Thursday 22 October 2015

Jangan Pernah Jemu



Teruskan dalam mengejar cita

Demi tuhan dan diri

Tanpa lelah

Penuh cekal

Mengorak langkah

Mencipta kejayaan kecemerlangan

Kerna tiada yang tahu hari yang mendatang

Maka persiapkan dari sekarang

Telaah ilmu sungguh-sungguh

ingat.













Sunday 11 October 2015

Kejohanan Olahraga UniMAP 2015 Part 1


Pauh Sabtu 10 Okt, Kejohanan Olahraga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-11 meriah dengan acara trek dan padang yang disertai oleh atlet-atlet UniMAP dari pelbagai jurusan dan fakulti. Salah seorang atlet merupakan Miss Sparkler yang mewakili pasukan Pusat Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (IKOM). Saingan sangat kompetetif dari semua peserta.Acara yang mendapat perhatian setiap kali kejohanan diadakan adalah 100m, 200m dan 4x100m yang melibatkan kategori pelajar dan terbuka. Atlet dari sekolah sukan dan institusi pendidikan luar turut diundang bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Kejohanan olahraga berlangsung sejak 9 Oktober sehingga 11 Oktober di Stadium UniMAP Pauh dan Raja Muda Perlis akan merasmikan majlis penutup. 





Peserta 400m wakil IKOM layak ke peringkat akhir

Alex (belakang) dari pasukan IKOM dalam acara 5000m pada 10 Oktober 2015


Peserta untuk acara 400m pelajar lelaki bersedia untuk ke khemah berlepas

[Nantikan update selanjutnya tunguuuu.... =)]

nuffnang