Thursday 24 January 2013

MAULIDUR RASUL



Allahu akhbar..
sayunya hati ini
rindunya hati ini
sungguh aku rindu
rindu ~
akanku usaha dengan bersungguh-sungguh
untuk terus menyemai rasa cinta kepada kekasih Allah ini
kerana syafaatnya yang menjadi dambaanku
baginda membawa rahmat untuk sekalian alam
akhlaknya yang terpuji
contoh yang terbaik buat setiap manusia di seluruh pelusuk dunia
itulah Nabi Muhammad S.A.W
kekasih Allah ^.^

Salam maulidur rasul dan salam ukhuwah fillah abadan abada : )












Thursday 10 January 2013

Nikmat lapang setelah memerah otak

Bismillahirahmanirahim.. segala puji-pujian buat cinta teragung ku yang maha pemurah lagi maha penyayang <3
Dialah pengubat segala suka duka dikala hati ini resah gelisah..
ku akui, diri ini hanyalah sekadar hambaNya yang lemah lagi tidak bedaya
melainkan dengan adanya Dia al-hasib (maha mencukupi)..
di kala telah melalui peperiksaan yang cukup bermakna dan penting ( SPM )
akan tetapi, fikiranku asyik risau akan keputusan yang bagaimanakah yang akanku perolehi pada bulan mac???
Cemerlangkah? terbaikkah? memuaskankah?
ye..apa yang termampu buat saat ini, hanyalah berserah & bertawakal dengan sebenar-benarnya..
dalam pada itu cuba memujuk hati sendiri agar sentiasa berfikiran positif bahawa semuanya akan baik-baik sahaja insyaaAllah..
buat hatiku, bertabahlah, bertahanlah, berusahalah dan jangan terlalu mengikut emosi..
biarkan kita yang mengawal emosi bukan emosi mengawal kita..
Salam ukhuwah Khamis 10 Januari 2013 @ 6.00a.m


Tuesday 1 January 2013

Assalamualaikum 2013 : )



Allah..subhanallah..alhamdulillah..kubersyukur kerana masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan yang hanyalah sementara di atas muka bumi ini.. di tahun 2013 :)
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH
yang jauh itu MASA
yang indah itu SOLAT dan....
yang dekat itu MATI
Allahu rabbi.. gulp* (telan air liur) ( berfikir sejenak) (bpijak di bumi yang nyata)
cepatnya masa berlalu, usiaku pun makin bertambah
ready ke diri ini mengalami satu perubahan demi perubahan
walau tidak secara drastik, tetapi secara slow2
terkadang aku rasa tidak terdaya,kerana aku hanyalah hambaNya yang lemah dan tidak sempurna
tapi..
aku akan cuba,berusaha dengan sebaik mungkin bagi menjadi seorang hamba yang taat serta patuh akan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..
Mati..atau ajal merupakan satu kepastian..ianya tak dapat disangkal lagi..
kita tak tahu bila masanya kita akan menghadap Dia..
kita tak tau bila sesi " interview" dengan Dia..
semua itu adalah rahsia dia yang alim (maha mengetahui)
jadi, marilah sama2 kita panjatkan rasa SYUKUR dan sujud kpd Allah swt yang maha besar kerana Dia masih memberi kita peluang untuk mengumpul dan "invest" pahala sementara masa masih ada..
untuk dibawa sebagai bekalan untuk ke negeri akhirat..
"kejarlah akhirat dan dunia akan mengejarmu".
.ingatlah wahai diri, dunia ini hanyalah satu persinggahan
jangan terpedaya dengan semua ini..
akhirat itu adalah tempat yg kekal abadi..
semoga sama2 kita semua beroleh kemenangan,kejayaan & kebahagiaan dunia akhirat insyaaAllah <3

# semakin bertambah umur,semakin bertambah amal ibadahku dalam memburu redhaNya dan syurgaNya ------>azam tahun baru 2013 (macam buat hypothesis je hehehe)


nuffnang