Wednesday, 21 December 2016

Cinta Untuk Jasmin


      Jasmin Clarisa memulakan hari Isnin dengan penuh bersemangat setelah dua hari bercuti di hujung minggu menghabiskan masa untuk berehat melepaskan penat lelah sepanjang seminggu di pejabat sibuk dengan urusan perniagaan miliknya. Elie, setiausaha Jasmin mengucapkan salam kepada majikannya apabila melihat wanita muda yang berbaju korporat berwarna hitam digayakan dengan rambut mengurai paras bahu masuk ke pejabat. Ada sesuatu yang lain dengan bos pagi ini yang menyerlahkan lagi keanggunan wanita muda ini bisik Elie di minda sambil memberi senyuman kepada Jasmin sebelum pemilik Jas Fashion House berhenti di mejanya.

“Ni kenapa senyum sampai ke telinga ada apa-apa?” Tanya Jasmin dengan dahi sedikit berkerut.
Elie yang baru perasan terus bertambah senyumnya sehingga tergelak melihat reaksi bosnya. “Rambut baru ke? Nice one!” 
“Hari baru rambut pun baru. Anyway any appointment for today?”  Ujar Jasmin bersahaja namun lebih fokus untuk memulakan tugas.

“Oh yes, dengan pelabur dari China untuk kembangkan modal syarikat ini dan satu lagi dengan pereka fesyen Winda untuk kerjasama label jenama terkini Winda Minawir.”
“Right thanks Elie.” Balas Jasmin lalu beredar ke dalam biliknya.
Padlie yang baru keluar dari pantri bersama secawan kopi di tangan menghampiri Elie. “Bos warna rambut nampak lain sangat! Seriously ingatkan minah saleh mana masuk office tadi.”
“Dia punya rambut apa kau kisah? Bos kalau sekali pun dia warna rambut pink ke blue tetap cantik sebab dia tak pernah tak cantik okay.” Bidas Elie.
“Kalau cantik pakai apa pun cantik tak macam kau.” Sengaja Padlie mengusik Elie.

Elie juga tak menyangkal akan kejelitaan yang dimiliki majikannya itu walau tidak berdarah campuran dari kedua orang tuanya. Tapi mustahil keturunan wanita muda penuh gaya lagi berjaya ini seratus peratus Melayu, mungkin nenek moyangnya berketurunan Arab atau Parsi tak pun Siam. Teringin dia bertanya kepada empunya badan tetapi mungkin belum masanya kerana hal itu bukanlah penting.

Credit
                                                                                                                           

Pereka ternama yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen Erwin Wardi mengambil peluang untuk menjalankan usaha sama dengan Jas Fashion House selaku empayar yang membantu menjual dan mempromosi label fesyen Erwin Wardi yang terdiri daripada koleksi blouse rekaan yang elegan dan eksklusif yang semakin mendapat perhatian dari golongan wanita. 

Jas Fashion House selaku gudang fesyen yang menjual pakaian yang direka oleh pereka fesyen tempatan untuk mengetengahkan label fesyen masing-masing sama ada di atas talian atau di butik Jas Fashion House di Bangsar. Minat yang mendalam tentang fesyen membuatkan Jasmin cenderung untuk membuka perniagaan sendiri hasil galakan dan sokongan keluarga dan rakan baiknya, Sofira dan Adina yang juga menceburi dunia perniagaan fesyen dan tekstil.

Menjelang Pertunjukan Kuala Lumpur Fashion Week, Jas Fashion House diberi peluang untuk menampilkan koleksi terkini dari pereka-pereka baru. Selaku orang kuat, Jasmin perlu menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi untuk memastikan semua berjalan lancar seperti yang dirancang justeru pemilihan peragawan dan peragawati perlulah dilakukan secara selektif. Dia tidak mahu koleksi terkini yang bakal diperagakan tidak menyerlahkan setiap perincian rekaan yang telah ditetapkan. Kesempurnaan adalah prinsip yang menjadi pegangan wanita yang bakal menginjak usia 29 tahun.

“Sandra, tolong pastikan semua model dah disusun mengikut sususan yang telah ditetapkan dan juga which label is first and then until last okay? Oh ya, about the sitting please double check again especially for VVIP and yes the pass for backstage please arrange for designers that involved.” Arah Jasmin kepada salah seorang pekerjanya yang turut berhempas pulas dalam antara acara fesyen yang pasti membuat ibu negara Kuala Lumpur popular.

“Yes Jas, no worry I will make sure it all settle in accordance and you…please dengar I satu kali ini tolong balik rest? Tomorrow is our big event and you need rest my dear.” Sandra menasihati bosnya yang tidak berhenti bekerja sejak awal pagi sehingga pukul 9 malam masih di sini belum pulang menguruskan untuk acara fesyen yang dijalankan setahun sekali. Patutlah semua mengagumi Jasmin yang sangat dedikasi dan komited dengan apa yang dilakukannya.

Image result for fashion show setup
Credit

           
Kalau bab kerja adalah yang paling pertama dalam hidup Jasmin bagaikan bersuamikan kerja. Itulah terma yang selalu digunakan oleh ibu tersayang Puan Jazwin yang sudah tiga tahun berpencen dari dunia perbankan. Kini, dia senang melayan ‘anak-anak bulus’ kesayangan merangkap ‘adik-adik’ Jasmin iaitu lima ekor anak kucing yang dibela sejak bersara di samping membelai taman mini yang begitu menjadi idaman bagi menghilangkan rasa sunyi di rumah.  Terkadang apabila datang mood memasak, pasti akan diberi sedikit masakan tersebut ke rumah keluarga Puan Linda, jiran sebelah rumah.

“Hai mama, masak apa hari ini dari atas bau?” Jasmin yang baru turun dari atas terus mendapatkan ibunya di dapur.

“Lama dah tak buat nasi briyani mama buatlah boleh bagi rumah Aunty Linda, rumah depan pun boleh rasa sekali. Hari ini Jas tak pergi mana-mana?” Puan Jazwin sibuk menggaul nasi briyani yang dalam pembikinan di dalam periuk.

“Ingat nak pergi office kejap, kenapa mama ada nak ke mana-mana ke?” Jasmin duduk di meja sambil memerhati ibunya yang sibuk di dapur. Kelihatan Puan Jazwin sedikit mengeluh berharap Jasmin tak ke mana-mana pada hari hujung minggu ini kerana dia sudah ada agenda yang dirancang di fikirannya. “Mama…ish Jas cakap dengan mama ni. Mama nak pergi mana Jas boleh bawa?”
Puan Jazwin lantas menutup periuk berisi nasi briyani lalu duduk bersama Jasmin untuk memujuknya supaya tidak keluar pada hari ini.

“Sebenarnya, Mak Cik Shila kamu..nak datang hari ini. Jadinya, mama minta sangat tolong dengan intan payung mama seorang ini tak payah keluar boleh?” Pujuk mama Jasmin merayu kepada anak keduanya ini.

“Ini…mesti nak jodohkan Jas dengan Imran kan? Ma, berapa kali Jas dah explain…jodoh Jas biarlah Jas cari. Tak usahlah nak main match maker macam zaman dulu-dulu. Mama, cinta tak boleh dipaksa. Kalau tak kahwin pun tak apa kan?” Jasmin cuba memujuk mamanya pulak puas dengan cubaan Puan Jazwin yang cuba satukan anak sahabat baiknya dengannya.

“Ish! ada pulak tak kahwin habis Jas nak jadi andartu? Orang lain beranak- pinak bersuami dah umur macam Jas ni tahu? Mama nak juga naik pangkat jadi nenek.”

“Anak dara mama ni baru 29 tahun mama sabar ala mama ni dah jadi nenek nak naik pangkat apanya lagi? Dah Dua cucu tak sedar diri lagi? Cinta tak boleh dipaksa. Cinta juga datang tak diundang pergi tak dihalau eh hebat juga Jas bermadah puitis di tengah hari ni!” Seloroh Jasmin.

“Naik pangkat tambah ‘pingat’ maksud mama..lagi meriah kalau Jas ada anak-anak nanti.”
Ayah kepada anak-anaknya pun jangankan batang hidung, bayang pun tak nampak macam mana? Lagipun…apa rasanya bercinta? Jasmin berkata sendirian tapi masih boleh didengar mamanya. Puan Jazwin hanya menggelengkan kepala mendengar jawapan yang spontan keluar dari mulut Jasmin itu.

Related image
credit


            Telefon yang sedari tadi berbunyi di tepi meja katil diangkat oleh Jasmin yang masih di katil. Mata yang masih terpejam lalu menyambut panggilan mendengarkan suara Sofira di hujung panggilan suara sedikit cemas. Pelik Jasmin ada apa pagi-pagi hari pada hari Ahad pula sahabat karibnya ini menelefonnya.

“Assalamualaikum Jas, Dina..Dina dah dalam labour room now in Prince Court Medical Center!” Cemas suara Sofira kedengaran tak mampu menahan daripada memberitahu berita tersebut Jasmin.” Jasmin yang masih mengantuk terus bangun duduk apabila mendapat tahu kawan baiknya yang juga rakan kongsi perniagaan fesyen yang dijalankan mereka hampir melahirkan.

“What? Aku datang sekarang tunggu.” Tanpa berlengah terus Jasmin melangkah turun dari katil untuk bersiap sebelum bergerak ke hospital. Dalam fikirannya masih teringat akan janji antara dia dan Adina dan Sofira yang masing-masing akan ada untuk antara satu sama lain, masa bersalin salah satunya. Lagipun, ini adalah detik yang dinantikan oleh mereka setelah lima tahun Adina menantikan untuk menimang cahaya mata sendiri dan Adina adalah yang pertama mendirikan rumah tangga di antara mereka bertiga. Jasmin amat sayangkan mereka bagaikan darah dagingnya sendiri walaupun lain ibu ayah, persahabatan mereka sejak zaman sekolah menengah tak sangka kekal hingga sekarang.

“Mama, Jas ke hospital Adina nak bersalin.” Ujar Jasmin kepada mamanya setelah membuka pintu bilik ibunya yang sedang membaca Al-Quran sambil menunggu waktu subuh. “Ha yelah, hati-hati bawa kereta apa-apa bagitahu mama ya.” Sampai sahaja di hospital Jasmin terus ke kaunter untuk bertanya arah dewan bersalin lalu bergegas ke arah yang ditunjukkan oleh pegawai tersebut dan mencari Sofira. Peluh membasahi badannya kerana berlari.

“Sofi, dah bersalin ke?” Jasmin terus bertanya sejurus melihat Sofira yang sedang berdiri di tepi tingkap di kawasan menunggu dewan bedah.“Belum, dah sejam aku kat sini doktor tak bagitahu apa-apa lagi.” “Kita doa mudah-mudahan Dina selamat bersalin insya Allah…” Jasmin cuba menenangkan Sofira dan juga dirinya dengan sabar menanti sementara itu baru teringat akan satu perkara. “Ya Allah, kalut nak datang sini aku terlupa bawa blanket yang aku jahit untuk baby Dina!.”Jasmin menepuk dahinya sendiri.

“Dina pun tak ingat-ingat yang kau nak bagi selimut tu sebab tengah sakit. Yang penting sekarang dia selamat deliver.” “Aku balik rumah ambil kejap.” Pantas Jasmin berpaling dan berlari untuk kembali ke rumah demi mendapatkan selimut bayi khas yang dikaitnya. Azeem yang sedari tadi memerhatikan mereka tidak mencelah kerana hati gundah gulana memikirkan isterinya yang sedang bertarung nyawa di dalam untuk melahirkan zuriat mereka.“Kalau dia nak tak ada sesiapa boleh halang dia, that’s our friend Jasmin.” Selamba Sofira meluahkan kepada Azeem membuatkan insan 
yang bakal bergelar bapa tersenyum melihat gelagat kawan baik isterinya.

Image result for woman running away silhouette
Credit

           
            Setelah mendapatkan selimut di rumah, kini Jasmin kembali ke hospital dan masih sempat melemparkan senyuman kepada pengawal yang hairan melihatnya berlari-lari anak. “Hai, terlupa selimut baby.” Spontan Jasmin menunjukkan selimut biru lembut kepada pengawal yang kelihatan pelik dengannya yang agak kalut.

“Oh penatnya…pagi-pagi marathon!” Jasmin meluahkan penat yang dirasa setelah menemui Sofira yang setia di tempat menunggu dewan bersalin. Jasmin mencari kelibat Azeem yang berada di situ sebelum dia pulang tadi tapi tak ditemui. “Mana Azeem?” Soal Jasmin kepada Sofira.“Dalam labour room dengan Dina, Dina request dia masuk teman.” Setelah hampir sejam menunggu dengan penuh debar akhirnya seorang doktor perempuan masih dalam pakaian scrub keluar dari pintu dewan bedah dan menghampiri Jasmin dan Sofira.

“Tahniah Puan Adina selamat bersalin baby boy. You guys boleh masuk melawat sekejap sebab kita nak dia cukup rehat.” Sempat Jasmin membaca tag nama yang tertera pada baju doktor itu, Dr. Amina.“Alhamdulillah..sempat ambil blanket tadi. Okay thanks doctor!” Balas Sofira dengan gembira tak sabar nak jumpa orang baru jadi ibu.

Dr.Aminah tersenyum melihat dua gadis ini yang teruja dengan kelahiran baby Adina lantas berjalan masuk menunjukkan Jasmin dan Sofira ke wad yang ditempatkan sahabat mereka, Adina yang baru melahirkan zuriat sulung.Tak mampu untuk Jasmin menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk sahabatnya yang kini sudah bergelar seorang ibu. Rasa terharu turut ada dalam dirinya tak sangka akhirnya Adina menjadi seorang ibu kepada bayi comel yang tak jemu-jemu dipandangnya yang mungkin masih ingat di dalam rahim ibunya, tidur dengan lena dalam pangkuan Jasmin.

“Aku bawa balik anak kau boleh Dina?” Jasmin saja mengusik. “Nanti dia nak menyusu kau nak suap dia apa?” Adina balas double meaning ingin melihat apa bakal Jasmin jawab.“Susu lembu kan ada, habis cerita hahaha.” Jasmina tak mengalah.“Anak aku bukan anak lembu, dia minum susu ekslusif.”
Azeem dan Sofira tergelak mendengarkan Adina menjawab kepada Jasmin.

“Pinjam kejap je nanti lapar susu aku bagi pada kau Dina. Susu lembu pun berkhasiat apa? Penuh kalsium..penuh berkrim..” Jasmin tak mahu mengalah lalu menyerahkan anak Adina kembali ke pangkuan sahabatnya.“Mother’s milk is way more nutritious than any other milk dear…” 

Dengan sabar Adina menerangkan kepada Jasmin. Jasmin hanya tersenyum akur dengan kenyataan bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi yang dilahirkan.“Adi Suffian, Mak Su Jas rela balik rumah balik untuk blanket untuk Adi. See how she is so adores into you?” Adina berbicara lembut pada anaknya seolah mendengar dengar teliti lalu tersenyum dalam tidurnya yang lena.

Related image
credit


            Hari kedua Jasmin keluar awal untuk waktu makan tengah hari untuk melawat Adina di hospital sebelum Adina dibenarkan pulang ke rumah kerana dia bimbang tak berpeluang untuk melawat dengan kerap oleh sebab tuntutan tugas yang menggunung di pejabat. Lagipun jarak hospital dengan Jas Fashion House dekat sahaja. Sebenarnya Jasmin tidak puas untuk menatap wajah polos bayi Adina.

 Setelah selesai melawat dan gembira yang Adina telah dibenarkan keluar hospital, Jasmin beredar keluar untuk menuju ke parkir kereta. Bunyi telefon yang asyik berdering dari tadi membuatkan Jasmin mengeluh lantas meraba-raba dalam beg tangan Birkin koleksi terkininya untuk mendapatkan telefon tersebut. Sambil mata ralit di skrin telefon, sambil kaki berjalan menuju keluar dari bangunan hospital lalu bahunya terlanggar kuat dengan seorang yang pakaiannya sungguh memelikkan.

“Ouch!” Jasmin memegang bahu kanan yang terlanggar dengan seorang yang berpakaian seluar pajama, baju warna warni, kasut besar berwarna kuning pekat dengan corak polka dot lagi, rambut pula mengerinting warna hijau muda, muka penuh dengan contengan warna dan dihidungnya terdapat satu bulat merah.

“Sorry!” Ucap si pemakai kostum badut itu dengan ceria sambil mengangkat tangannya yang penuh dengan belon. Di sekelilingnya ada ramai kanak-kanak berpakaian pajama berebut mendapatkan belon. “Please jalan tu tengok orang.” Jasmin tegur dengan suara mendatar dengan muka mencerut.

“Awak tu yang jalan kena tengok orang.” Si badut itu menjawab semula. Jasmin memandang dengan riak muka tidak puas hati. ‘What did you said? Hello, you tu jalan mata tu tengok orang lain kali.”
“Aha, dan awak tu jalan jangan tengok handphone je.” Bidas si badut lalu beredar bersama sekumpulan kanak-kanak yang sibuk mendapatkan belon darinya. Terkesima, Jasmin memandang iphone yang berada dalam genggamannya lalu pantas beredar dari perkarangan hospital itu.
Image result for real clown with balloons
credit

            “This is so gorgeous!  I love this latest collection that you have Erwin.” Ujar Jasmin sambil membelek rekaan baju terbaru pereka yang semakin menempa nama, Erwin Wardi. Jasmin dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. “Thanks Jas, sebab tu I percayakan Jas Fashion House untuk pasarkan label collection I.” Erwin dengan bangga meluahkan kepada Jasmin.

But..if I mean this is so gorgeous but thought so sexy right Elie?” Jasmin meminta pandangan Elie yang duduk di sebelahnya turut melihat lakaran koleksi tersebut. “Kalau you boleh alter design baju ni kepada lebih more appropriate, modest then it would be marvelous. Basically I suka cuma this is for raya so during raya orang pakai sopan-sopan but still there is element of elegance and stunning. Erwin mengangguk bersetuju dengan komen Jasmin selaku yang meluluskan rekaan yang akan dipasarkan di bawah Jas Fashion House.

“Boleh no problem, cuma bagi beberapa hari untuk I redesign them okay? Jadi, untuk design baju Melayu kiranya pass yeah?” Soal Erwin mendapatkan kepastian.“Baju Melayu tak ada apa-apa, quite impressive and I love it.” Komen Jasmin dengan jujur.Oh by the way untuk pertunjukan koleksi raya nanti, model dah ada belum? I need only five to wear my collection.”

“About that…kita dah ada model cuma tak cu…” Belum habis Elie menghabiskan kata-kata, Jasmin terus menutup mulut setiausahanya melarang Elie memberitahu bahawa belum cukup seorang lagi model lelaki untuk menggayakan koleksi rekaan baju Melayu Erwin Wardi.

“Cukup..you don’t worry about model yang penting rekaan untuk baju kurung mesti siap this week okay sebelum fashion show tu?” Jasmin segera berbicara setelah memberi isyarat mata kepada Elie. Dia tahu bahawa Erwin seorang yang mudah kalut dan tak ingin menambah kekalutan dengan perkara tak cukup model untuk menggayakan rekaannya. Cukup dengan peristiwa tempoh hari ketika salah satu model yang sepatutnya menggayakan rekaan Erwin Wardi tanpa sengaja merosokkan baju rekaannya dan membuatnya frust menonggeng. Selagi belum tiba hari pertunjukan fesyen, selagi itu ada peluang untuk mencari mana-mana model yang sesuai untuk rekaan Erwin ini, bisik hati Jasmin penuh yakin.
Image result for fashion designer office
credit


            Jasmin melabuhkan punggung di sebelah ibunya lalu spontan bertanya “Ma, kenapa mama letak belakang nama Jas ‘Clarisa’”? Hari ini baru terdetik di hatinya ingin bertanyakan kepada Puan Jazwin yang sedang asyik dengan rancangan masakan Jamie Oliver.“Sebabnya..tak ada sebab.” Selamba Puan Jazwin membalas pertanyaan Jasmin malas melayan kerana lebih fokus dengan masakan di TV. Jasmin mencebik lalu bertanya semula.

“Kenapa ‘Clarissa’? Sebab mama teringin nak letak nama ala-ala orang putih, Inggeris gitu. Kalau ‘Jasmin’ pula sebab mama suka bunga.” Puan Jazwin kini menjawab dengan jujur sambil mengelus lembut rambut panjang mengurai anaknya itu manakala Jasmin tersenyum sendiri mendengarkan mamanya. Tiba-tiba, Demok datang memanjat di atas Puan Jazwin meminta dibelai. “Ish Demok ni, jealous la tu orang duduk kat mama. Menyampah.” 

Jasmin pantas bangun dari baring di riba mamanya pura-pura merajuk. Kucing betina itu hanya mengerdipkan mata minta dibelai.“Sayang mama alololo sini nak manja ya?” Puan Jazwin kini membelai badan Demok yang terpejam matanya syok dibelai.“Mengada Demok eeee! Ni mama kita tau?” Jasmin masih seronok mengacau si kucing gebu milik ibunya itu.
Image result for cat on couch
credit


            Imran duduk termenung di sebuah penjuru pasar raya niat hanya ingin melepaskan lelah setelah seharian suntuk dengan berpakaian maskot beruang sehingga basah lencun t-shirt yang dipakainya. Waktu kerjanya telah tamat untuk hari ini. Jam ditangan dikerling lalu mencari-cari kehadiran seseorang yang telah dijanjinya.

“Abang Im ! Sorry…nak keluar rumah tadi daddy soal macam-macam nasib baik lepas keluar. Abang sihat?” Dada Imani naik turun masih penat berlari dari tempat parkir kereta ke dalam mall demi berjumpa dengan Imran.“Ni kenapa tiba-tiba nak jumpa? Dalam telefon tak boleh cakap ke? Kalau daddy tahu Imani jumpa abang, mengamuk orang tua tu.” Imran bimbang Datuk Iedlan dapat tahu akan pertemuan mereka adik-beradik itu. Peristiwa tersebut kembali menerjah di fikirannya walaupun dah berlalu tiga bulan lalu.

“Daddy nak Im kerja dengan daddy. Entigo needs you as the Managing Director.” Tegas suara Datuk Iedlan kepada Imran.“No Im nak cari pengalaman dengan company lain. Cukuplah selama ni Daddy paksa Im ambil course yang Im tak suka and now you ask me to join fashion business line?”
“Imran Firdaus! Baik, kalau itu yang you pilih Daddy tiada pilihan but with under one condition. You may leave from this house. Belajar hidup sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah.”

Imran terkejut tak sangka kata-kata itu keluar dari mulut ayah kandungnya. Ibunya tak mampu berkata apa-apa selain diam di sisi Daddynya. Tak gentar dengan cabaran Datuk Iedlan, Imran lantas bangun terus naik ke atas dan kemas barang-barang mencapai apa yang sempat ke dalam sebuah beg galas dan keluar dari rumah banglo tersebut.

“Abang Im ! Abang Im nak pergi mana? Daddy…please jangan buat macam ni.” Imani memujuk daddynya penuh merayu.“Biarkan dia Imani! Itu yang dia pilih biarkan.” Keras suara Datuk Iedlan dengan pendiriannya.Imani menepuk bahu Imran yang jauh mengelamun sejak tadi. “Abang Im, dah makan? Jom teman Imani makan please.” Imani menarik tangan Imran menuju ke dalam restoran KFC.“Malam-malam makan KFC nanti gemuk tak tahu…” Imran mengenakan adiknya itu.
“Gemuk baru cun meletop !”
Image result for couple walking away
credit


             Jasmin melangkah masuk ke dalam Wad Melur mencari bilik yang tertera nama Nur Jenna, anak buahnya yang dimasukkan ke wad akibat demam panas. Kak Julia yang sedang menyuapkan bubur kepada anaknya di atas katil memeluk Jasmin yang muncul dari pintu masuk. “Jenna tak nak makan puas kakak pujuk.” Rintih Kak Julia.“Jenna, makan sikit sayang…nanti boleh balik rumah jalan-jalan.” Jasmin cuba memujuk pula namun Jenna menggelengkan kepala tidak berselera untuk makan.“Sikit je promise.” Si comel berusia empat tahun itu masih mengatup mulut kemas-kemas tidak ingin disuap oleh Jasmin.

            Bilik yang menempatkan enam buah katil untuk pesakit itu tiba-tiba dimeriahkan dengan kehadiran seorang berpakaian badut penuh dengan belon lalu mengahampiri kanak-kanak yang menghuni bilik wad tersebut. Terpamer sedikit keceriaan pada wajah kanak-kanak apabila mendapat belon dan hadiah daripada badut itu sehingga tiba di katil yang diduduki oleh Nur Jenna. Melihatkan muka Jasmin, Imran terus teringat wanita itu yang berlanggar bahu dengannya tempoh hari. Dia…suara hatinya berkata.

“Mr.Clown jangan bagi Jenna belon sebab dia tak nak makan.” Selamba Jasmin ujar sambil memegang semangkuk bubur nasi untuk anak buahnya itu.
Imran mengacah-acah ingin memberi belon kepada Jenna lalu berkata “Kalau adik makan bubur, baru abang bagi belon dengan bear ni.” Setelah mendengarkan kata-kata dari badut itu, barulah Jenna membuka mulut untuk makan bubur disuap oleh Jasmin. Imran akhirnya memberi dua belon dan beruang kecil kepada anak comel itu.

“Selalu ke ada clown kat sini dik?” Kak Julia bertanya tanpa segan kepada Imran yang masih tercegat di situ.“Kalau hospital panggil kita datanglah. Hospital ni especially Wad Melur kerap juga panggil clown untuk budak-budak ni.” Imran balas sambil tersenyum, mata masih menangkap wajah Jasmin yang asyik menyuap bubur kepada Jenna.“Oh ya ada name card ke nombor telefon untuk contact?” Pinta Kak Julia pada Imran. Imran meraba-raba poket seluarnya dan kembali teringat yang dia terlupa kadnya di dalam kereta dan meminta untuk mengambilnya sebentar.

“Amboi, siapa minta name card bagai ada apa-apa ke?” Tanya Jasmin yang sudah selesai menyuap Jenna lalu duduk di sebelah si kecil itu.“Jenna…mana nak cari model untuk fashion show mak su nanti? Seorang je lagi…” Keluh Jasmin sambil mengelus tangan kecil Jenna. “Carilah mana-mana lelaki kan berlambak kat luar sana. Agensi modelling? Takkan tak ada.” Kak Julia mencelah.

“That’s the problem, they are full. Semua ada job.” Jasmin mengeluh lagi. Seharian ini dia menelefon sana sini bagi mendapatkan model lelaki untuk pertunjukan fesyen raya minggu depan tapi hampa.
Imran kembali muncul di bilik wad untuk menyerahkan kadnya kepada Kak Julia. Bagaikan ada suis menyala di kepala Kak Julia, terus dia menyuruh Imran membuka rambut hijau kerinting yang 
dipakainya. Hairan lelaki tersebut namun tanpa membantah melakukan seperti yang diminta.
“Dia boleh kot jadi model Jas. Look, he got the height, handsome…yes perfect !” Ucap Kak Julia bersemangat. Jasmin memandang sekilas pada Imran, menilai rupa paras lelaki yang muka penuh berconteng dengan warna-warni.

            Seperti yang dijanjikan, Imran menemui Jasmin di KLCC, tempat bakal diadakan pertunjukan fesyen dalam dua hari.  Dirinya sendiri tidak percaya yang dia perlu jadi model tangkap muat oleh seseorang seperti Jasmin. “Assalamualaikum, hai.” Sapanya pada Jasmin yang sedang berdiri menghadap pentas pertunjukan.

“Wa’alaikum…salam…” Inilah kali pertama Jasmin melihat Imran dengan sehelai t-shirt putih berlengan panjang dan berseluar jean, sungguh simple tapi kacak. Ya dia ada gayanya yang maskulin apabila tampil dirinya sendiri tanpa baju badut itu. Sempat Jasmin mengomen tentang gaya pakaian Imran.

“Wow you..look different.” Jasmin cuba break the ice. “So, saya kena buat apa je?” Soal Imran memandang tepat di dalam mata Jasmin.“Oh, jom ikut saya try fitting.” Jasmin kemudian membawa Imran berjumpa dengan Erwin Wardi untuk menggayakan koleksi rekaan baju Melayunya.
“Jas, mana you cari model handsome macam ni? Pandai you pilih…suka sangat!” Erwin Wardi teruja melihat ketampanan Imran yang akan menyarungkan koleksi rekaannya nanti.Imran sekadar tersenyum biasa cuba untuk kawal macho. Dalam hati kencang berkata sendirian “Dia tak tahu kutip badut dari hospital.”

“Adalah..I cari yang penting tada! Dah cukup model untuk baju you Erwin.” Lega Jasmin dengan penyelesaian masalah yang satu ini.“Okay, sekarang cuba catwalk I nak tengok.” Pinta Erwin pada Imran yang segak menyarungkan sepasang baju Melayu berwarna kuning. Dengan patuh Imran berjalan seperti biasa di atas pentas yang tersedia diperhatikan oleh Erwin dan Jasmin. “Jas…I think you kena guide him macam mana nak catwalk. This is disaster.” Luah Erwin pada Jasmin di sebelahnya.

Stop stop Imran, boleh tak kalau awak jalan slow-slow while lift up your chin, you know..catwalk?” Jasmin mengambil sebatang rod besi yang terdapat di sebuah bangku di situ lalu meletakkan di belakang antara dua tangan Imran. “Okay, now jalan sambil hold batang besi macam ni.” Jasmin membuat demo kepada Imran. Latihan untuk pertunjukan fesyen akhirnya berakhir selama dua jam lamanya.

“Cik Jasmin, sesi latihan dah habis kan? Boleh saya beransur?” Imran menghampiri Jasmin. “Jasmin, panggil Jasmin je. Okay thanks Imran, sungguh saya terhutang budi dengan awak untuk jadi model.” Imran menundukkan mukanya sebelum memandang Jasmin.“Tak ada kebaikan melainkan kebaikan juga yang akan datang kepada kita. Saya balik dulu, assalamualaikum.” Lembut suara Imran menjawabnya sebelum berpaling pergi.“Err Im..ran…” Panggil Jasmin membuatkan langkah Imran terhenti.“Jangan lupa lusa, fashion show.” Jasmin mengingatkannya lalu Imran membuat tanda okay dengan tangannya.
Related image

No comments:

Post a Comment

nuffnang