorok.


“Imran ada calon isteri ke?” Kalau tak ada….bo-leh…” “Mama!” Belum sempat Puan Jazwin menghabiskan ayat Jasmin sudah pun memotong bicaranya. Kebetulan bunyi suara pengumuman untuk daftar masuk bergema menyapa pendengaran mereka dan betapa bersyukurnya Jasmin ketika saat itu. 

“Right okay guys jom it’s boarding time!” Jasmin mula bangun dari duduk bersiap untuk bergerak ke arah kaunter masuk. Ketika itu juga Irwan baru sampai dan terus menyertai mereka untuk daftar masuk sebelum menaiki ke dalam kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Credit

No comments:

Post a Comment

nuffnang