Sunday 1 December 2013

Janji antara kau dan aku


Assalamua'laikum dan salam hujung minggu yang gempak!
apa khabar? harap semuanya dirahmati dan dilindungiNya
okay, entri hari ni semacam sikit kerana saya menulis dalam bahasa ibunda saya
saja suka-suka, blog saya suka hatilah! hehe
lagipun tak menjadi masalah jika sekali sekala tukar angin ke timur laut seketika kan

Baiklah, di malam yang masih muda ini izinkan saya untuk berkongsi  serba sedikit mengenai janji
bab tagline David Teo, Bukan Janji Tapi Pasti..
haa gituh XD
mari renungkan

" Hari ni baru aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian dari kata-kata
dapat diubah boleh juga dilupakan
Memberi janji mungkin mudah untuk dilupakan 
tapi menerima janji sampai mati diingati
Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri
semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai "

Janji... apa ada pada janji?
janji adalah satu kata-kata yang mungkin dilafazkan atau ditulis yang melibatkan antara 2 orang atau lebih
janji untuk pelbagai perkara
janji atas nama cinta
atas nama persahabatan dan sebagainya
namun, tak semua janji mampu dilunaskan
mungkin kerana lupa atau buat-buat lupa
akan tetapi ketahuilah bahawa janji yang dimungkiri pasti akan dimarahi dan dikesali
oleh insan yang menerima janji
hati-hatilah dalam menabur janji
sekian,

xoxo

No comments:

Post a Comment

nuffnang